Wednesday, November 4, 2020

Rimba Cafe Felda Residence Trolak, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini cerita weekands aritu.. Masa dalam perjalanan balik ke Kampung Gajah, kami singgah sarapan pagi di sini.. Lama dah nampak kedai ini, cuma tak tersinggah.. Pagi tu kami singgahlah sini untuk sarapan pagi.. Masing-masing ada pilihan tersendiri.. hehehe.. Suasana dia memang best.. Ada kawasan makan beratapkan langit dan juga di bawah khemah.. Kami lepak dibahagian luar.. Sejuk dan santai.. Cafe ini letaknya di tepi jalan atas bukit.. Tak jauh dari trafiq light.. Jumlah bayaran untuk makanan kami dengan air teh o ais limau, kopi o panas dan teh o suam ialah RM21.30..

Sementara tunggu makanan sampai.. Bergambar sekeping dulu..

Menu Sha, Nasi lemak sambal paru.. Sedap.. Tapi sambal tu pedas.. Untuk Sha yang tak makan pedas memang berasaplah juga.. hehehe..

Nasi lemak tanpa sambal ini, Amani punya..

Kue Tiaw goreng ini pula pilihan encik suami.. Menu ini bila ada yang pesan baru dia goreng.. Memang bestlah makan panas-panas.. sedap..

Char Kue Tiaw ini pula pilihan Imani.. Paling best bila dia bubuh telur dan telur tu separuh masak.. Pergh!! Layan wei..

12 comments:

  1. Sedapnya Char Kue Tiaw tu. Teringat Felda Residence Sahabat, Lahad Datu :)

    ReplyDelete
  2. Waaah, macam murah je harga dia sekali semua tu. Kuey teow tu panas-panas memang terangkat la selera nak makan. Termasuk Aien yang komen ni haa.

    ReplyDelete
  3. syok makan diluar..cuaca segar..char kueytiau yg nmpk yummy!!

    ReplyDelete
  4. Char Kue Tiaw nampak sedap betul..good choise Imani

    ReplyDelete
  5. Sayanglah pula nasi lemak sambalnya pedas. Agaknya jenis cili kering pedas kot. Saya pun berasap juga kalau makan yang pedas.

    ReplyDelete
  6. kalau dekat dh terjah... nampak menarik

    ReplyDelete
  7. boleh dikatakan murah juga la harganya tu

    ReplyDelete
  8. Suasana sekeliling kedai nampak menarik. Makanan pun nampak sedap.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »