Thursday, November 12, 2020

Novel | Projek Seram: Gunung oleh Salleh Kausari, Fitri Hussin, Arifful Baqi

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah sebenarnya Sha nak baca buku ini tapi sebab dah tak boleh nak beli buku fizikal, Sha kena tunggu ebook dia available di platform yang Sha boleh nak beli.. Bila dah beli, lama pula masa yang diambil untuk membaca.. hehehe.. 

Raja Gunung oleh Arifful Baqi
Dia berdendam demi menjadi yang paling berkuasa!
Cerita mengenai Shazwan yang gemar mendaki gunung dan membuat video youtube.. Namun akhirnya tunang yang disayangi suruh berhenti dari mendaki, namun untuk memuaskan hati Shazwan telah memohon untuk melakukan pendakian terakhir.. Malangnya pendakian kali ini merupakan perangkap yang sangat kejam.. Bukan sahaja untuk menjahanamkan hidup Shazwan tetapi juga kawan-kawan beliau.. Ada musuh dalam selimut.. Saat Shazwan merasakan dirinya terselamat, dia diserang..

Talbis oleh Fitri Hussin
Datang tak kembali!
Bila terlalu mempercayai tanpa mahu menyelidik, memang mengundang bahaya.. Terperangkap tanpa dapat kembali lagi.. Danial dan tunangnya Zandra diganggu oleh Syatila.. Mereka meminta bantuan Rashidi untuk membatalkan sihir yang dihantar Syatila malangnya Danial terperangkap dengan godaan ilmu Rashidi.. Apakah sebenarnya yang terjadi kepada Danial.. Bila bantuan yang diminta bukan dari Allah, memang petakalah jawabnya..

Petualang oleh Salleh Kausari
Ada perkara lebih baik dibiarkan terus menjadi misteri!
Sesuai dengan kata yang misteri biarlah misteri.. Kisah seorang wartawan yang mengalami PTSD akibat membuat liputan berita di kawasan perang.. Pergi ke sebuah kampung untuk berehat dan menghirup udara segar.. Namun jiwa kewartawanan itu masih tebal hingga terjumpa cerita mengenai sebuah gunung yang ada kawasan perlombongan dan misteri.. Bila pergi, lain pula yang dijumpai dan dibawa balik.. Semuanya sebab nafsu ingin mengetahui dan menyiasat..

Sha baca pada 04.11.2020 dan selesai pada 

Sha beli ebook ini di Google Play Books..
Published March 20th 2020 by Buku Prima


Talbis itu dalam bahasa arab, artinya perangkap atau tipu daya.

6 comments:

  1. Mama ad.baca sikit mmg best buku ni

    ReplyDelete
  2. Nampak macam menarik plak sipnosis buku nie.. Nantilah ada masa saya pun nak beli jugak la..

    ReplyDelete
  3. menarik! kenapa dah tak boleh beli buku fizikal?

    ReplyDelete
  4. Ooo, rajin baca eBook ye. Saya susah sikit nak baca eBook. Kalau dalam bentuk softcopy, suka print, bind dan baca. HEhe..

    ReplyDelete
  5. semua plot best ni..teringin nak tau ending

    ReplyDelete
  6. seram tp jalan cerita menarik..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com