Thursday, August 20, 2026

Bila Tugas Harian Perlu Diterjemahkan ke Dalam Deskripsi Tugas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu ini agak kelam kabut dibuatnya sebab Sha dan rakan sekerja perlu murnikan semula Deskripsi Tugas (Job Description - JD) kami dalam HRMIS..  Nampak macam mudah, bukan? Sebelum ini memang mudahlah sebab ada ketua dalam bidang yang sama iaitu Pustakawan dan Penolong Pegawai Pustakawan.. Kali ini tak ada.. Ketua kami sekarang ini dari bidang N jadinya agak susah sikitlah.. 

Mujurlah ada rakan-rakan Pembantu Pustakawan dari bahagian kesihatan yang lain.. Makanya jomlah kita bertanya-tanya dengan mereka dan juga ChatGPT.. ChatGPT ini Sha minta dia tolong Sha ringkaskan ayat yang panjang-panajng tu.. Kadang kita terlalu sibuk menyenaraikan tanpa sedar ayat yang sepatutnya boleh jadi ringkas dah bertukar macam karangan..

Menerangkan pekerjaan sendiri dalam bentuk yang tersusun sebenarnya bukanlah perkara yang mudah, ya.. 😅 Kita mungkin tahu apa yang kita lakukan setiap hari, tetapi apabila perlu menerangkan mengapa jawatan itu diwujudkan, apakah akauntabilitinya, apakah tugas utamanya, apakah dimensinya dan apakah kompetensi yang diperlukan, tiba-tiba banyak perkara yang perlu difikirkan semula..

Sha hanya berikan gambaran umum tentang tugas utama dan aktiviti perpustakaan yang Sha kendalikan, kemudian ChatGPT bantu terjemahkan kepada bentuk deskripsi tugas yang lebih tersusun, ringkas dan padat..

Sudah tentulah Sha tidak berkongsi maklumat sulit, dokumen dalaman atau perkara yang tidak sepatutnya didedahkan.. Sha hanya menggunakan ChatGPT sebagai alat untuk membantu Sha memahami dan meringkaskan apa yang perlu.. Menariknya, proses ini membuatkan Sha melihat pekerjaan sendiri daripada sudut yang berbeza..

Keputusan dan kandungan akhir tetap perlu disemak oleh ketua berdasarkan tugas sebenar, peraturan serta keperluan organisasi.. Satu pengalaman kecil dalam dunia pekerjaan, tetapi cukup untuk membuat Sha melihat kerjaya Sha dari perspektif yang sedikit berbeza..

Kadang-kadang, untuk memahami pekerjaan sendiri, kita perlu berhenti seketika dan bertanya: "Sebenarnya, apa yang saya lakukan selama ini?" 📚

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com