Psiko oleh Rosa Nur - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Wednesday, October 17, 2018

Psiko oleh Rosa Nur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih mengekalkan momentum membaca.. kikiki.. Kali ini terbitan Penulisan2u.. Bukan buku cinta tapi thriller-psiko.. Memang sangat menarik.. Sinopsis dan cover buku je berjaya buat Sha tertarik untuk beli dan juga hadiahkan pada kawan blogger..

Psiko dikarang oleh penulis yang juga menggunakan nama pena Siti Rozilah.. Karya beliau yang juga menarik Sha dah baca ialah Fobia, terbitan Buku Prima...

Semuanya bermula dengan pembulian.. Menyebabkan dendam mula beraja di hati.. Bukan perkara yang baik bila dendam mula tersemat kemas dihati.. Walaupun penulis memberikan dari awal lagi siapa penjahatnya, namun keseronokkan membaca kekal makin teruja.. Teruja nak tahu apa yang akan dilakukan Suriati pada mereka yang didendaminya.. Olahan penulis tentang kelakuan Suriati dan si Bongkok itu kejam, sadis serta mengerikan itu begitu terperinci.. Boleh rasakan betapa berdendamnya Ati pada ke empat-empat mereka yang telah membuli dan menganiaya Ati.. 

Sekali lagi buli menjadi sebab utama semuanya berlaku.. Mangsa yang trauma dan berdendam melampiaskan dengan cara mengambil tindakan sendiri.. Sangat menakutkan sebenarnya perkara buli ini.. Bukan sahaja kepada mangsa tapi kepada yang melakukan pembulian..

Sha baca dan selesai pada 14.10.2018..

4 comments:

  1. bab buli ni, memang jgn pandang ringan.

    ReplyDelete
  2. buli menyebabkan dendam, dendam menyebabkan nyawa melayang...

    ReplyDelete
  3. nampak kecil bagi kita tapi kepada mangsa, besar kesannya

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..