Tuesday, January 12, 2016

Sultan Perak Isytihar Muallim Daerah Perak ke-11



TANJUNG MALIM: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengisytiharkan daerah baharu iaitu Daerah Mualim yang berkeluasan 93,435 hektar bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan baginda di sini hari ini.

Daerah Mualim merupakan daerah ke-11 terdiri daripada tiga mukim iaitu Slim, Ulu Bernam Barat dan Ulu Bernam Timur yang meliputi bandar Tanjung Malim, Slim dan Proton City.

Turut berangkat sama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Raja Dihilir Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris A’fifulah Shah.

Baginda bertitah bahawa perkataan mualim berasal daripada perkataan Arab, perkataan yang berkaitan dengan ilmu dan ilmuwan, bermaksud orang yang ahli dalam agama.

“Negeri Perak Darul Ridzuan kini mempunyai daerah pentadbiran kesebelas yang telah Beta perkenan, dinamakan Daerah Muallim.

“Nama tersebut amat bertepatan diabadikan kepada daerah ini berdasarkan latar belakang tertentu sejarah. Di daerah inilah, Sultan Idris Training College atau SITC telah dirasmikan pembukaannya oleh Sir George Maxwell pada 29 November 1922.

“SITC ialah pusat ilmu, pusat pengajian tertinggi tempatan untuk anak Melayu pada era pra merdeka, dibangunkan untuk memberi latihan perguruan kepada anak-anak Melayu yang berlatar belakang persekolahan dalam bahasa Melayu,” titah baginda pada Majlis pengisytiharan daerah tersebut telah berlangsung di Majlis Daerah Tanjung Malim di sini hari ini.

Titah baginda lagi, Daerah Muallim diharap akan menjadi salah sebuah daerah yang termaju dengan adanya pemimpin, pentadbir serta penduduknya untuk menjadikan negeri Perak, sebuah negeri yang aman dan berjaya.

Titah Baginda lagi, perancangan pembangunan daerah Muallim sewajibnya berupaya memenuhi keperluan penduduk daerah ini, terutama kemudahan-kemudahan perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, perhubungan dan perumahan.

“Salah satu isu penting yang amat wajib diberikan perhatian, baik oleh pihak kerajaan lebih-lebih lagi oleh pihak pemaju, adalah keperluan perumahan rakyat.  Istilah ‘rumah mampu lihat dan bukan mampu milik’ semakin disuarakan oleh rakyat berpendapatan rendah lebih-lebih lagi di kalangan orang Melayu dan bumiputera.

“Pemaju hartanah, kelihatan dan dianggap lebih berminat membina rumah harga mahal untuk mengaut keuntungan besar.

“Rumah-rumah yang siap dibina, dijual pada harga di luar kemampuan majoriti penduduk tempatan.  Pemaju kelihatan lebih berminat membangunkan rumah dengan harga mahal untuk dijual kepada bukan warganegara dan aktif melakukan promosi jualan di kalangan hartawan di luar negara,” titah baginda lagi.

Titah baginda, kepentingan perniagaan jangan sampai ke peringkat mengakibatkan warga kehilangan hak di buminya sendiri, iaitu diibaratkan seperti berakhir dengan menerima nasib ayam kelaparan di kepuk – itik kehausan di air, disebabkan perbuatan dagang lalu ditanakkan.

“Bumi dan negeri ini wajiblah mengutamakan warganya sendiri.

“Negara juga titah baginda wajib berhati-hati dan meletakkan kepentingan jangka panjang untuk melindungi daripada berlakunya sekali lagi penjajahan di bumi merdeka ini melalui instrumen pemilikan hartanah; dan pada akhirnya peribumi merintis sendiri kerana bumi dipijak milik orang,” titah baginda.

Terdapat lapan buah penempatan utama daerah Perak Tengah Selatan dalam daerah tersebut iaitu antaranya Slim River, Tanjung Malim, Behrang 2020, Behrang Station, Trolak Pekan dan Slim Village.

