Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Wednesday, July 23, 2025

Malang Tak Berbau

Assalamualaikum..
Hye semua..

Betullah malang tu tak berbau.. Memang betul-betul tak diduga, bila diuji dengan kesakitan.. Semalam nasib Sha kurang baik.. Boleh pula tergelincir dan jatuh di bahu jalan masa nak ke pasar malam.. Sha baru turun kereta, jalan belum jauh lagi dah jatuh terduduk.. Memang tak jadilah nak ke pasar malam, terus balik.. Mula tu Sha ingat luka dekat lutut je, bila selak tengok terkoyaklah kulit sampai nampak isi putih.. Tersagat dekat batu.. Mujur seluar tak koyak tapi tak melindung pun sebab kainnya nipis kan.. Sha terpeleot, tergelincir dan jatuh, jenuh tahan sakit sambil memandu pulang.. Sha ingatkan tak adalah luka di kaki sebab pakai kasut sukan dan stokin yang agak tebal jugalah, tapi balik tu tengok ada juga luka di buku lali kaki kiri.. Patutlah sakit semasa nak tekan clutch kereta..  Masa memandu tu juga baru perasan di jari kanan ada luka tertoreh, agak dalam dan di tangan kiri ada kulit terkoyak.. Jenuhlah menahan pedih kaki dan tangan semasa mandi.. Malamnya memang berdenyut-denyut lah luka-luka tu semua.. Sha telan 2 biji panadol untuk kurangkan sakit..

Nak tidur tu, boleh pula ibu jari kaki tertendang bucu pintu.. Adoilah, encik suami dah geleng kepala ja tengok Sha.. Belum kurang sakit akibat jatuh, udah bertambah sakit lagi.. Semoga ada hikmah yang baik-baik sahaja lepas ini.. Aamiin..

Jari tengah tangan kanan ada luka yang dalam.. Tertusuk batu rasanya..

Ini pula jari tengah tangan kiri.. Terkoyak bahagian sendi..

Thursday, June 26, 2025

Rindu Itu Berat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau arwah abah masih ada sekarang ini usia beliau 76 tahun.. Figura yang sentiasa dirindui.. Perginya tak akan ada ganti.. Dirindu setiap masa.. Adakalanya rasa rindu tu terlalu menggebu-gebu.. Terasa-rasa sentuhan hangat beliau.. Baunya seolah-olah masih ada.. Terngiang-ngiang suaranya.. Namun siapalah kita untuk menidakkan takdir.. Andai sampai masa, kita juga akan pergi mengadap Ilahi.. 

Ya Allah… Ampunkan dosaku dan dosa kedua Ibu Bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka  mengasihaniku ketika aku masih kecil, berilah mereka balasan Syurga..

Ya Allah gantikan penat lelah buat Abah yang telah banyak berkorban dan membesarkan kami dengan setinggi-tinggi SyurgaMu di sana.. Aamiin.. Ya Allah, kurniakanlah ganjaran syurga FirdausMu untuk  Abah kami yang telah banyak berkorban membesarkan kami selama ini..
Ya Allah letakkanlah Arwah Abahku di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Amiin Ya Mujib Ya Rabb Ya Zal Jalali Wal Ikram..

Sha tahu lagu ini dari blog Mummy Ayu.. Bila layan memang mencengkam jiwa.. 

