Perkongsian Ilmu: Perpustakaan ke Arah IR 4.0 - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Tuesday, October 23, 2018

Perkongsian Ilmu: Perpustakaan ke Arah IR 4.0

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang Bos sha dijemput ke UPSI untuk Program "Perkongsian Ilmu: Perpustakaan ke Arah IR 4.0".. Tapi bos tak dapat nak pergi sebab ada mesyuarat, bos suruh Sha dan rakan sekerja je yang pergi.. Maka pergilah kami berdua..

Persepsi Sha sebelum mendengar adalah program ini mesti boring.. Jadinya Sha bawa sebuah buku sebagai teman.. Tapi jangkaan Sha meleset.. Bila penceramah tu buka je mulut, memang terpaku dengar.. Bukan sebab dia selebriti tapi suara dan cara penyampaian dia memang boleh buat Sha fokus pada dia.. Teruja dan bersemangat dengar.. 

Antara yang menarik boleh Sha kongsikan ialah:-
IR tu bermaksud Revolusi Industri..
Pentadbiran dan pengurusan perpustakaan di laksanakan dengan cara yang professional berdasarkan kepada piawaian. 
Menjadikan perpustakaan sebagai pusat ilmu dengan koleksi yang mantap dan diurus dengan baik.
Menyediakan maklumat berdasarkan maklumat pengguna..

Bila dengar penceramah tu cerita mengenai teknologi yang ke depan dan apa yang akan dihadapi oleh manusia memang ngeri.. Bayangkanlah sedikit demi sedikit teknologi mengambil alih tenaga manusia.. Makin ramai yang menganggur dan tak punya kerja.. Macam pustakawan lah.. Bila semuanya boleh diperolehi dengan gadget, kenapa pengguna nak datan ke Perpustakaan kan.. Banyak lagilah.. semuanya menyentap ke jiwa.. hahaha..

Penceramah itu nama dia Tuan Sayed Munawar b. Sayed Mohd. Mustar.. Boleh tengok rancangan beliau bersiaran malam ini di TV1 jam 9.30 malam..

7 comments:

  1. saban tahun ke KLIBF mesti jumpa sayed munawar ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha memang tak kenal.. Kawan lah bagi tahu penceramah tu pengacara..

      Delete
  2. pengacara ni macam femes ni.. rasa selalu dengar namanya..

    ReplyDelete
  3. hahahaha kes judge the book by its cover la ni, dapat banyak ilmu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..