Saturday, January 16, 2016

10 Soalan dari Blogger Nur Sabrina

Assalamualaikum..
Hye semua.. Sha telah di tag oleh Nur Sabrina...
Cik Sab telah menyediakan 10 soalan untuk Sha jawab..
Ohsem sangat soalan-soalannya...


Jawapan Sha pada Soalan-Soalan Cik Sab ialah :-
1) Kenalkan diri awak kepada dunia (Buat ayat meletup bombastik)
Ayat boombastic nie yang x pandai nie.. kikiki.. saya cubalah ye...
Saya Shahida Mohamed merupakan seorang anak kepada ayah saya.. seorang isteri kepada En. Suami saya... Seorang emak kepada dua orang gegurl. Merupakan seorang penjawat awam dalam bidang Sosial (Perpustakaan) dan juga seorang part-timed blogger yang sangat suka makan dan membaca. Saya juga seorang yang sangat suka menonton drama korea dan filem aksi adventure..

2) Perkara pertama yang terlintas masa first time datang blog Sab.

Simple, ohsem dan saya suka burung yang tertempek kat bunner awak Cik Sab..

3) Perkara yang awak takutkan hal itu terjadi dalam hidup awak.

Perkara yang sangat saya takut adalah kehilangan orang-orang yang saya sayang.. Kehilangan mampu membuatkan saya berduka dan merana..

4) Pernah rasa jealous dengan kehidupan orang lain? Jika ya, kenapa.

Pernah.. Sebab saya xde mak.. Seriously memang jelous r dengan kengkawan yang ada mak.. Tapi alhamdulillah bila meningkat dewasa, semakin memahami.

5) Pernah meminati seseorang dalam diam? Kenapa minat dia eh?

Wakakaka... Pernah kot.. zaman sekolah dulu.. sebab rasa dia berkarisma dan macho.. Ala zaman bebudak baru nak up la katanya...

6) Diberi pilihan masak atau makan luar, mana awak pilih? Kenapa? 

Saya pilih masak dan tapau sebab saya tidak berapa suka makan diluar Kenapa ye??? Saya berkerja dan juga perlu menguruskan dua orang anak dara yang berusia 6 dan 3 tahun.. Selalunya saya akan masak pada hujung minggu dan juga ketika tidak terlalu penat ataupun dah xde idea nak beli apa.. Saya sangat jarang makan diluar sebab anak-anak masih kecil dan agak lasak tapi akan membeli untuk dibawa balik pada hari berkerja. Selalunya beli lauk atau tapau nasi goreng jer. Nasi memang masak kat rumah.

7) Perkara yang paling awak trauma kan until now and why?

Perkara yang paling saya trauma ialah kena gigit anjing... Sakit weih... dahlah sakit kena gigit pastu nak kena samak dengan air lumpur.. Lepastu kena rawat dengan misi pula.. Kena cucuk... Sakit tuh... 

8) Macam mana awak boleh terjebak dalam dunia blogging ni?

Mulanya saya berblogging sebab ingin meluahkan perasaan dan berkongsi cerita mengenai anak saya.. Kemudiannya jadi seronok dan best sebab boleh berkongsi maklumat serta hobi dengan pembaca (Macamlah ada orang baca.. < serius perasan.. wakakaka..).

9) Awak bangga dilahirkan sebagai diri awak sekarang? Alasan.

Bangga sangat.. Walau macam mana susahpun saya berjaya membina kehidupan saya dengan berjaya.. Saya suka diri saya sekarang sebab saya berusaha mendapatkan apa yang saya ada sekarang.. Alhamdulillah semoga semuanya baik-baik sahaja..

10) Pernah menginginkan something tapi sampai sekarang tak dapat.

 Saya sangat ingin mempunyai Kereta Kelisa keluaran Perodua.. Malangnya sampai sekarang saya masih tidak berjaya.. Rasa macam x berbaloilah pula beli kereta secondhand dan kecik sedangkan keluarga dah besar dan tanggungjawab makin banyak.. Warghhhh!!! Tapi teringin sangat..

Alhamdulillah.. Berjaya juga menjawab semua soalan Cik Sab nie.. Malangnya saya tiada idea nak soal dan siapa saya nak tag.. Warghhhh!!!! Nak jawab soalan pun lama... Maaf ye Cik Sab...

4 comments:

  1. bab gigit dek anjing tu yang tak best.. sakit, kena samak.. kena pi klinik lagi.. adeh !

    ReplyDelete
  2. ada gaya artis dah tu...hehehehehhe

    ReplyDelete
  3. Wahhh. Terharunya walaupun dah lama tapi masih sudi menjawab. Thank you so much ^_^

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com