Rindu Itu Berat
Song by Amir Jahari

Ini cerita kita
Terngadah dan berharap
Kau antara bintang 
Dan telah pergi selamanya

Rindu itu berat
Tak terdakap tubuh dan jasad
Runtuhlah jiwa jiwa yang kuat
Maka jadilah
Rindu itu berat

Ini sebuah derita
Yang dulu engkau jeritkan
Tanpa suara yang mendengar
Maafkanku teman

Rindu itu berat
Tak terdakap tubuh dan jasad
Runtuhlah jiwa jiwa yang kuat
Rindu pada yang tak berhayat

Teman rindu air mata
Musuh rindu adalah kenangan
Menjunjung kesal maaf kelewatan
Maka jadilah
Rindu itu berat

Wednesday, June 11, 2025

Rezeki Daging Korban 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam encik suami maklumkan tempat kerja beliau ada buat korban.. Encik suami turut terlibat dalam kerja-kerja kurban tersebut.. Jam 11.21 pagi beliau mesej maklumkan dapat daging.. Alhamdulillah Syukur.. Merasa juga daging korban.. Sha ingatkan setakat daging korban je lah.. Eh!! Jam 3.55 petang beliau maklumkan dapat lauk.. Memang ada masak-masak lepas siap bahagi-bahagi daging korban tu.. Tapi Sha tak jangkalah nak dapat.. Encik suami maklumkan dia tolong sampai habis.. Sampai ke pembersihan dan tanam-tanam semua.. Lepas tu tak sangka pula ada lauk lebih untuk beliau.. Sha pula ingatkan tak adalah banyak.. Bila balik rumah baru Sha tengok lauknya banyak betul, siap boleh simpan beku sebahagian lauknya.. 

Daging segar.. Ini kita simpan dulu.. Nanti baru masak..

1 bekas besar sup, 2 beg plastik lauk singgang dan 1 beg plastik masak kunyit..

Bila dah bubuh dalam periuk.. Puaslah makan daging arini.. Sha simpan sebahagiannya dekat tempat beku.. Nanti nak makan, panaskan aja.. Bukan boleh nak makan habis semuanya hari ini..

Masak kunyit tu dia buat stail rendang nasib.. Semua bahagian ada dalam masak kunyit tu.. Sha ada tergigit hati lembut.. Telan jelah dah gigit.. Menarik juga bila dia buat macam ini.. Sha tak sangka pula rasa hati lembu macam tu.. Sha memang tak makan hati lembu ke, hati ayam ke.. Ini kira pertama kali rasalah.. Menarik..

Friday, May 30, 2025

Ulang Tahun Perkahwinan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam ulang tahun perkahwinan Sha.. Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia perkahwinan kami.. Raikan terus bersama anak-anak.. 

“Ya Allah, berkatilah aku dalam keluargaku dan berkatilah mereka dalam diriku. Berilah aku rezeki dari mereka dan berikanlah mereka rezeki dariku. Ya Allah, kumpulkan kami untuk kebaikan dan pisahkan kami apabila Engkau pisahkan kami untuk kebaikan.” 

”Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan berikanlah kemudahan serta petunjuk kepada kami untuk keselamatan agama kami.”

Aamiin.. Aamiin..

Asalnya Sha tempah kek batik indulgence tapi penjual ada masalah yang tak dapat dielakkan, Sha tukar kepada brownies.. 

Hadiah kami berdua untuk keluarga kami.. kikiki.. Sha kongsi duit dengan encik suami untuk gadget baru rumah kami menggantikan air fryer yang meletup sebelum ini.. Harga asal dia RM419 tapi masa beli semalam ada promosi, dapatlah beli dengan harga RM319 sahaja.. 

Friday, April 4, 2025

Tragedi 4 Syawal 1446H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang jam 3.26 encik suami telefon Sha bagi tahu ada ular masuk rumah.. Minta tolong Sha telefonkan JPAM sementara beliau pergi panggil pengawal keselamatan.. Sha pun google JPAM Muallim dan minta tolong mereka ke rumah untuk selamatkan ular tu.. huhuhu.. Jam 3.49 petang, JPAM datang dan tangkap ular tedung tersebut.. Lepas tarik keluar dari bawah penyidai tu baru tahu ular tedung.. Encik suami adalah ambil video tapi staf JPAM tak bagi bubuh di mana-mana sosial media.. Jadinya maaflah ya, tak dapat Sha nak kongsikan kehebatan 3 gadis menawan ular.. huhuhu..

Balik dari pejabat, baru tahu rupanya anak dara Sha Amani duduk sebelah ular tu sebelum dia dengar bunyi desiran ular.. Masa ini memang Amani seorang sahaja yang ada di rumah.. Terus dia telefon ayahnya maklumkan.. Ayah dan adik ada diluar masa ini.. Oleh kerana encik suami panik dia telefon Sha minta carikan no telefon JPAM Muallim.. Sha memang bedebar-debarlah menunggu perkembangan di pejabat.. 

Alhamdulillah.. Syukur Allah selamatkan Amani dari sebarang musibah.. 

Ini kejadian kedua tentang ular di bulan Syawal.. Sebelum ini ularnya di luar rumah.. 

Elok ja dia duduk bawah sejadah tu..

Ini jalah keratan yang Sha boleh kongsikan dari video yang encik suami ambil..

Lepas ular ini diselamatkan JPAM, encik suami kata ada bau hanyir yang tertinggal.. Masa Sha balik tu beliau dah moplah rumah.. Semalam memang panas terik pun, mungkin ular tu cari tempat sejuk untuk berehat.. Sebelah tempat sejadah tu, pintu sliding.. Memang kami biarkan terbuka tu yang elok dia menyusup masuk tu.. Nampak gayanya lepas ini kena tabur beleranglah.. 

Wednesday, April 2, 2025

Cerita 2 Syawal 1446H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha sekeluarga ke Ayer Tawar ziarah kubur arwah abah dan juga ibu.. Awal kami keluar dari rumah.. Jam 7.15 pagi dah gerak.. Tapi singgah Teluk Intan dulu cari sarapan pagi.. Alhamdulillah jumpa juga kedai yang jual nasi lemak.. Kikiki.. Perut kenyang, baru teruskan perjalanan.. Ikut lebuhraya WCE keluar dekat persimpangan Setiawan dan terus ke Pekan Ayer Tawar.. Alhamdulillah selesai ziarah kami gerak ke tempat lain..

Hari ini 6 tahun Abah tiada disisi Sha.. Kami tak adalah rapat namun ini sahaja figura orang tua yang Sha ada lepas kehilangan emak pada usia 4 tahun.. 

Ibu wujud dalam hidup Sha selepas arwah mak tiada.. Tak rapat namun beliau Sha hormati..

Ini pula kubur mak dan bapa saudara Sha.. Tak adalah dekat mana namun membesar bersama mereka sejak Sha sekeluarga pindah ke Ayer Tawar..

Rumah lama yang pernah Sha huni suatu masa dahulu.. Simpan sini sebagai kenangan.. Tak ada dah kembali ke sini.. Tinggallah semua kenangan yang pernah ada disini.. Tak kiralah bahagia mahupun sedih.. 

Tuesday, April 1, 2025

1 Syawal 1446H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita 1 Syawal kami bermula dengan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Ar-Rahman, Ulu Bernam.. Oleh kerana raya kami di Behrang sahaja, maka encik suami buat keputusan untuk solat sunat Aidilfitri jauh sikit dari rumah.. Kami sampai sekitar jam 7.45 pagi dan keadaan masih lengang.. Parkir kereta mudah dan dapat duduk di saf kedua.. Selesai solat sunat, maka mencari sarapan pagilah kami.. 

Ziarah MIL di Slim River sebelum MIL ke Kampung Gajah bersama adik ipar..

Kemudian kami terus gerak ke Tanah Perkuburan Taman Kosas, Ampang untuk ziarah kubur arwah mak Sha..

Tahun ini perjalanannya pendek sahaja.. Sempatlah merasa kesesakan lalu lintas di KL..

Friday, February 28, 2025

Akhirnya Cita-Cita Zaman Sekolah Tertunai

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal Februari baru ini, ada makluman mengenai bekalan darah yang kurang di tempat Sha kerja ini.. Sha bukanlah berani sangat nak derma darah tapi memang bercita-cita nak derma darah.. Jadinya minggu lepas Sha pergilah dengan semangat walaupun takut.. Sekali tak berjaya sebab HB Sha rendah.. 12.2 sahaja, memang tak lepaslah.. Kalau nak derma darah HB paling kurang pun mesti 12.5..  Sister cadangkan makan sayuran hijau tapi Sha pula teringat masa mengandung dulu memang HB Sha rendah.. Sha amalkan makan jambu batu ja untuk cantikkan HB.. Jadinya dari minggu lepas sampailah hari ini Sha makan sekurang-kurangnya setengah biji jambu batu setiap hari.. Alhamdulillah, hari ini HB Sha 13.5.. Berjalah Sha buka buku merah dan menderma darah.. Seronok betul.. Sampaikan tangan lebam pun Sha okay ja.. kikiki.. Urat darah Sha memang susah nak jumpa dan sister tu kena tekan sikit tadi supaya urat tu duduk diam.. Jadinya bengkak lah sikit.. Sha okay ja sebab dah berjaya derma.. Balik karang kita tuam ja dengan ais.. InsyaAllah okaylah tu..

Ini mesej yang dikongsi dalam group whatsapp kerja Sha..

Yeah!! Dapat dah buku merahnya..

Siap dapat cawan..

Biskut dan air.. Goodies lepas menderma..

Monday, December 2, 2024

Birthday Celebration

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rabu (27.11) Sha dan encik suami ke Shah Alam.. Sarapan bersama dan terus ke JPJ, KKB untuk update alamat dan perbaharui lesen.. Tapi tak berjaya.. kikiki.. Boleh pula lupa bawa kad pengenalan.. Jadinya kita balik dulu, uruskan anak sekolah.. Petang baru Sha ke JPJ semula.. Dapat lesen fizikal, cuma kualiti dia lah.. huhuhu.. Bolehlah.. Janji ada lesen fizikal..

Pagi-pagi dah naik si putih ini ke Shah Alam.. Sarapan ja..

Petang encik suami belanja kek.. Kemain banyak dia belikan.. Hari ini baru habis.. kikiki.. Sehari kita makan satu..

Imani buatkan Sha jambangan bunga..

Monday, October 7, 2024

Kenduri Kahwin di Melaka

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumaat lepas kami sekeluarga ke Melaka, rumah abang Sha untuk kenduri kahwin anak sulung beliau.. Gerak lepas kerja dan sampai lebih kurang jam 11.30 malam.. Pergh!! Malam pun sesak.. Lambat sikit sebab ambil angah Sha dekat Subang.. Majlisnya dibuat hari sabtu.. Paginya nikah dan jam 12.30 sanding serta makan beradab.. Sha memang tak pegang telefon sebab baju tak ada poket.. Jadinya tak banyaklah gambar yang dapat dikongsi.. Ini pun ehsan dari sepupu dan saudara.. Majlis ini mereka buat di Homestay, memang lengkap dengan pelamin dan katering.. Mudah dan tak mengganggu rumah lah pada Sha..

Sabtu petangnya lepas selesai majlis dan selesai kemas homestay, terus Sha sekeluarga balik.. Tak boleh nak berlama-lama sebab anak-anak sekolah.. Sha memang tak pontengkan mereka kecuali terdesak.. Kami sampai rumah jam 11.30 malam.. 

Majlis nikah yang dibuat sebelah paginya..

Bergambar bersama mak ayah pengantin perempuan..

Mak saudara yang masih ada.. Semoga mereka sentiasa diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..

Perjumpaan jejak kasih.. Hahaha.. Sha terjumpa semula jiran masa duduk dekat Kg. Berembang, Ampang..

