Assalamualaikumusalam..
Hye semua..
Semalam Imani balik mengadu dia kena marah sebab 1 kelas dia tak bawa buku teks untuk dipulangkan.. Kalau ikut jadual patutnya pemulangan tu hari ini (Jumaat) tapi jadual tu salah rupanya.. Patutnya pelajar tingkatan 1 pulangkan buku teks tingkatan 1 dan terima buku teks tingkatan 2 semalam (Khamis).. Pemakluman mengenai perubahan waktu tu tak sampai pada anak-anak ini.. Adalah tu cikgu terlepas pandang dekat mana-mana..
Malam tadi barulah beria Imani mengemas buku teks dia.. Balut balik mana yang balutannya dah rosak.. Sha dah ingatkan masa cuti lagi.. Tapi biasalah anak-anak ini, saat akhir barulah beria.. Siap balut terus ikat supaya tak ada yang hilang..

Jadual yang di letak dalam WhatsApp group kelas Imani.. Jadual ini dah diedarkan sebelum cuti lagi..
Barulah sebok nak balut balik buku-bukunya..
Selesai balut, ayahnya tolong ikatkan siap untuk dipulangkan.. Bila ikat macam ini, kemungkinan untuk hilang tu dapat dicegah..
Alhamdulillah.. Dapat dah buku teks untuk tingkatan 2..


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..