Thursday, November 12, 2020

Resepi | Sotong Masak Hitam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli Sotong Katak (Cuttlefishes) ini sebab dah lama teringin.. Selalu beli sotong biasa tu je.. Kebetulan harganya murah, belilah 3 ekor.. Harganya lebih kuran RM5 lebih.. Bila dah beli tak tahu nak masak apa, sudahnya Sha buat masak hitam je.. Sebab apa nama dia masak hitam?? Sebab Sha pakai kicap pekat, sos lada hitam dan sos tiram.. hehehe.. Kuahnya jadi hitam tapi bukan masak kicap.. hehehe.. Maaflah tak ada gambar sebelum kejadian atau langkah memasak.. Terlupa.. hahaha..

Resepi Sotong Masak Hitam
Bahan-bahannya:-
3 ekor sotong saiz sederhana
1 biji cili merah
1 ulas bawang merah
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil kicap pekat
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
Sedikit air
Sedikit garam

Cara Memasak:-
1. Perap sotong bersama sedikit kunyit dan sos lada hitam.. Sha perap semalaman..
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak.. Kemudian tumiskan bawang dna cili yang dihiris..
3. Setelah naik bau, masukkan sotong dan sedikit air.. Kemudian masukkan sos lada hitam, sos tiram dan juga kicap pekat.. Biarkan seketika.. Tutup api dan taburkan sedikit garam..
4. Sotong siap dimasak dan bolehlah dihidangkan bersama nasi..

Inilah rupa Sotong Masak Hitam Sha.. Rasanya lebih kenyal berbanding sotong biasa.. Seronok mengunyah.. hehehe..

Inilah rupa sotong katak (Cuttlefishes).. Gambar dari Google..

14 comments:

  1. sedap..3 jenis sos & kicap..

    ReplyDelete
  2. SHida pun sotong 2 masakan shida buat..
    tak msk hitam msk sambal..
    pernah buat kari tp kean sotong saiz besar..
    msk lemak pn pernah tp jrg skali msk..

    ReplyDelete
  3. Eina suka masakan ni, tapi husband tak berapa suka. So sangatlah jarang masak macam ni. Sedapnya

    ReplyDelete
  4. Akak kalau sotong jenis ni memang akak masak kicap atau buat sambal untuk nasi lemak..sebab texture dia kenyal2 kan.

    ReplyDelete
  5. pernah makan di kedai tapi masak sendiri belum pernah..
    dok beli sotong biasa tu ja ngan sotong kering..

    ReplyDelete
  6. nyummmmmm sedap ni ..dah la tgk lapar

    ReplyDelete
  7. 1st time tengok sotong katak. Lain yea rasanya ?

    ReplyDelete
  8. wow sedap ni. saya tak tahu pasal sotong katak ni, tahu makan je..hehe

    ReplyDelete
  9. Sotong katak memang sedap, tapi jarang pulak jumpa di pasar. Masa kecik-kecik dulu selalu makan.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya.. lama x makan spring masak iran ni yg buat rasa nak Cari sotong ni

    ReplyDelete
  11. terkenang masa di UIA dulu, mesti ada menu sambal sotong katak kat cafe.
    and confirm aida cedok 1-2 senduk tau, sha. minat sgt sotong katak ni.
    susah ekk nak jumpa. so far di sini, tak pernah nampak lagi dijual.

    aida suka makan sotong masak itam. tapi dimasak dgn dakwatnya.
    kalau balik kampung, mesti aida request mak masak kan. sedapnya lah hai...
    kat rumah memang tak masak, sebab asben aida tak makan :(

    ReplyDelete
  12. Oh, akak tak pernah masak sotong katak. Sotong yang biasa tu je pernah masak. Nampak sedap masakan Sha. :)

    ReplyDelete
  13. sootng katak ni tak makan.. entah kenapa. kalau nk masak suka cumit2

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »