Thursday, January 14, 2016

Projek Seram Hotel

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nak share review mengenai Novel seram terbaru. Novel ini sha beli terus dari penulisnya Naim Tamdjis.. Memang ohsem sangat.. Oh ya Novel Projek Seram Hotel ini ditulis oleh empat orang penulis.. Ada empat tajuk..

1. Bell-Boy - Ninie Othman
"Selamat datang tuan…"
Ulasan Sha : Pergh!! Memang terasa-rasa ok.. Rasa macam dia ada je memerhati.. Cerita yang memberi keinsafan.. Bila nafsu menjadi tuan maka yang salah menjadi benar.. Perbuatan jahat yang sangat kejam hingga menyusahkan manusia lain.. Hat nie seram dalam masa yang sama sedih juga.. Pergh!! Bayangkan gabungan perasaan seram dan sedih.. Memang confuselah kejap..

2. Gentayangan - Naim Tamdjis
"Kerana iri hati dan dendam, manusia sanggup berbuat apa sahaja."
Ulasan Sha : Penulisan yang sangat bagus.. Mulanya Sha sangka watak utama tu sangat ohsem sebab berjaya memulihkan semula Hotel yang diganggu.. Tapi bila dah nak dekat habis muncul pula misteri dua watak berbeza.. Warghhhh!!! Stress tau sebab kena tunggu sambungan..
Pada Sha cerita ini memang ohsem.. Mulanya ingatkan gangguan hantu tu hanyalah main-main.. Bila baca rupanya hantu tu betul dan mereka disitu bersebab.. Udahlah baca waktu malam.. Nasib baik bukan dekat hotel.. Kalau x, memang x tidolah..

3. Hotel San Devily - Eqbal Mohaydeen
"Anda boleh check-out bila-bila masa. Tapi anda tak boleh keluar dari sini"
Ulasan Sha : Seriouslly seram rasa bila baca.. Walaupun baca pada waktu siang tapi keseramannya terasa sampai ke tulang.. Gerak hati manusia tu sentiasa betul.. Kalau hati kata x mau janganlah diteruskan.. Jenuh juga kalau Hotel seperti ini betul-betul wujud.. Ke memang ada, sha je xtau.. Pergh!! Kalau baca malam macam manalah agaknya... Nasib baiklah xde niat nak tido hotel dalam waktu terdekat ini.. Cite ini memang seram dan seriouslly sangat menakutkan.. Silalah jangan ada hotel ginie ye..

4. Tamu Tak Diundang - Aziah Zainal
"Ada makhluk lain antara kita"
Ulasan Sha : Cerita yang memang mampu membuatkan semua bulu roma merinding.. Kita selalu dipesan jangan kutip atau amik barang yang kita jumpa walau dimana pun.. Biasanya barang itu bertuan ataupun tempat menyimpan makhluk seperti jin, syaitan dan iblis. Tapi manusia suka melupakan amaran itu bila melihat barang yang dijumpai itu cantik dan unik.. Gangguan yang diceritakan dalam bahagian ini seolah-olah real.. Walaupun baca di siang hari masih berjaya menimbulkan perasaan seram..

Secara keseluruhannya bila membaca novel ini dari muka surat yang pertama hinggalah yang terakhir mampu membina perasaan seram tu dengan konsisten.. Malah makin lama makin high.. makin high.. Sehingga membuatkan diri berfikir 3,4 kali juga untuk bermalam di Hotel.. Wakakaka.. Seram kot.. Trylah baca untuk mendapatkan feel tersebut.. Sha suka sangat..
 

6 comments:

  1. macam best je...
    sy ni mmg layan novel seram2 & aksi, xlayan novel cinta
    bleh g beli ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila-sila.. Projek Seram ini ada banyak siri.. Semua best-best pada sayalah..

      Delete
  2. dah baca dh. tapi seriously part yg kena tggu sambungan Hotel Gentayangan tu rasa sedih la pulak. ades bila la sambungan nya nk msuk pasaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amirul.. Sambungan untuk hotel gentayangan tu dah keluar.. Tajuknya Barongan.. boleh beli di karangkraf mall..

      Delete
  3. dia ada 4 tajuk dalam 1 novel atau ada 4 novel berlainan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 tajuk dalam satu buku.. Projek Seram ini bertema.. Yang ini temanya Hotel.. So 4 cerita ini dari penulis yang berbeza mengenai hotel..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com