Friday, September 20, 2024

Jelajah Utara Malaysia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seawal hujung Ogos lagi Sha dan encik suami sudah mula merancang kemana perjalanan kami bagi cuti sekolah kali ini.. Awalnya kami nak ke Terengganu, tapi kami batalkan bila tahu ada aktiviti RXZ.. Tukar plan ke Utara.. Bila dah dapat destinasi, encik suami pun memulakan misi mencari tempat bermalam.. Setelah berbincang pro dan kontra, kami bersetuju untuk tinggal di Motel untuk malam pertama dan Hotel 2 bintang untuk malam kedua.. 

Percutian kami bermula pagi Sabtu (14/09/2024) dan berakhir pada hari Isnin (16/09/2024).. Perjalanan yang dirancang melalui jalan lama sahaja namun akhirnya terpaksa juga ikut lebuh raya lepas masuk ke Pulau Pinang.. Bila ikut jalan lama terasa sesak jiwa raga sebab banyak sangat lampu isyarat.. Tapi tak adalah banyak bayaran tol.. Kami keluarkan duit tol RM4.90 sahaja untuk 3 kali tol..

Laluan pergi bermula dari Behrang - Trolak - Langkap - Chenderong Balai - Kg. Gajah - Lambor Kanan - Parit - Manong (Singgah beli pau buat bekal dalam kereta) - Kuala Kangsar - Matang (Muzium Matang dan makan tengahari di Kamunting) - Bagan Serai - Nibong Tebal - Pulau Jawi - Butterworth (Singgah bergambar di R&R Bagan Ajam) - Kota Kuala Muda (Dataran Tsunami) - Sungai Petani (Singgah solat di Masjid Midad dan bermalam di Persona Motel).

Laluan hari kedua pula bermula dari Sungai Petani - Jalan Kaki Bukit (Gunung Jerai) - Kuala Kedah (Muzium Kota Kuala Kedah dan makan tengahari) - Arau (Daftar masuk dan bermalam di Hotel Metro Inn)

Laluan hari ketiga sepenuhnya menggunakan jalan dalam bermula dari Arau (Sarapan pagi dahulu) - Wang Kelian (Wang Kelian View Point) - Padang Besar - Sintok (Lalu dekat Empangan Pedu) - Durian Burung - Gubir - Gulau (Makan tengahari) - Baling (Singgah solat dan merenggangkan badan) - Pengkalan Hulu - Gerik - Lenggong - Kuala Kangsar (Sha mula memandu) - Manong - Parit - Bota - Lambor Kiri - Kg Gajah (Singgah solat, tukar pemandu dan makan malam) - Chenderong Balai - Sungkai - Behrang

Nampak ja tugu menarik, berhenti ambil gambar.. kikiki.. 

Kami singgah di Manong beli pau sedap..

Ini dekat R&R Bagan Ajam.. Tak tahu kat sini ada tempat riadah.. Memang padat dan ramai orang.. Mujurlah dapat parking, bolehlah bergambar sekeping dua.. kikiki..

Kami singgah solat di Masjid Madad yang unik bentuknya.. Cantik sangat.. Siap ada playground untuk kanak-kanak.. Ada Taman kucing juga tapi kami sampai dah malam.. Mampu tengok pagar dia ja.. 

Cantikkan langit dan sawah luas terbentang..

Singgah di pantai ambil gambar sebelum hujan lebat.. Awalnya nak makan laksa dekat area sini tapi kawasannya agak menyedihkan.. huhuhu.. Tak berjaga.. Jalan tak tar elok.. Kedai pun banyak yang tutup sedangkan banyak ja kereta masuk sama macam kami.. Sayang sangat..

Singgah di Capati Labu Sayong & Nasi Gulai Panas untuk sarapan pagi sebelum memulakan perjalanan terakhir.. Cawan dia comel.. kikiki..

Seluas mata memandang..

Betapa kosongnya jalan tanpa kereta.. huhuhu..

Bila lalu jalan dalam, tak ada kereta sangat.. Sempatlah bergambar di tengah-tengah jalan.. kikiki..

