Assalamualaikum..
Hye semua..
Pagi ini tetaplah Sha bangun awal walaupun tak puasa.. Sha siapkan makan untuk Amani bersahur.. Begitulah mak-mak ini.. Walaupun orang lain yang berpuasa, tetaplah mak juga yang bangun awal.. Oleh kerana dah selalu, automatic memang akan terjaga awal.. Sha masak ayam kicap dan nasi.. Sekali terus yntuk makan tengahari dan malam.. Imani tak nak puasa hari ini sebab dah janji dengan kawan nak berjogging.. Memang dia keluar jogging ya.. Lepas tu muka monyok, penat.. Sabar je lah..
Seawal jam 9 pagi Sha dan encik suami keluar ke Shah Alam bawa Belalang Tempur ini ke Shah Alam.. Kami sampai jam 11 pagi sebab tersalah simpang.. Tinggalkan motor, ambil Grab ke Central i-City.. Jalan-jalan cuci mata, makan di stuff'd dan lepak sementara tunggu motor siap.. Jam 2 petang, mekanik mesej kata motor dah siap.. Kami gerak dari rumah mekanik lebih kurang 2.45 petang..
Memang kami terus balik ja, tak sempat nak singah mana-mana sebab ada sepupu Sha nak singgah rumah.. Kami sampai serentak pula tu.. Sha beli pizza ja, pesan masa dekat lebuhraya.. Sampai, ambil pizza terus balik rumah.. Sepupu Sha tu dari Malay College Kuala Kangsar nak balik ke Bangi, tu yang menyinggah rumah Sha.. Sekali jalan kan..
Encik suami nak betulkan meter beliau yang tak berapa nak elok ini.. Cerminnya dah kelabu, tak berapa nampak angka dan bacaan minyak tu..
Selepas dibaiki.. Barulah terang kelihatan semuanya..
Sempatlah Sha membeli-belah pelbagai jenis kekacang dan roti di NSK Grocer @ CityWalk i-City dan Village Grocer @ Central i-City.. Puas hati meneman encik suami hari ini.. kikiki..


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..