Thursday, July 2, 2026

India | Bhooth Bangla (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah sebuah kampung yang disumpah tak boleh ada majlis kahwin atau pengantin perempuannya akan diculik dan dibunuh oleh syaitan Vadhusur.. Arjun dan Meera yang tinggal di London didatangi seorang peguam yang memberitahu mereka mewarisi sebuah istana dan duit di India.. Arjun balik ke India untuk melihat istana tersebut dan merancang perkahwinan Meera di istana itu.. Awalnya tak ada apa yang berlaku namun seiring masa berjalan makin banyak perkara pelik berlaku yang mengesahkan kejadian lampau serta kaitannya dengan Arjun.. Perkahwinan Meera tetap berlansung dan Arjun berusaha sehabis baik melindungi Meera di hari perkahwinannya..

Bhooth Bangla
2026 ‧ Horror/Comedy horror ‧ 2h 53m
A man inherits a palace in rural Mangalpur and plans his sister's wedding there, but strange supernatural events and panicked locals force him to investigate the property's mysterious past.

Wonda Black Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha bukanlah peminat kopi kosong.. Minum cuma kurang minat.. Sha lebih suka kopi yang bersusu.. Cumanya bila tengok tin kopi Wonda ini rasa macam menggoda sangat.. Kebetulan 7E buat promosi 1 tin ini RM2 ja, Sha pun belilah.. Beli sebab tin dia cantik sangat.. Hitam itu menawan.. Sha tambah ais sebelum minum.. Okaylah kopi dia.. Tak manis dan rasa kopi tu memang ngam dan kaw.. Syoklah minum.. Sha minum sampai habis tau..

Sedap bila tambah ais.. Sejuk ja dia lalu tekak..

Wonda Black Coffee (240ml) - RM2.00

Wednesday, July 1, 2026

e-cerpen | Nada Cinta Ena oleh Syaz Eym

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerpen ini bonus dalam novel Takdir Hati Neyra Aisya 2.. Kisahnya Ena ini terjatuh cinta dengan Din seorang pekerja kontrak di syarikat Ena berkerja.. Comellah sebab mula-mula tu macam malu-malu.. Tapi bila dah mula bertegur rapat, mereka manis ja berdua.. Cumanya tanpa Ena sedar, ada sesuatu yang Din ini tengah cuba lakukan.. Din menghilang dan kembali sebagai pemilik sebenar tempat Ena berkerja.. Masa ini barulah terbongkar yang Din ini tengah melakukan siasatan.. Ena turut dikenakan hukuman sebab menyembunyikan perbuatan salah laku.. 

Tapi cinta tak mengenal status.. Semasa dalam tempoh hukuman, Din meluahakn perasaan pada Ena dan mereka bahagia akhirnya..

Sha baca dan selesai pada 01.07.2026..

Tong Garden Mala Peanut Mixed Broad Bean

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Menusuk okay bau mala dia tu.. Boleh nampaklah kepingan cili, biji cili, szechuan pepper tu lepas tuan isi dalam botol.. Seram betul bila tengok warna dan banyaknya rempah ratus untuk mala tu.. Bila makan tu memang terasalah pedas mala tu.. Pedas yang tak sama macam pedas kita.. Pedas dia tu terasa berempah.. Setakat makan sikit-sikit tu okay ja.. Kalau sekali hadap memang berpinarlah kepala Sha.. Sha ini bukannya makan pedas pun.. Beli sebab nak mencuba.. Seminggu lebih baru habis sebalang ini.. kikiki..

Tong Garden Mala Peanut Mixed Broad Bean (140g) Spicy

Dapatlah sebekas comel ini..

Boleh nampak isi dia ada kacang tanah, kacang parang dan rempah ratus mala.. huhuhu..

Jejak Bacaan 2026: Januari Hingga Jun

 Assalamualaikum..
Hye semua..

6 bulan pertama ini pembacaan Sha masih okay dengan 65 tajuk.. Paling banyak dah tentulah ebuku sebab mudah nak diakses walau dimana.. Paling meriah dah tentulah Mei dan paling sadis pula bulan Januari.. Genre pula memang pelbagailah..

📷 Coretan Sehari | Cerita Semalam & Pagi Ini

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang Sha mintakan Imani ke rumah jiran untuk hantar pesanan coklat.. Bila Imani balik, kemain seronok dia.. Jiran tu kirimkan hadiah ulangtahun buat Imani.. Rupanya jiran tu memang mencari Imani tapi tak terjumpa pula di sekolah.. Anak-anak kami bersekolah di tempat yang sama.. Kalau dekat kuarters pula, Sha memang tak bagi anak-anak main di luar kecuali hujung minggu itupun jarang-jarang sangat..

Ini Amani bawa balik.. Cikgu kelas merangkap cikgu Sains Komputer bagi.. Brooch dan keychain tu cikgunya bagi sempena ulang tahun kelahiran.. Brooch untuk pelajar perempuan dan keychain untuk pelajar lelaki.. Amani dapat dua sebab markah Sains Komputer dia paling tinggi untuk kelas tu.. Memang sukalah Amani..

Ini pula hadiah ulang tahun Imani yang diberikan jiran Sha tu.. Ada tudung, brooch, buku nota, kad ucapan, duit raya, cup dengan straw, coklat dan tealive 3in1..

Ini pula cerita pagi tadi.. Singgah 7E Cafe belikan hash brown dan chicken katsui untuk budak berdua tu.. Sha pula ternampak air ini dekat kaunter tengah promosi.. Teruslah Sha beli sebab harga murah, tin cantik.. kikiki.. Air ini satu RM1.. Harga asal dia RM2 lebih kalau tak silap Sha..

Pagi tadi keluar average daily steps ini dekat BookDoc.. Kena usaha lagi ini bagi jadi 10K.. kikiki..

Keseluruhan jumlah jejak Sha untuk Jun 2026..

Kali kedua dapat medal perak dan emas..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com