Petikan ini dari laman web PerakToday.
Boleh juga baca di Laman web Berita Harian Online.
Isnin, 11 Januari 2016 @ 11:31 AM Muallim rasmi menjadi daerah ke-11 di Perak Oleh Shamsul Kamal Amarudin shaka@bh.com.my

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113170
Isnin, 11 Januari 2016 @ 11:31 AM Muallim rasmi menjadi daerah ke-11 di Perak Oleh Shamsul Kamal Amarudin shaka@bh.com.my

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113170
Isnin, 11 Januari 2016 @ 11:31 AM Muallim rasmi menjadi daerah ke-11 di Perak Oleh Shamsul Kamal Amarudin shaka@bh.com.my

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113170
TANJUNG MALIM: Daerah Muallim hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai daerah baharu, menjadikannya daerah ke-11 di Perak. Pengisytiharannya disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Dewan Seri Tanjong Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), pagi ini. Daerah ke-11 itu diwartakan pada 1 Oktober tahun lalu selepas mendapat kelulusan Kabinet pada 10 April 2015 manakala Sultan Nazrin memberi perkenan Muallim sebagai nama daerah baharu berkenaan. Pengwujudan daerah baharu itu adalah susulan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) kira-kira tiga tahun lalu untuk menaik taraf daerah kecil Slim River/Tanjung Malim kepada daerah penuh. Kawasan berkeluasan 93,434.65 hektar itu meliputi tiga mukim iaitu Slim, Ulu Bernam Barat dan Ulu Bernam Timur dengan antara kawasan terbabit seperti Tanjung Malim, Trolak, Slim, Proton City dan sebahagian Behrang yang sebelum ini berada dalam pentadbiran daerah Batang Padang. Daerah yang berkepadatan penduduk 69,639 orang itu berada dalam Parlimen Tanjung Malim dengan dua Dewan Undangan Negeri iaitu Slim dan Behrang. Sultan Nazrin bertitah, perkataan Muallim diambil daripada perkataan Arab berkaitan ilmu dan ilmuwan yang bermaksud orang yang ahli dalam bidang agama. Ia bertepatan dengan nama Muallim sebagai nama daerah ini berdasarkan sejarah penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di sini pada 29 November 1922. "SITC menjadi pusat ilmu dan pengajian tinggi tempatan untuk anak Melayu era pra-merdeka. "Di sinilah lahir cerdik pandai Melayu yang meniupkan nasionalisme bangsa dan perjuangan menuntut kemerdekaan," titah baginda. Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dalam ucapannya berkata, pembentukan daerah baharu itu adalah cerminan usaha kerajaan untuk memastikan pembangunan di Perak tidak tertumpu di kawasan tertentu, sebaliknya di segenap pelusuk negeri. Beliau berkata, daerah itu diharap bukan hanya merangkumi pembangunan fizikal tetapi mempunyai roh keilmuan selaras kedudukannya yang pernah menjadi tempat golongan bijak pandai melontarkan ilmu dan menanam semangat patriotik. Turut berkenan berangkat ke majlis itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah. Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pegawai Daerah Muallim, Nor Sham Rahman.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113170

5 comments:

  1. Daulat Tuanku!!!!

    turut berbangga sebagai anak perak. betol apa yang baginda kata. sekarang rumah banyak mampu tengok je dari mampu milik. lama2 nanti jadi mcm sebelum merdeka dulu tu pulak ;(

    ReplyDelete
  2. samalah kiera..iols pun anak perak gak ekeke

    ReplyDelete
  3. Daulat Tuanku!!!
    Harapnya makin pesat membangunlah kawasan Daerah Mualim lepas ni..

    ReplyDelete
  4. Daulat Tuanku!
    Patik berdoa agar semakin rancak pembangunan selepas ini...gogoogogog.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com