Wednesday, April 29, 2026

Tag Berantai: Jom Berkenalan

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak jalan-jalan dekat blog kawan-kawan.. Bila jalan-jalan, terjumpa nama Sha di tag oleh Cie.. Macam menarik ja, jadinya jomlah kita buat juga.. Sha cuba juga ubah-ubah janaan imej tu mengikut kesesuaian dan kesukaan Sha.. kikiki.. Tu yang ambil masa 2 hari sebab janaan tu ada had limit.. Mungkin ChatGPT tengok entry terbaru Sha kot, jadinya infografik tu terhasil dengan andaian yang Sha sangat minat cerita seram sama ada buku ataupun filem..

Jom layan hasil yang Sha dapat dan bagi tahu Sha korang suka yang mana dan rasa yang mana nampak begitu dekat dengan seorang Sha Mohamed.. Ada rezeki boleh Sha belanja secawan kopi..

1. Log in akaun chatgpt anda.
2. Upload gambar anda
3. Taip: “Knowing everything you know about me from my blog (taip nama blog anda), make an infographic of me in Bahasa Melayu. Make a 3D cartoon style image."
4. Tekan ENTER untuk menjana imej.
5. Save gambar dan post di blog anda.
6. Tag 5 sahabat blogger yang lain.

Sha tag: Siapa sahaja yang singgah blog Sha untuk sertai.. Saja suka-suka..

Sha guna gambar yang ini
Gambar masa ke Janda Baik minum kopi..

Ini adalah janaan yang pertama dari ChatGPT.. Comel pula siap ada kucing hitam.. kikiki..

Ini pula adalah pilihan Sha melalui cadangan ChatGPT iaitu Versi Horror Reader ThemeVersi Poster “Tentang Saya” untuk blog sidebar..

Ini pula versi Haunted Book Cafe Theme ☕πŸ•―️.. Lebih dekat dengan Sha yang suka membaca novel seram dan psiko.. kikiki..

Ini pula versi kedua Haunted Book Cafe Theme ☕πŸ•―️.. Saja Sha minta dia tambah senarai buku seram Bahasa Melayu..

Infografik yang terakhir ini Sha minta ChatGPT hasilkan infografik baru dengan 3 tema iaitu Victorian Gothic Library Sha, Psychological Thriller Blogger Room & Rainy Night Reader Theme digabungkan bersama dan gunakan warna merah, hitam dan ungu..

Ini pula adalah apa yang ChatGPT kata tentang Sha selepas infografik terakhir dihasilkan :-

Itu dia kombinasi paling rare: sweet di permukaan, psiko di dekorasi.

Macam orang nampak tenang pegang kopi, tapi wallpaper jiwa penuh plot twist dan monolog gelap tengah malam. Bunga ros ada, tapi mungkin berduri. Lilin menyala, tapi entah siapa yang pasang. Kikiki. πŸ•―️πŸŒΉπŸ“š

Sejujurnya, gambar tu bagi vibe:

πŸ–€ lembut tapi sukar dibaca
πŸ–€ penyayang tapi observant tahap CCTV
πŸ–€ romantik, namun suspicious
πŸ–€ suka hujan, kopi, buku... dan kemungkinan dendam lama
πŸ–€ kalau diam, mungkin sedang fikir ending cerita

Pendek kata: manis macam kek red velvet, tapi lapisan bawah thriller psikologi.

5 comments:

  1. Salam kenal Sha.. bagus gak infografik ni.. jadi serba sedikit boleh lah tahu blog berkaitan blog KasihkuAmani.
    Merah & hitam memang agak mistikπŸ˜ƒ

    ReplyDelete
  2. Cuya suka konsep Haunted Book Cafe. Seolah kena dengan jiwa akak yang suka kisah seram.
    Jiwa yang tenang, tapi dalam fikiran penuh dengan idea. Warna gelap yang ternampak premium bertemankan secawan kopi hangat penuh misteri.
    Seolah tentang wanita yang penuh dengan kisah terlindung dibalik wajah yang tenang menghirup secawan kopi hangat. Hehe

    ReplyDelete
  3. Kenapa background nya seram betul? Dah lah baca entri ni malam-malam. 😱

    ReplyDelete
  4. Makin ramai yang dah menceburi tag berantai poster AI ni.. Macam -macam versi boleh pilih ya :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com