Wednesday, October 3, 2018

Pertandingan Inovasi Perpustakaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selepas menyertai Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada 2014, kali ini sekali lagi Sha bersama staf Perpustakaan yang lain menyertai Pertandingan Inovasi.. Kali ini dianjurkan oleh UiTM Merbuk, Kedah.. Pertandingan ini berlangsung selama 1 hari sahaja..

Dugaan nak ke Kedah ini pun boleh tahan juga.. Kalau ikut hati memang nak putus asa dah.. Emosi betul-betul terganggu.. Lama dah tak jadi macam ini.. Tekanan perasaan itu datang dari rakan sekerja dan juga dari rumah.. Namun bila di kaunseling dan di tarbiah oleh encik suami, Sha gagahkan juga untuk pergi.. Gerak dari Politeknik jam 11 pagi malangnya kenderaan jabatan tak boleh hidup masa semula lepas berhenti isi minyak di RnR RTC Gopeng.. Lama jugalah kami menunggu kedatangan mekanik.. Jam 3.40 petang baru gerak semula setelah starter (Alatan yang rosak) diganti baru.. Sampai Sg. Petani jam 6 lebih.. Terus daftar masuk di Hotel Seri Malaysia.. Tiada entry pasal hotel sebab perkhidmatan dan bilik sangat tidak memuaskan.. Cukuplah sekali sahaja.. Malam lepas maghrib kami keluar makan.. Makan dekat medan selera jam besar.. Makanannya okay-okay sahaja.. Disebabkan Sha menahan sakit pinggang, tak adalah nak ambil gambar makanan.. Memang makanan sampai terus makan dan makan ubat.. Sampai hotel dekat jam 11 malam sebab pergi survey tempat pertandingan sekali.. Sha emmang terus tidur sebab dah makan ubatkan.. Fikir nak rehat je..

Esoknya pagi jam 6.40 kami dah siap-siap daftar keluar hotel.. Sebab pertandingan mula jam 8.00 pagi.. Lepas sarapan dekat hotel terus gerak ke UiTM Merbuk.. Sampai je Dewan Perdana, kami pun siapkan meja untuk penjurian.. Penjurian bermula seawal jam 9.30 pagi.. Setiap meja akan didatangi 2 orang hakim untuk menilai hasil kerja peserta.. Jam 12 dah selesai.. Sementara tunggu pengumuman pemenang, kami pergi makan dan juga solat.. Majlis penutup dan penyampaian hadiah dilakukan pada jam 2.30 petang.. Alhamdulillah "elib2u" (sistem yang kami bangunkan dengan kerjasama unit ICT) berjaya memperolehi Anugerah Emas untuk Kategori Inovasi.. Memang berbaloilah..

Meja kami..

 
 Sesi penerangan.. Bukan Sha je.. Bos Sha yang banyak bagi penerangan.. Sha bantu-bantu je..

Yeah!! Menang.. Kenangan manis untuk tahun 2018..

11 comments:

  1. Alhamdulillah..tahniah untuk pasukan akak.. library sy pun x penah lagi masuk KIK.. hihi rasa mcm x mampu aje nak menang..

    ReplyDelete
  2. wahhh tahniah!! alaaa 1 hari je ke? kalau 2-3 hari nk jg sy pergi n beri sokongan ;-)

    ReplyDelete
  3. Congrats kak sha. Hebat. bukan biasa biasa ni :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah Sha. Kemanisan selepas kepahitan.

    ReplyDelete
  5. wahhh saya suka pergi program macamni tapi tak suka kalau jadi peserta haha. Tahniah kaksha :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »