Showing posts with label TCA. Show all posts
Showing posts with label TCA. Show all posts

Tuesday, August 19, 2025

Ambil Darah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini teman encik suami ambil darah untuk temujanji minggu hadapan.. Harapnya semua baik-baik sahajalah..

Alhamdulillah.. Awal panggilnya.. Tak sampai 5 minit dah selesai, tambah encik suami memang makan ubat cair darah.. Lajulah keluar darahnya..

Lepas ambil darah, bawa encik suami makan dulu.. Lembut betul roti canainya..

Tuesday, July 15, 2025

Temujanji Ambil Darah MOPD

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini teman encik suami ambil darah untuk TCA MOPD beliau minggu depan.. Banyak jugalah tadi MA tu ambil darah dia.. 

Banyak juga darah encik suami yang diambil untuk ujian HbA1C, FBC dan RP/LFT/FBS/FLP (renal function test, liver function test, fasting blood sugar and fasting lipid profile)

Friday, June 20, 2025

Temujanji Ortodontik Terakhir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, Imani dah discharge dari Klinik Pakar Ortodontik, Teluk Intan..

Pagi tadi Sha bawa Imani untuk temujanji di Klinik Pakar Ortodontik, Teluk Intan.. Memang lancarlah temujanji hari ini.. Temujanji sepatutnya jam 10 pagi tapi disebabkan sampai awal jam 9 pagi, makanya dapatlah jumpa doktor awal.. Sha bawa sekali surat dari Klinik Gigi Pediatrik, Hospital Slim River untuk doktor maklum mengenai keadaan gigi Imani.. Doktor panggil Sha masuk untuk kes gigi Imani yang sepatutnya ditampal tapi tak ada.. Sha cakaplah dah tampal tapi tampalannya dah terbuka semula.. Bulan 7 nanti ada temujanji sekali lagi.. Lepas tu Doktor bincang pasal gigi taring yang semakin kritikal dan pemasangan pendakap gigi.. 

Doktor terangkan realiti mengenai pemakaian pendakap gigi ini.. Kalau anak memang tak nak pakai dan dipaksa pakai, risiko dia ialah tak akan ada penjagaan yang serius.. Rawatan akan jadi lama dan panjang sebab tetpaksa pakai.. Bila tanya Imani memang dia tak nak pakai dan dia okay ja gigi taring tak ada.. Makan apa semua okay ja.. Oleh kerana Imani memang tak nak pakai pendakap gigi, doktor pun discharge dia dari Klinik Ortodontik..

Doktor bagi surat untuk Klinik Gigi Pediatrik, Hospital Slim River teruskan dengan pembedahan buang gigi.. Lepas ja selesai perjumpaan dengan Klinik Ortodontik, Sha terus balik dan singgah Hospital Slim River untuk serahkan surat.. 

Selesai daftar dan menunggu nama dipanggil untuk jumpa doktor..

Ini gambar x-ray Imani.. Yang dalam bulatan tu gigi taring yang akan dibuang nanti..

Tuesday, June 17, 2025

Temujanji Pertama Implant Tahun 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini baru ada temujanji implant Sha untuk tahun 2025.. Bos bagi kebenaran keluar pejabat, jadinya jomlah jumpa doktor.. Lepas zohor terus Sha gerak pergi klinik.. Jadi yang kedua menanti klinik dibuka.. Tepat jam 2, misi pun mula panggil nama.. Timbang berat, naik balik 2kg.. Cakap dah.. Berat Sha memang dekat area situ ja.. Naik turun tak jauh perginya.. Alhamdulillah masa ambil darah pun mudah, rasa cucukan jarum ja.. Lepas tu sakit sekejap dan okay.. Bengkak atau lebam pun tak ada.. Suka Sha.. Lepas dapat keputusan darah dan urine, masuk bilik doktor pula.. Alhamdulillah bacaan darah dan urine cantik.. Lega.. Lepas tu doktor minta Sha update kes dekat SOPD dan MOPD.. Selesai.. Misi bagi tarikh untuk jumpa doktor balik lagi 6 bulan.. Jomlah balik.. Ada dalam 2 ke 3 kali lagi temujanji dengan doktor sebelum buang implant ini..

Tebal dah buku perancangnya.. Kena ambil dulu buku ini dekat Klinik Desa sebelum ke Klinik Kesihatan..

Update keberadaan Sha dekat encik suami.. Pergi sendirikan, kenalah update.. Masa ini belum pukul 2 tapi dah dalam klinik, tu yang gelap.. Ginilah rupanya bila rabun jauh, nak tengok telefon kena buka kaca mata.. Kalau tak memang sakit kepala dibuatnya..

Wednesday, April 30, 2025

Temujanji Gigi Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang tadi Imani ada temujanji gigi.. Patutnya Mac hari tu tapi Sha terlepas pandang.. Jadinya klinik bagi tarikh hari ini.. Oleh kerana Sha kena ke Sekolah Menengah untuk Mesyuarat PIBG, makanya encik suamilah yang bawa Imani.. Hari ini Imani kena tampal gigi.. Masa doktor periksa gigi Imani, doktor minta kami bawa Imani untuk buat XRAY 3D di Teluk Intan.. Doktor tengok gigi taring Imani yang belum keluar lagi tu dah mula nak ganggu akar gigi kacip Imani.. Jadinya nak kena bawa awal sikitlah, nak kena cari masa yang sesuai dan secepat mungkin.. Sha pula risau bila dapat tahu.. Kalau nak tunggu temujanji yang dekat Teluk Intan tu, lambat lagi.. Bulan Jun nanti..

TCA MOPD April 2025

Assalamualaikum .
Hye semua..

Alhamdulillah.. Lega semalam lepas jumpa doktor.. Keputusan darah semua cantik.. Keputusan darah untuk 3 bulan turun dari 7.5 kepada 5.5.. Ujian darah untuk puasa dari pukul 10 malam pun turun dari 6.6 kepada 5.2.. Keputusan urine pun okay, tidak ada kebocoran protein.. Maknanya buah pinggan dalam keadaan baik.. Bacaan kolestrol pun cantik.. Lega rasanya.. Berat pun turun dari 71kg kepada 67kg.. Ini mungkin sebab puasa.. kikiki..

22 April 2025 ambil darah, hari ini 29 April 2025 jumpa doktor..

Tuesday, April 22, 2025

Jom Ambil Darah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Oleh kerana hari ini Sha puasa ganti, Sha ambil darah lambat sikit dalam jam 11.30 pagi macam tu.. Seminggu sebelum jumpa doktor, kenalah ambil darah dulu.. Kali ini doktor suruh ambil banyak juga.. huhuhu.. HbA1c (Hemoglobin Glukosa) ini untuk mengukur tahap gula dalam darah secara purata sepanjang 3 bulan sebelumnya.. Ujian darah standard yang kita kena puasa malamnya dan esok pagi ambil untuk tengok bacaan gula, kolestrol dan juga buah pinggang.. Urine pun kena ambil juga kali ini.. Macam lebih menyeluruh pula pemeriksaan kali ini..

Patutnya ambil jam 8 pagi.. Mula puasa atau last makan jam 10 malam tapi Sha berpuasa, makanya kenalah ambil jam 11 lebih.. Lewat sikit..

Ini untuk tengok bacaan gula selepas puasa, kolestrol dan buah pinggang.. Sellaunya buat yang ini ja.. 

Ini dia nak tengok purata gula dalam tempoh 3 bulan..

Urine ini untuk tengok fungsi buah pinggang..

Tuesday, February 18, 2025

Echocardiogram

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini encik suami kena buat ujian Echocardiogram, seawal jam 7.40 pagi beliau dah sampai.. Sha temankan sampai jam 8ja, lepas tu nak kena bertugas.. Ujian ini untuk melihat keadaan jantung beliau.. Harap semuanya normal.. 

Temujanji encik suami..

Sha pula kena ambil ubat kencing manis.. Dah terlewat sebenarnya.. huhuhu.. Mujurlah perasan..

Monday, February 17, 2025

Temujanji di KPJ Rawang #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini bawa encik suami ke KPJ Rawang untuk rundingan dan makluman keputusan pemakaian alat Holter sebelum ini.. Alhamdulillah, keputusannya okay.. Bacaan cantik cuma perlu pantauan lanjut ja, jadi encik suami akan teruskan TCA di Hospital kerajaan.. Lega bila doktor maklumkan keputusan alat Holter tu cantik.. 

Menanti di panggil doktor..

Saturday, February 8, 2025

Pemulangan Holter Patch

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah 5 hari, hari ini encik suami ke KPJ Rawang untuk pulangkan semula Holter patch.. Minggu depannya baru jumpa doktor untuk review.. Pemakaian alat ini dibuat dengan maksimum sebab simpton encik suami agak jarang berlaku.. Semoga yang baik-baik sahaja keputusannya..

Encik suami pakai yang bentuk macam ini.. Patch, tampal di dada bahagian atas dekat dengan bahu belah kiri.. 

Ini info yang Sha ambil dari IG Institut Jantung Negara..

Tuesday, February 4, 2025

Ujian Holter di KPJ Rawang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Susulan temujanji encik suami pada 11 Disember 2024, Sha bawa encik suami ke KPJ Rawang untuk buat ujian Holter.. Rujukan dari Hospital disebabkan bacaan nadi tak berapa cantik.. 

Sha buat panggilan telefon terlebih dahulu ke KPJ Rawang untuk dapatkan butiran awal mengenai tatacara dan bayaran.. Melalui panggilan telefon, Sha berjaya dapatkan maklumat mengenai bayaran konsultan dan bayaran untuk ujian holter.. Sekiranya ada keputusan ujian darah dan bacaan ecg dari Hospital, boleh bawa sekali termasuk ubat-ubatan..

Doktor di KPJ akan buat rundingan terlebih dahulu sebelum pakaikan alat untuk ujian holter.. 

Sampai jam 9.30 pagi.. Giliran ke empat jumpa doktor.. Sampai awal, kenalah tunggu sekejap sebab doktor mulakan rawatan dan rundingan jam 10.30 pagi.. Kira okaylah menunggu sebab dalam hawa dingin dan kerusi selesa.. Bayar mahalkan.. 

Selepas rundingan, doktor minta untuk pergi buat ujian darah, air kencing dan ECG.. Keputusan yang kami bawa dari Hospital dah lama sangat.. Makanya menunggulah kita.. Bawa ja kertas ini ke makmal, sebut nama dan tarikh lahir pesakit.. Pantas.. Mula-mula kena pergi makmal untuk ujian air kencing dan darah.. Lepas tu buat Echo dan pasang alat untuk ujian Holter tu..

Pakai alat tu 5 hari, Sabtu nanti pulangkan balik.. 

Bacaan darah untuk kolestrol cantik, gula ja masih tinggi.. Echo pun okay ja, cun.. Jadinya kenalah tunggu keputusan holter tu lagi dua minggu.. Bayaran untuk semua ini RM2600 lebih.. huhuhu..

Monday, January 27, 2025

Temujanji Kedua SOPD

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha perlu berjumpa kembali dengan dokto di SOPD untuk review keputusan Mammogram kali kedua.. Alhamdulillah tak ada apa yang perlu dirisaukan.. Saiz cyst tu masih tak berubah dan pesanan doktor sama seperti perjumpaan kali pertama.. Sekiranya ada perubahan seperti bengkak atau sakit boleh datang terus jumpa mereka.. Jumpa setahun lagi..

Tak berjaya dapat nombor 1.. Tapi tak lama pun menunggu..

Tuesday, December 24, 2024

Temujanji Ortodontik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Susulan Temujanji Ortodontik & X-Ray 2 minggu lepas.. Jumaat (20.12.2024) aritu, Imani perlu ke Klinik Ortodontik lagi.. Kali ini doktor bagi plan untuk pakai pendakap gigi atau gigi palsu.. Ini kerana gigi taring Imani kemungkinan besar tak dapat nak diselamatkan.. Namun keputusan perlu tunggu setahun lagi.. Doktor tunggu sampai Imani betul-betul dewasa sebelum ambil tindakan.. Kiranya lepas ini memang kena pilih antara 2 lah.. Gigi taring tu dah jauh sengetnya.. huhuhu..

Menanti tarikh temujanji seterusnya..

Monday, December 2, 2024

Temujanji Ortodontik & X-Ray

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini bawa Imani ke Klinik Pakar Ortodontik untuk pemeriksaan susulan.. Selepas diperiksa, doktor suruh bawa Imani ke Hospital Teluk Intan untuk buat x-ray.. Kena print sendiri gambar bahagian sisi muka dan yang selebihnya dia bubuh dalam CD.. Selesai x-ray, kami ke Ortodontik semula.. Hantar cd dan gambar xray.. Lepas tu balik.. ulan depan datang balik.. Gitulah berulang sampai selesai..

Jomlah pergi x-ray..

Print gambar x-ray sebelum hantar ke klinik..

Friday, November 15, 2024

Temujanji Pertama & Terakhir O&G

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baru selesai temujanji di Klinik Pakar O&G untuk susulan dari SOPD.. Alhamdulillah.. Ini menjadi temujanji pertama dan terakhir Sha untuk klinik O&G ini.. Lega rasanya.. 

Sha menjadi pesakit pertama yang jumpa doktor.. Selepas beberapa soalan, doktor buat ultrasound untuk Sha.. Pertama di perut dan kedua di bahagian kemaluan.. Di bahagian kedua ini memang terus ke rahim.. Kita pesakit pun boleh tengok juga.. Ada monitor dekat bahagian kaki.. Memang doktor tunjukkan keadaan dalam rahim, dinding rahim, kilang telur.. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.. Sha dirujuk sebab simptom sakit di bahagian buah dada setiap kali nak haid dan juga haid yang tak menentu.. Doktor bagi tahu, walaupun haid Sha tak menentu Sha masih lagi haid 5 ke 6 kali setahun jadinya tak ada masalah.. Lagipun rahim dan dinding rahim Sha berada dalam keadaan baik.. Simptom yang Sha alami sebelum haid tu adalah normal dan haid yang tak teratur juga tak memerlukan Sha untuk makan ubat.. Tambahan pula Sha pakai implant, memang akan menyebabkan haid untuk tak teratur tu tinggi.. 

Periksa berat dan tekanan darah dulu.. Sha dapat nombor 1.. Cepatlah urusannya.. Sha suka sebab doktor punya penjelasan tu terang dan jelas.. Terang dengan bahasa yang mudah untuk kita faham.. Berat Sha 71.3kg.. Macam turun sikit..

Tuesday, November 12, 2024

Temujanji Mammogram Kedua

Assalamualaikum..
Hye semua..

Klinik Pakar Pembedahan cadangkan untuk Sha buat sekali lagi mammogram dan ultrasound hari ini namun bila Sha sampai ke Jabatan Radiologi, mereka hanya buat ultrasound sahaja sebab tak berkeperluan untuk buat mammogram.. Saiz kantung air yang mereka jumpa di bahagian kiri dada Sha masih lagi sama saiznya.. Jadinya Jabatan Radiologi cadangkan untuk buat semula mammogram pada tahun 2026.. 

Borang Untuk buat mammogram dan ultrasound..

Tuesday, October 22, 2024

TCA Dental Pediatric & MOPD

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berturut-turut temujanjinya.. Semalam bawa Imani untuk TCA Gigi Pediatrik.. Hari ini Sha pula ada TCA MOPD.. 

Imani punya TCA petang semalam.. Doktor buat xray semalam nak tengok kedudukan gigi taring dia, ada perubahan ke tak.. Bila tengok keputusan xray tu, gigi taring imani bukannya makin menurun.. Gigi dia melintang terus.. Memang tak akan turunlah gigi taring bahagian atas tu.. Sekarang ni kena tunggu apa kata doktor orthodontik pula..

