Thursday, November 30, 2023

Komik | Melodi Di Hatimu (Kedai Magis #5) oleh Nishiki., Sunlight Circle (Comic)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Deni pelajar yang kuat menyakat dan sedikit nakal.. Kerana ingin membuktikan cerita seramnya mengenai hantu yang pandai menyanyi, Deni mula mengacau Myra yang pendiam dan gemar memakai pelitup muka.. Myra punya suara yang merdu namun kurang keyakinan.. Bila melihat perangai Deni, cikgu muzik telah meminta Deni membantu Myra memperoleh semula keyakinan dan keberanian untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai.. Awalnya semua baik walaupun agak lambat mereka nak serasi tapi disebabkan ketidak jujuran Deni, mereka mula rengang semula..

Sha baca dan selesai pada 28.11.2023..

Published November 1, 2021 by Kadokawa Gempakstarz Sdn. Bhd.

Komik | Budak Lelaki Itu BFF Aku! (Kedai Magis #4) oleh Nishiki., Sunlight Circle (Comic)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini kedai magis membawakan cerita mengenai dua oran pelajar yang tanpa sengaja menjadi sahabat baik.. Namun sikap mereka sangat bertentangan.. Nina seorang yang kasar, garang namun baik hati.. Danish pula seorang yang baik, lurus dan tidak pernah menolak permintaan siapa pun.. Nina tak suka bila ramai yang ambil kesempatan diatas kebaikan Danish.. Salah faham berlaku antara mereka dan Nina mula menjuahkan diri hinggalah Nina terdengar perbualan diantara Danish dan guru sukan mereka.. Sempat ke Nina berbaik semula dengan Danish??

Sha baca dan selesai pada 28.11.2023..

Published June 1, 2021 by Kadokawa Gempakstarz Sdn. Bhd.

Jepun | Unlimited Psychic Squad (2013)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hyoubu ini espers yang sangat berkuasa.. Ketua kepada kumpulan P.A.N.D.R.A., kumpulan yang menjadi tempat semua espers berkumpul dan menjadi buruan kerajaan kerana dituduh sebagai organisasi penjenayah.. Semasa ingin menyelamatkan Yuugiri, Hyoubu turut melepaskan Hinomiya dari tahanan dan Andy dibawa menyertai kumpulan mereka.. Rakan-rakan yang lain kurang mempercayai Andy tambahan pula kuasayang dimiliki Andy menghalang rang lain membaca apa yang adadi fikirannya.. Andy masuk ke kumpulan Hyoubu atas arahan tentera US dan tanpa Andy ketaui, dia hanya dipergunakan untuk peperangan yang lebih besar diantara manusia biasa dan juga espers..

Espers ini mereka yang ada kebolehan luar biasa..

Zettai Karen Children: The Unlimited - Hyoubu Kyousuke
‣ Genres : Action, Sci-Fi
‣ First aired : 2013-1-8
‣ Last aired : 2013-3-26
‣ Runtime : 23 minutes
‣ No of episodes : 12

‣ Synopsis : You don’t have to be psychic to know that Hyoubu Kyousuke is trouble waiting to happen, but having psychic powers of your own may be your only chance if you want to stand against him.  One of the most powerful espers on the planet, Hyoubu's incredible range of abilities extends as far as controlling his own aging process, and the potential strength of all his talents combined is so terrifying that he wears a device that limits their use except in cases of extreme emergency.  The time is coming, however, when Hyoubu will need to unleash everything he has.  

Komik | Hero Di Sebalik Topeng (Kedai Magis #3) oleh Nishiki., Sunlight Circle (Comic)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Delaila merupakan seorang pempengaruh yang terkenal dengan kehebatannya membuat manisan namun tak ada siapa yang boleh mencuba manisan tersebut termasuklah kawan baik sendiri.. Delaila memberikan alasan yang dia ingin memberikan manisan yang dibuatnya kepada penyelamat yang menyelamatkannya pada satu masa dahulu.. Realitinya, manisan Delaila tak sedap.. Semuanya terbongkar bila Delaila pindah ke sekolah yang sama dengan Rafael dan Rafael berjaya merasa manisan Delaila yang tak sedap tu.. Namun tiada siapa yang percaya Rafael.. Sebaliknya Delaila dan Rafael telah dicalonkan sebagai peserta dalam pertandingan memasak antara kelas.. Berjayakah Delaila melalui cabaran ini dan memasak dengan sedap.. Siapakah sebenarnya hero bertopeng yang dicari Delaila..

Sha baca dan selesai pada 28.11.2023..

Published February 1, 2021 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Komik | Siri Putera 03: Putera Jejak Warisan Topik: Sejarah Dan Budaya oleh Candy Factory

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini mengisahkan tentang putera-putera raja yang perlu berkeerjasama dengan diketuai Alex mencari siapakah pencuri yang telah melarikan semua artifak berharga di Muzium Pulau Momos.. Mereka juga perlu memikirkan bagaimana untuk menarik generasi muda supaya berminat dengan sejarah.. Tanpa sejarah lalu tak akan ada masa kini..

Selain komik, penulis juga masukkan fakta mengenai era prasejarah, empat tamadin kuno, empayar yang sentiasa diterangi matahari, keajaiban baharu dunia, muzium terkenal dunia serta sejarah dan budaya pelbagai negara..

Sha baca dan selesaai pada 27.11.2023..

Published August 1, 2015 by Gala Unggul Resources

Wednesday, November 29, 2023

Sambal Peria Bilis Rangup Abang Syukor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha beli peria bilis pula.. Sambal ini baru ada.. Sama je macam sambal Sambal Merah Sotong Abang Syukor sebelum ini, Sambal peria ini pun Shabeli dengan diskaun shopee live.. Best, cumanya tu lah.. Pedas.. kikiki.. Sha ini memang tak makan pedas tapi suka je membeli sambal.. Pelik kan.. Sambal peria ini Sha letak dekat pejabat.. Senang.. Bawa nasi dengan telur je dari rumah, pastu tambah sambal ini.. Kalau rajin, buat nasi goreng sempoi.. Pastu makan dengan sambal ini, memang terangkat dan mengenyangkan..

Peria Bilis Rangup (180g) - RM9.97 (lepas diskaun RM11.83)
Peria, Bawang Merah, Ikan Bilis, Emping Cili, Gula, Garam

Bagus bertutup macam ini, tak adalah tumpah minyak sambal tu..

Penuh isi dia.. Meriah dengan peria, bilis dan bawang..

Komik | Jangan Tinggalkan Aku (Kedai Magis #2) oleh Nishiki., Sunlight Circle (Comic)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kedua dari siri kedai magis.. Bukunpertama bertajuk Rahsia Sunflower (Kedai Magis #1) oleh Nishiki, Sunlight Circle (Comic).. Buku kedua ini bercerita mengenai Karl, Mimi dan Adora..

Karl berwajah garang dan mempunyai luka dibadan.. Karl selalu disalah anggap sebagai pelajar bermasalah dan tak ada pelajar yang berani mendekatinya.. Adora turut tersalah sangka dan semuanya berubah bila Adora tahu perkara sebenar mengenai Karl.. Adora cuba merapatkan kawan-kawan yang lain dengan Karl namun tak berjaya hinggalah Mimi, kucing yang disayangi Karl menghilangkan diri..

Sha baca dan selesai pada 27.11.2023..

Published September 1, 2020 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Win2 | Joystic: Biscuit Coated With Vanilla Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut ini tak dibeli jadinya tak pasti harganya berapa.. Sedap.. Sha ingatkan coklat putih perasa vanila tapi rupanya memang salutan tu slautan krim vanila.. Biskut dia pun sedap.. Isinya banyaklah dalam sepeket tu.. Laju je mengunyahnya..

Joystic: Biscuit Coated With Vanilla Cream (40g)

14 batang biskut yang gebu gebas..


Disebabkan sedap, Sha beli 1 pek besar yang ada 8 pek kecil.. Puas hati makan dengan anak-anak.. Pek besar ini harga dia RM4.99..

ebook | Andai Esok Matahari Terbit Dari Barat oleh Zahiruddin Zabidi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis memberi pesanan mengenai tanda-tandankianat baik kecil mahupun besar, dan kita membacanya dengan penuh nikmat sambil mengensafu diri..

Kandungan naskhah ini sangat mengingatkan kita mengenai pelbagai tanda.. Bersediakan kita untuk menghadapinya??

Sha baca dan selesai pada 26.11.2023..

Published January 1, 2016 by Karya Bestari

Wordless Wednesday


Tuesday, November 28, 2023

Hadiah Harijadi 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Simpan sini hadiah yang Sha dapat masa ulang tahun kelahiran Sha semalam.. Kenangan istimewa buat Sha..

Beli untuk diri sendiri.. kikiki.. Lama dah teringin tapi sebab jauh dan tak berbaloi beli atas talian, kenalah sabar.. Akhirnya semalam berjaya juga dapat.. Sebelum ini Sha beli Iikim Cabbage Kimchi yang saiz kecil.. Kali ini Sha beli yang 1kg, harganya RM31.50.. Puas makan ini.. kikiki..

Hadiah dari encik suami dan anak-anak.. Coklat Beryls, coklat dan air kesukaan Sha..

Restoran Az-Zuhdi (Nasi Arab Al-Yemeni), Bukit Beruntung

Assalamualaikum..
Hye semua..

Makan malam encik suami beli nasi arab di Restoran Az-Zuhdi (Nasi Arab Al-Yemeni).. Restoran ini terletak di Bukit Beruntung.. Sebenarnya dah lama encik suami nak ajak ke sini.. Kebetulan hari ini lalu, jadi kita singgah dan tapau.. Makan dekat rumah sebab anak-anak masih di sekolah.. Memang puas hatilah dengan harga dan kualiti makanan dia.. Daging kambing dan ayamnya lembut, sup kambing dan nasi dia sedap.. Puas hati.. Boleh singgah lagi.. Cumanya masa kami datang ini Kunafa dia dah habis.. Tak apa, lain kali ada rezeki kita singgah lagi..

Restoran Az-Zuhdi (Nasi Arab Al-Yemeni)

1 pek ini ada ayam dan kambing untuk 3 orang dewasa makan.. Nama dia Talam Mandy Mixed - RM52.20

Bila dah hidang, meriah.. Kami tampah sup kambing dengan harga RM3.. Set nasi tu datang sekali dengan acar timun dan sos salsa..

Nasken Coffee, Sungai Besi Lakefield

Assalamualaikum..
Hye semua..

Singgah mencari kopi dan meraikan ulang tahun kelahiran Sha.. Tak ada tujuan sebenarnya.. Lama kami tak bersembang dan saling bercerita disebabkan tanggungjawab encik suami kepada emaknya.. Sha memang tak merancang apa-apa pun hari ini, tak nak encik suami terbeban.. Bila dah encik suami mohon cuti juga hari ini dan mengajak Sha jalan-jalan tanpa tujuan tertentu sambil beliau memandu kereta kami bercerita pelbagai hal, memang Sha suka sangatlah..

Beliau memandu arah ke KL, jadinya Sha pun tengoklah tempat-tempat yang Sha simpan di Google Maps, yang Sha teringin nak pergi.. Ini tempat pertama yang keluar, jadinya ke sinilah kita.. Memang tempat ini best.. Tak sangka disebalik kesibukan Sg. Besi ada cafe kopi yang ohsem macam ini.. Kopinya, makanannya, suasananya dan juga layanannya.. Semuanya kena dengan Sha.. Kalau ada peluang memang Sha akan ke sini lagi..

Seharian yang ringkas namun memberi impaknyang besar untuk emosi Sha..

Hasil bidikan encik suami.. Bukan selalu melayan kerenah isteri.. 
Spanish Latte - RM12
Honey Lemon Sparkling - RM12
Spanish latte tu, pergh!! Puas hati.. Honey lemon sparkling tu pun best..

Brownies Mix Nut - RM9
Nutella Burnt Cheese Cake - RM14
Brownies dia gebus dan tak manis.. Kekacang dia bubuh atas brownies tu pun mewah.. Burnt cheese cake tu pun sedap.. Paling Sha suka sebab tak manis.. 

Cheesy Meatballs - RM16
Ini pun sedap.. Sos dia best.. Bebola daging tu lembut, terasa dagingnya.. 

Monday, November 27, 2023

Happy Born Day To Me

Assalamualaikum..
Hye semua..

Happy born day for me and those who are born on this day.. Have a blast day today..

Saturday, November 25, 2023

Jepun | Garo: Makai Retsuden (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini lebih kepada kisah mengenai makai priest iaitu pembantu kepada GARO.. Menariklah sebab setiap mereka ada cabaran dan ujian yang perlu dihadapi.. Bukan mudah menjadi pembantu kepada Garo dan pahlawan berperisai yang lain.. Adajuga makai priest yang menjadi makai knight tapi bukan semualah.. Syoklah layan cumanya tak sesuai ditonton bebudak.. Ini tontonan dewasa ye..

Drama: Garo: Makai Retsuden
Also Known As: Garo: Makai Tales, Garo: History of Makai
Screenwriter & Director: Amemiya Keita
Screenwriter: Yoshinobu Kamo, Era Itaru
Director: Ohashi Akira
Genres: Action, Tokusatsu, Fantasy, Supernatural
Country: Japan
Episodes: 12
Aired: Apr 8, 2016 - Jun 24, 2016
Aired On: Friday
Original Network: TV Tokyo
Duration: 25 min.
Garo: Makai Retsuden is a new season of the Garo franchise and a continuation of the 10th-anniversary celebration. Each episode with its original story features different characters of the series introduced by Kurahashi Gonza.

ebook | Seperti Sakura oleh Sai Ambrose

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah comel mengenai Farra dan Fadhzil yang berkahwin tanpa cinta.. Fadzhil memang da lama sukakan arra, bila terjumpa balik terus dilamar.. Farra pula, asalnya ingatkan Fadhzil sekadar bergurau.. Bila Fadhzil datang dna berjumpa keluarganya, arra bukakan hati untuk terima.. Awal-awa tu bengang juga dengan Farra sebab macam tak ikhlas terima Fadhzil.. Walhal Fadhzil layan dia dengan baik kot.. Tapi lepas tu, tamat dengan bahagia.. 

Sha baca dan selesai pada 23.11.2023..

Published September 1, 2021 by Sai Ambrose

China | Di Renjie Secret Soldier Borrows the Road (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Layan cerita Di Renjie ni memang syok seba kisah penyiasatan.. Walaupun heronya tak handsome tapi jalan cerita dia Sha suka.. Kali ini Di Renjie kenamenyiasat kemunculan askar hantu yang membunuh.. Sekali lagi penyiasatan Di Renjie berkisar tentang membalas dendam dan cubaan membunuh maharani.. Haih la, asyik la berebut kuasa mereka ini.. Mujurlah Di Renjie ni tak percayakan hantu jadi penyiasatan beliau biasanya bersifat logik dan bukti.. Orangnya rasional dan selalu dibantu pembantu yang pandai berlawan..

Ghost Soldier Borrowed
Running time: 74 minutes
Genre: drama, mystery, action, fantasy
China release date: September 9, 2023

Friday, November 24, 2023

ebook | Puteri Yang Hilang oleh Ayumi Syafiqah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Syok.. Tapi bersambung la pula.. huhuhu.. Kisah Krissa yang perlu melaksanakan beberapa tugasan demi merampas semula takhtanya.. Tugasan pertama Krissa lulus dengan cemerlang iaitu belajar dengan Paiko namun semasa melaksanakan tugasan kedua di dalam gua, buku bersambung pula..

Sha baca dan selesai pada 23.11.2023..

Published January 1, 2022 by Lawa Lingo Publication

Yupi Gummy: Bear & Cola Party

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gummy ini selalunya yang suka makan, Imani.. Beli untuk dia, Sha pun beli juga.. Comel je bungkusannya.. Sekai ngap da habis.. Rasa buah-buahan untuk yang bentuk beruang tu.. Sedap sebab memang kuat rasa buahnya.. Bentuk cola, rasapun cola.. Ini pun sedap juga.. Cumanya janganlah makan selau ye, manis.. kikiki..

Yupi Gummy: Bear (45g) - RM1.80
Yupi Gummy: Cola Party (45g) - RM1.50

Bolehlah, bukannya banyak pun satu pek tu.. Buat kunyah-kunyah sambil buat kerja..

ebook | Bangkit Dari Kubur oleh Ninie Othman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila Tok Asan meninggal, Usin cucu Tok Asan duduk sementara di rumah Tok Asan.. Tapi keadaan Usin sedikit pelik.. Mengelak dari bertegur dengan orang kampung dan menyendiri.. Keadaan rumah arwah Tok Asan juga tidak terurus.. Namun bila Tok Ketua dan Tok Guru cuba membantu, mereka dah terlambat.. Usin dah meninggal.. Leman, Samad dan Berahim diganggu saka Tok Asan semasa menjaga mayat Usin.. Mujurlah Tok Guru datang membantu..

Sha baca dan selesai pada 23.11.2023..

Published March 5, 2023 by Del Osmera Publication

Thursday, November 23, 2023

Korea | Devils (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengok filem ini lepas baca review Devils (2023) dekat blog Farhana.. Tambahan pula jalan cerita dia memang kegemaran Sha.. Teruslah layan.. Sangat-sangat tak sesuai ditonton oleh merekayang tak sukakan keganasan.. Amaran ni tau..

Awal-awal kita dah dihidangkan dengan babak pembunuhan ngeri dan kejar mengejar diantara polis dan penjahat.. Lepas tu polis bernama Jae Hwan dan penjahat bernama Jin Hyuk jatuh gaung dan hilang.. Bila mereka berdua muncul kembali, badan mereka bertukar.. Bior bebenor.. Tapikan.. masuk je separuh filem, kebenaran terbongkar.. Memang mengejutkanlah tak sangka rupanya begitu.. Gila ganas betul cara diorang.. Seram.. 

Movie: Devils
Also Known As: Demons, After, Akmadeul, Aepeuteo
Screenwriter & Director: Kim Jae Hoon
Genres: Thriller, Mystery, Crime
Country: South Korea
Release Date: Jul 5, 2023
Duration: 1 hr. 46 min.
Having lost his colleague who was also his brother-in-law to a serial murderer two years ago, homicide detective Jae Hwan is unable to contain his hatred toward the murderer and dives headfirst into hunting the brutal killer. Jae Hwan finally comes face to face with the murderer Jin Hyuk but in the heat of the chase, they get into an accident. Waking up in a hospital, Jae Hwan realizes his body has been switched with that of the murderer. To protect his family and uncover the secret of this body switch, Jae Hwan begins a desperate chase.

Hadiah Awal Dari Telco YES

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal YES bagi hadiah.. kikiki.. Sha terima notification ini kul 1 pagi.. Tapi bacanya kul 5 pagi.. Belum lagi sampai harijadi dah dapat hadiah.. Okaylah juga, boleh anak-anak guna untuk buat tugasan sekolah.. Ini kali kedua Sha terima data percuma dari Telco YES ini.. 10GB pun banyak juga tu.. Terima kasih YES..

Notifikasi YES pada jam 1.29 pagi bersamaan 22.11.2023.. Kemain awal baginya..

Mesyuarat Dan Bengkel Pemantapan Pengurusan Perpustakaan Perubatan Bawah KKM Tahun 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali Sha sertai mesyuarat dan bengkel untuk staf perpustakaan dibawah pengurusan Kementerian Kesihatan.. Disebakan kekangan kewangan, mesyuarat dan bengkel dibuat secara maya menggunakan Google Meet.. Pada Sha lebih selesa macam ini.. Sejak-sejak PKP rasa macam tak berapa nak yakin beramai-ramai.. kikiki.. Pada Sha, apa pun caranya paling penting isinya sampai.. Gitu.. Mudah juga untuk Sha sertai sebab bengkelnya mula jam 10.30 pagi, elok selepas habis Sha bertugas di kaunter nombor.. Tak adalah terkejar-kejar.. Mesyuaratnya pula disebelah petang..

Pagi berbengkel dahulu..

Berada di perpustakaan sendiri mendengar pembentangan minit dan perkara berbangkit..

Wednesday, November 22, 2023

India | Chandramukhi 2 (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ranganayaki terpaksa berdepan dengan nasib tak baik selepas salah seorang ahli keluarga berkahwin lari.. Mereka meminta tolong dengan pendeta untuk memulihkan kembali nasib mereka.. Pendeta meminta mereka supaya kembali ke kuil keluarga dan membuat upacara pooja.. Pendeta meminta semua ahli keluarga mesti adatermasuklah yang berkahwin lari tu.. Bukan muda untuk merekamenerima namun merekaterpaksa bersama.. Malangnya perkara lain pula menimpa mereka bila roh Chandramukhi merasuk salah seorang dari mereka demi membalas dendam kepada Vettaiyan.. Pandiyan menjadi pemuda cara untuk mereka semua mendapat kembali apa yang mereka mahu termasuklah roh Chandramukhi dan Vettaiyan..

Chandramukhi 2
2023 ‧ Horror/Drama/Comedy ‧ 2h 51m
A woman suffers from dissociative identity disorder, which impacts her family. A psychiatrist plans to solve the case, but it puts his life in danger.

ebook | Roti Pisang Untuk Bintang oleh Nurshaza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Comel je buku ini.. Sha pinjam seba tajuk dia tu.. Roti pisang untuk Bintang.. Memang betul-betul kisah seorang perempuan bernama Izar yang sangat sukakan roti pisang.. Kerana roti pisang jugalah dia bertemu jodoh dengan Adib se tukang roti.. Dari awal cerita sampai hujung cerita, penulis tak miss untuk sebut pasal roti pisang tu.. Suka Sha baca sampai rasa macam nak cari jugala roti pisang tu untuk dicuba.. kikiki.. 

Selalu tu tajuk makanan tu cuma sikit-sikit je disebut, tapi kali ini memang penulis optimumkan sesungguh.. Menarik..

Sha baca dan selesai pada 21.11.2023..

Published January 1, 2022 by Siti Nurshazalina Binti Adzuan Shamsany

Wordless Wednesday

Tuesday, November 21, 2023

Thailand | Midnight University (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Star gagal bahasa Inggeris dan diminta untuk ke kelas pendidikan.. Masalahnya kelas tu tepat jam 12 malam je akan dipenuhi hantu.. Mereka perlu tinggalkan kelas tu sebelum pukul 12 kalau tak nak bertembung dengan hantu.. Awal-awal Star ingatkan hanya dia dan 5 orang lagi sahaja yang belajar bersama.. Tanpa mereka sedari ada satu hantu turut bersama mereka.. Bermula dengan 3 sekawan yang diganggu kemudian rakan yang suka berfoto dan akhirnya rakan baru star.. Kemudian Star dapat tahu yang Khun bukanlah manusia sebaiknya hantu.. Bila Star tahu punca sebenar hantu-hantu tu masih di situ, dia nekad untuk ambil peperiksaan bersama mereka supaya merek aboleh teruskan perajalanan..

Movie: Midnight University
Also Known As: Mahalai Tiang Kuen
Screenwriter & Director: Keith Kritsada Kaniwichaphon
Genres: Horror, Comedy, Youth, Supernatural
Country: Thailand
Release Date: Jul 28, 2016
Duration: 1 hr. 53 min.
Star is a popular influencer, but she's not really smart in English; therefore she keeps failing that class. When she once again fails a test, the vice-principal forces her to take extra classes in the old building of the university that has been shut down after a series of death occurred there decades ago, or else she can not graduate.

Star is really scared to attend the class by herself, so she recruits a bunch of people through her social media to attend it with her. But then there is this quiet guy in class as well.

Monday, November 20, 2023

China | Detective Dee and Fire Unicorn (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Di Renjie kena selesaikan kes manusia bertukar jadi makhluk berapi akibat serangga berbahaya.. Semuanya kerana dendam akibat tak sukakan maharani.. Bila dendam lebih menguasai, manusia yang tak bersalahlah jadi mangsa.. Memang kejamlah.. Tapi Sha lah syok layan..

Selalunya filem China Sha akan tengok di iQiyi ataupun Youtube.. Dua channel ini ada sarikata English/Melayu.. Lebih muda layan ilem dari drama sebab filem sekejap je, drama China biasanya panjang.. kikiki..

Movie: Detective Dee and Fire Unicorn
Also Known As: Di Renjie - Qilin on Fire, Di Ren Jie Zhi Yu Huo Qi Lin
Genres: Action, Historical, Mystery, Fantasy
Country: China
Release Date: Jul 23, 2022
Duration: 1 hr. 26 min.
In the Lantern Festival, the people pray for the blessing of the Empress Wu Zetian, but a strange beast with a full body of fire appears. It is said that eating the flesh and blood of the unicorn can cure all diseases, so Wu Zetian orders the Secretary of the Da Lisi, Xue Xin, to find out the truth within seven days. When the young Dee comes to Chang'an to be promoted to the position of "Chancellor" of the Da Lisi, he learns of a strange case at the Shang Yuan Festival and that he needs to wait until the case is solved before he can report to the court. Dee, who had wanted to wait for his job to be solved, is intrigued by this strange case and becomes involved in it by mistake.

Kek Cheesy & Pandan Coconut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kek pandan dan keju ini keluaran syarikat Utama.. Macam dekat logo pada pembungkusan itu.. Sha beli untuk makan di pejabat sebagai sarapan dan juga snek petang.. Kek pandan tu ada ketulan kelapa dan rasanya memang sedap.. Kek keju tu pula ada rasa sedikit pelik dan tak berapa Sha gemari.. Sha beli di rak roti kedai runcit..

Kek Cheesy - RM2.40
Kek Pandan Coconut - RM2.40

Jepun | Knuckle Girl (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ran seorang peninju tiba-tiba mendapat panggilan mengatakan adiknya mati bunuh diri.. Namun semasa proses mengenalpasti mayat, Ran percaya yang mati tu bukan adik dia sebab keadaan gigi mayat tu tak sama.. Tapi polis bertegas mengatakan yang adik Ran da mati dan tak terima bukti bergambar yang Ran bawa.. Jadinya Ran usaha sendiri untuk cari adik dia dengan bantuan Naruse yang juga menyiasat kematian ayahnya..

Filem ini ada babak berlawan yang sedikit ganas jadi tak sesuailah untuk orang yang tak sukakan keganasan..

Punca adik Ran diculik adalah disebabkan darah dia yang istimewa.. Memang berbaloilah tengok sebab semangat seorang kakak yang tak putus asa demi menyelamatkan adiknya..

Movie: Knuckle Girl
Also Known As: Nakkuru Gaaru
Director: Chang
Screenwriter: Jung Byung Shik, Yoo Kab Yeol
Genres: Action, Mystery, Drama
Country: Japan
Release Date: Nov 2, 2023
Duration: 1 hr. 47 min.
Following the story of Ran, who confronts a mysterious organization by participating in a no-rules deathmatch after discovering her missing younger sister Yuzuki is involved in a crime. With danger at every corner, Ran must trade in her boxing gloves for brass knuckles. Will she save her sister?

~~ Adapted from the webtoon "Knuckle Girl" (너클걸) written by Jun Sang Young (전상영) and illustrated by You Sang Jin (유상진).~~

Sunday, November 19, 2023

Ping Pong Coconut Biscuits

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut kelapa yang sedap.. Wangi bau kelapa.. Rasanya pun memang best.. Sha suka sebab biskutnya jenis tak padat dan ragup serta rapuh bila dikunyah, macam makan keropok tapi versi biskut.. hahaha.. Faham tak?? Makan macam tu je pun dah sedap.. Pergh!! Memang bestlah makan..

Ping Pong Coconut Biscuits/Biskut Kelapa (148g) - RM3.20

26 keping isi dia..

Dapatlah sebalang comel.. Sedap biskutnya..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com