Perkongsian bersama..
semoga bermanfaat...
Cara Paling Kreatif Ajar Anak Sentuhan Selamat vs Sentuhan Tidak Selamat.
Hari ini keselamatan anak-anak kecil daripada ancaman jenayah seperti pencabulan, rogol, culik dan lain-lain lagi amat membimbangkan. Banyak kisah menyedihkan yang kita baca dan lihat di media sosial tentang jenayah tersebut berlaku dalam kalangan anak-anak kecil.
Kadang kala macam tak masuk akal apabila ada 'orang jahat' yang sanggup merogol kanak-kanak bawah umur. Tapi itulah hakikat yang berlaku di dunia pada zaman sekarang.
Bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh mengawal keselamatan anak sepanjang 24 jam? Mereka perlu ke tadika, taska atau rumah pengasuh sementara ibu ayah perlu keluar bekerja. Jadi bagaimana ibu ayah hendak pastikan mereka boleh menjaga diri masing-masing?
Di sini pentingnya pendidikan awal tentang menjaga keselamatan diri sendiri sejak anak usia kecil lagi termasuk kepentingan memperkenalkan nama sebenar semua anggota sulit anak-anak dan mengapa mereka perlu bertanggungjawab menjaganya.
Semua pendidikan tersebut perlu bermula dari rumah oleh ibu ayah dan bukannya dengan kawan-kawan atau melihat sendiri di media sosial. Ibu ayah hari ini perlu lebih pintar dan berfikiran kehadapan kerana anak-anak hari ini terlalu pintar dan sangat kehadapan dalam semua perkara termasuk hal sulit yang ibu ayah rasakan mereka tidak tahu.
Mungkin dengan menggunakan kaedah teknologi dan cara persembahan yang kreatif dan menarik, anak-anak lebih memahami mengapa mereka perlu menjaga keselamatan diri dan bagaimana sentuhan yang selamat atau tidak selamat terhadap diri mereka.
Mereka perlu mengetahui lima anggota sensitif yang sama sekali orang lain dilarang memegangnya iaitu payudara, zakar, vagina, punggung dan mulut. Mereka perlu diberitahu perlunya menjaga anggota terserbut daripada disentuh oleh orang lain.
Ajar mereka menyebut nama anggota sulit tersebut dengan betul terutama jika berlaku sesuatu yang mencurigakan supaya mudah untuk memberitahu orang luar seperti pengasuh, cikgu atau doktor seandainya ada seseorang cuba untuk mencabul mereka. Nauzubillahhiminzalik. Jauhkan anak-anak kita daripada perkara-perkara buruk berikut!
Jom tunjukkan video ini kepada anak-anak anda. Semoga mereka lebih memahami kepentingan menjaga keselamatan diri dan anggota sulit mereka.
betul tu kita kena alert ngan anak2 kita pasal mende ni..thanks sharing
ReplyDeleteperkongsian yang baik Sha :)
ReplyDeleteBetul kak sha..
ReplyDeleteTambah anak pompuan..kita kena ajar dr kecik dah...
Ank lelaki pun sama...
Sebab pedo ni dia bukan kira laki ka pompuan