Empangan tasik Pedu.. Memang nampaklah makin kering airnya..

Kawasan ini nama dia Padang Kerbau.. Nampak tak dua ekor kerbau yang memandang tu.. Sha ambil gambar ini dari dalam kereta ja.. Seram tengok pandangan mereka dan tanduk yang melengkung tajam tu.. huhuhu.. Ada banyak lagi sebenarnya tapi yang ini begitu tajam memandang kami..

Ini pula Jetty Serimahawangsa Boathouse.. Cadangnya nak singgah makan tengahari tapi tak nampak pun restorannya buka.. Jadinya ambil gambar sajalah.. Belakang tu Tasik Pedu..

Akhirnya sampai juga ke Pengkalan Hulu..

Langit kejap cerah, kejap mendung, kejap hujan rintik dan kejap lebat sepanjang jalan..

Jelajah Utara Malaysia | Wang Kelian View Point

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini tempat tarikh dalam destinasi percutian kami.. Encik suami bawa kami ke sini untuk meninjau pemandangan cantik.. Kami gerak ke sini lepas daftar keluar hotel dan sarapan pagi.. Kami sampai ini pun dah ramai orang tapi masih okay lagilah.. Parking kereta pun mudah.. Bayaran masuk RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak berumur 6 tahun hingga 18 tahun.. Nak mendaki dengan jalan kaki pun boleh, nak naik kenderaan yang disediakan dengan bayaran RM3 seorang pun boleh.. Bayaran ini untuk naik dan turun.. Kami naik atas menggunakan kereta dan turun dengan jalan kaki.. Tempatnya memang cantik.. Bahagian atas penuh informasi, tempat bergambar dan gerai jualan.. Memang bestlah.. Ada teropong disediakan tapi kena guna duit syiling 50 sen sebanyak 4 keping..



Sha beli hazelnut latte (ice) - RM8 di sini.. Sedap kopi dia..


Inilah kederaan yan Sha maksudkan itu.. 

Sempatlah kami lajak ke Kg. Wang Kelian dan ke kawasan orang nak masuk ke Thailand.. Tapi dah tak ada orang berjualan jadi kami patah balik.. Beratur kereta nak masuk ke Thailand..

Jelajah Utara Malaysia | Hotel Metro Inn Arau, Perlis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penginapan untuk hari kedua, kami tidur di Hotel Metro Inn yang terletak di Arau.. Kami gerak ke hotel lepas makan tengahari.. Tak adalah jauh sangat dari Muzium Kota Kuala Kedah, Kedah.

 Sha bayar harga bilik RM121.45 melalui Agoda.. Pada Sha berbaloi sangat-sangat.. Bilik bersih, penghawa dingin sejuk ya amat.. Cuma dia punya heater saja bermasalah, tapi masih okaylah pada Sha.. Paling best di sekeliling hotel ada macam-macam kedai.. Mudah lah nak cari barang makan dan keperluan harian.. Tempat parkir kereta pun mudah, depan dan juga di belakang hotel.. Hari kedua ini kami daftar masuk 2.30 petang, rehat dan mandi semua.. Jam 5 petang baru keluar balik dan merayap di sekitar Perlis.. Esoknya daftar keluar jam 8 pagi.. Hotel ini kena letak deposit RM30.. Bila pulangkan kad akses, dia bagi balik deposit.. Owh ya, hotel ini guna tangga tau.. Kami dapat bilik di tingkat dua mengadap jalan tapi tak adalah bising.. Lena ja tidur tambahan pula hujan.. Lagi ngamlah..

Ada meja, kerusi, 2 katil queen, 4 tuala, penghawa dingin dan tv..

Ada almari, 3 penyangkut baju, 1 tisu tandas, 2 botol air mineral, cawan dan gelas..

Ada mesin air panas dan sejuk di setiap tingkat..

Tempat menggosok pun ada di setiap tingkat..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com