Saturday, January 23, 2016

Pesanan Khidmat Masyarakat #2

Assalamualaikum...
Buat Sahabat yang masih mempunyai ibu..
Sekadar renungan bersama..

Seorang ibu ingin meminjam wang dari anak lelakinya .
Dengan suara rendah di sertai rasa malu berkata ;
"Nak,bolehkah ibu meminjam RM300 ? Ibu perlu untuk beli barangan dapur "

Anaknya tidak langsung menjawab , dengan raut muka bersahaja dia berkata ;
"Iya bu , nanti saya tanya isteri saya dulu ya.."
Seakan berat mengiyakan kerana belum tentu isterinya mengiyakan.

Ketika si anak masuk ke rumah terlihat bungkusan pampers anaknya yang sudah hampir habis , lalu terfikir ;
  • Pamper sudah mahal sekarang , lebih kurang RM30 sebungkus.
  • Sebulan lebih kurang 2 bungkus pampers , RM60 .
  • 12 bulan X 60 = RM720
  • Sekurangnya 3 tahun anak akan guna pampers = RM2160
Anak tadi terfikir banyak juga pakai duit bulanan untuk membesarkan anak anaknya.

Lalu terkenangkan zaman kecilnya.

Ibunya memberikan sepenuh kasih sayang pada dia tanpa berkira. Di besarkan oleh ibunya sehingga kini sudah berjaya mempunyai keluarga yang boleh di katakan senang.

Apakah ibunya pernah meminta di balas , sekiranya di minta apakah nilai yang perlu di bayar ???

Terus si anak keluar semula dan menatap wajah ibunya yang redup di mamah usia. Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa harap balasan, dan semua itu kuterima dengan PERCUMA.

"Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi.."

Segera ia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi wang RM300, sambil menangis ia berkata: "Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, do'akan anakmu ini agar selalu berbakti padamu".

Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata ibu ia berkata:

"Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdo'a agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di SYURGA nanti dalam kebahagian.."

Semoga Bermanfaat
.

---

Jangan biarkan bacaan bermakna ini hilang, jadikan artikel ini ladang pahala dengan berkongsi kepada orang lain.

Bagi PARA ISTERI ingatlah bahawa rezeki dari suamimu adalah juga hak mertuamu. Dan juga perlakukan lah ibu mertua seperti ibu kandung mu sendiri.

PARA SUAMI pula , ingat juga bahawa ISTERI anda juga berkeinginan juga memberi wang kepada ibu bapa mereka walaupun tanggungjawab ibu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka.

BERTOLAK ANSUR DAN BERTIMBANG RASA.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com