Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam Amani pergi temujanji gigi di Klinik Pakar Teluk Intan.. Ayah dia bawa sebab nak singgah sekali rumah MIL.. Sha kerja dan Imani pula letak rumah pengasuh..
Kalau ikut ayah dia, pemeriksaan gigi Amani dan besi tu semua okay cuma ada satu gigi graham yang bercasing besi tu dah mula goyang.. Doktor pesan kalau sakit boleh bawa ke klinik gigi berdekatan atau kalau nak datang Teluk Intan kena telefon dulu.. Harapnya luruh tanpa perlu ke kliniklah.. Temujanji berikutnya pada bulan 2 tahun depan..
Imani memang Sha tak bagi ikut sebab agak payah nanti ayah dia nak uruskan.. Maka petang tu sebab dia tidur masa Sha ambil, merengeklah sikit dia.. Pengasuh cerita dia tak nak tidur tengahari tu.. Nak tunggu ayah datang ambil Amni, dia nak ikut sama.. Mujurlah pengasuh pandai sembunyikan.. Berjayalah halang dia dari ikut ayah.. Untuk melegakan rengekkan dia, Sha belanja dia aiskrim Nestle.. Sukalah dia.. Petang tu balik rumah Sha buat nasi goreng kesukaan dia.. Nasi goreng seafood.. Bertambah dia makan.. Haihlah.. ragam anak.. Esok dha besar, lain pula ragamnya..
setiap anak ragam berbeza..bila kecil lain karenahnya dan dah best lain pulak ragam dia..jd ibu kena bersabar jer
ReplyDeleteBetul tu sis..
DeleteHarap2 takde masah dengan gigi Amani
ReplyDeleteAlhamdulillah.. setakat ini kena teruskan follow up check up je..
DeleteMacam-macam ragam Imani ni. Nasib baik Kak Sha berjaya pujuk dengan makanan😂.
ReplyDeleteKikiki.. Banyak akal Imani nie..
Deletennt dah besar dia baca entry ni dia akan tersenyum sendiri ;-)
ReplyDeletehehehe.. betul tu..
Delete