Sunday, January 10, 2016

Taman Tasik YDP Slim River

Assalamualaikum..
Hye semua.. Semoga sehat dan ceria di hari rabu..
Jom kita beriadah..
Dekat jalan menghala ke Pekan Slim River (kalau dari Tanjung Malim) ada satu Taman sedang dibaikpulih dan dinaik taraf.. Memang ohsem..
Masa Sha pergi masih belum siap sepenuhnya lagi..
Sha pergi pada 03.01.2016 (Ahad).

Nama Taman tu Taman Tasik YDP Slim River Tanjong Malim.
Kedudukannya berdekatan dengan Restoran Dapur Dapur..
Kawasan parking pun luas..
Ada track untuk orang jogging..
Ada tasik.. Tapi hati-hati ye sebab dekat pokok tepi tasik tu ada kerengga..
Ada bangku disediakan di sekitar kawasan permainan kanak-kanak..
So bolehlah ibu bapa duduk menunggu sambil melihat anak-anak bermain..

 Ini letaknya dekat tepi jalan..

 Ada Wakaf untuk berehat..

 Peraturan Taman Tasik YDP

 Kawasan permainan kanak-kanak


  Ada tempat untuk orang dewasa bersenam..
Macam dalam gambar kat bawah ini..
 
 
 


Sejarah Taman Tasik YDP Slim River
Asalnya dikenali sebagai Tasik Y.D.P sahaja. Tasik Y.D.P. ini  pada asalnya merupakan sebuah lombong bijih yang telah ditinggalkan. Majlis Daerah Tanjong Malim telah membuat keputusan untuk membangunkan tempat ini sebagai sebuah tempat rekriasi. Pihak Majlis telah membuat permohonan daripada kerajaan negeri untuk mewartakan kawasan lombong ini serta memohon peruntukan daripada kerajaan untuk membangunkan kawasan ini.

Setelah mendapat kelulusan daripada kerajaan Negeri,kawasan lombong ini mula dibangunkan dan dibersihkan. Setelah dipersetujui tempat ini diberi nama "Tasik Y.D.P".Pelbagai kemudahan telah disediakan di tempat ini untuk kegunaan orang ramai. Kini Tasik Y.D.P telah menjadi tempat rekriasi yang semakin dikenali,pelbagai aktiviti telah dijalankan di tasik ini seperti Sambutan 25 tahun Jubli Perak MDTM, Kampen Menanam Pokok Peringkat Daerah dan Pertandingan Memancing.

Dibawah adalah gambar-gambar lama Pemandangan di Tasik YDP








Info dan Gambar mengenai Tasik Y.D.P yang lama diperolehi dari Laman Web MDTM dan Encik Google

2 comments:

  1. cantik. tengok banyak aktiviti dia. moga terpelihara taman tu dari vandalisme

    ReplyDelete
  2. Thank you very much for this useful article. I like it. belly fat

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com