Minggu lepas dah ambil darah, hari ini kita tengok keputusan.. Alhamdulillah bacaan gula Sha turun jadi 6.6 tapi beratnya naiklah pula.. Lega rasanya cuma sekarang ini kena pastikan kawal pengambilan gula dan makan ubat ikut jadual.. Bab makan ubat ini memang kadang-kadang terbabas sebab terlupa.. 

Tuesday, October 15, 2024

Temujanji Ambil Darah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, pagi tadi Sha ambil darah untuk TCA minggu hadapan.. Pagi ini semuanya berjalan dengan baik-baik sahaja.. Awal tu macam panik juga tengok yang nak ambil darah tu pelajar praktikal tapi kalau mereka tak berlatih dengan manusia, sampai bila pun mereka tak pandai.. Jadinya Sha lapangkan hati dan terima.. Alhamdulillah sekali ja cucuknya, cuma tu lah darah tak keluar.. kikiki.. Adik tu dah panik sebab jenuh dia adjust jarum tapi darah tak keluar.. Sha senyum ja.. Bila adik tu nak tarik, MA yang pantau kerja mereka tu tahan jarum tu dan adjust sikit ja.. Terus darah keluar.. Sha cakap dengan adik tu, takpa.. Biasa memang macam ini susah nak jumpa urat darah.. Barulah adik tu senyum.. 

Lepas ambil darah, Sha sarapan dan sambung bertugas di kaunter nombor.. 

Wednesday, August 28, 2024

TCA MOPD, Hospital Slim River dan ke IJN, KL

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha cuti.. Teman encik suami TCA MOPD dan juga ke IJN ambil ubat MIL.. Awalnya nak naik motor tapi bila memandang ke langit, baiklah naik kereta.. kikiki.. Mendung sepanjang jalan.. Risau basah sebelum sampai IJN saja.. kikiki..

Alhamdulillah dapat no 1.. Pukul 9 pagi dah selesai.. Ubat Sha ambil esok paginya sebab nak bergegas ke IJN pula..

Singgah makan di Darsa Fried Chicken, Bukit Beruntung..

Sha makan Shawarma Combo (Ada shawarma, kentang goreng, air coke dan sos garlic).. Encik suami makan Barka Plate (ada 2 ketul ayam, garlic sos, air coke, mash potato dan coleslaw).. Lepas tu Sha tambah bubur nasi ala carte.. Shawarma dia nampak kecik tapi mengenyangkan, isi dalam ada sos, ayam dan salad.. Cumanya salad tak banyak.. Kentang goreng dia pun best.. Ayam goreng pun sedap, coleslaw dia pun best cuma dia punya mash potato ada sedikit pelik rasanya.. Garlic sos dia memang bestlah.. Bubur nasi pun sedap, ada kepingan halia dan hirisan bawang putih dalam bubur tu..

Lama juga rupanya urusan dekat sini.. Ramai betul manusia tapi pantas jugalah stafnya berkerja..

Sebundut roti.. Memang Sha cari jenama ini sebab area Perak tak ada.. Roti ini dijual di sesetengah area Selangor, Negeri Sembilan dan TMG Kuantan..

Friday, August 2, 2024

Temujanji Susulan di Pakar Pergigian Pediatrik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Temujanji susulan untuk memastikan gigi Amani berada dalam keadaan baik.. Kali ini 3 batang gigi dia kena tampal.. Ngilu dan dakit kata Amani.. Tapi foktor yang buat tu baik sangat.. Cuba sehabis baik buat perlahan-lahan untuk Amani.. Gigi yang sepatutnya pasang crown doktor KIV dulu.. Doktor nak tengok keadaan gigi Amani dulu.. 3 bulan lagi jumpa balik..

Pergi berdua saja, encik suami kena tunggu rumah.. kikiki.. Imani pula bersekolah..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com