Tuesday, August 13, 2019

Melayu | BoBoiBoy Movie 2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha satu keluarga pergi tengok wayang.. Dari mula Amani dan Imani nampak trailer Boboiboy ini, mereka dah ajak pergi tengok.. Alhamdulillah tayangan awal untuk friendly Family dah ada, senanglah Sha nak bawa mereka..

Pada Sha filem Boboiboy ini memang terbaiklah.. Kalau pawagam dekat, memang Sha ulang tengok tanda sokongan untuk filem animasi Malaysia.. Jalan cerita, bunyi, lawak jenaka dia memang tiptoplah.. Berbaloi sangat-sangat.. sesuai untuk tontonan sekeluarga.. Watak baru, sedia ada dan juga penjahat dia memang terbaik.. Ending credit dia pun mengejutkan.. Buat tak sabar nak tonton filem seterusnya.. Perghh!! Dasyatlah.. Tahun ini memang tahun untuk filem animasi Malaysia menuju puncak.. Hehehe.. Lepas tonton filem ini baru Sha tahu kenapa Faizal Tahir buat lagu Fire & Water.. Memang lagu tu dan jalan cerita filem ini sangat masyuk.. Lirik dia memang menggambarkan jalan cerita filem ini dengan tepat.. Pada Sha lah.. Korang Sha tak tahulah kan.. Hehehe.. Mak pula yang lebih teruja dari anak-anak.. Hehehe..

Muka gembira dapat tengok wayang..

12 comments:

  1. oo..ada sambungan 3 ya..tengok teaser kt tv je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok ending credit, akan ada lagi next filem..

      Delete
  2. Budakk2 mesti seronok tenguk cerita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kata budak je wak, mak bapa budak pun sama seronok.. hehehe..

      Delete
  3. ramai yang bagi rating tinggi untuk boboiboy 2 ni! Great job lah Monsta dengan Astro Shaw sebab berjaya naikkan movie animasi sampai ke pasaran global.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. tahun ini memang nampak filem animasi kita ke depan..

      Delete
  4. tu laa dgr feedback rata2 beri komen positif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best Anies.. rasa cam nak pergi tengok lagi..

      Delete
  5. Sampai je msia
    Uncle diaorang dah bawak gi layan dah. Suka sgt la diaorang...

    ReplyDelete
  6. Saya belum berkesempatan lagi untuk tengok filem ni. Lama dah tak ke panggung wayang.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »