Friday, November 22, 2019

Majlis Apresiasi Akademik Kafai Ar-Rahman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Petang semalam selesai majlis hari Anugerah dan penyampaian hadiah untuk sekolah agama Amani dan Imani.. Sha dijemput untuk menyampaikan hadiah sebab AJK Ibu bapa.. Segan rasanya bila dipanggil ke depan.. Dapatlah bagi anak sendiri hadiah.. Acara bermula dengan majlis khatam Al-Quran untuk murid darjah 6, kemudiannya ucapan dari guru besar, pengerusi ibu bapa dan juga perasmi.. Ada dua persembahan dari tahpa 1 dan tahap 2.. Kemudian penyampaian hadiah dan juga cabutan bertuah.. Majlis tamat sekitar jam 5 petang.. Ngam-ngam tamat waktu persekolahan.. Petang ini hari terakhir persekolahan... Esok bermulalah cuti sekolah.. Hehehe..

Amani dapat untuk penguasaan tahap tinggi..
Imani pula dah tamat pra.. (Mak yang jadi tukang sampaikan hadiah).. :)

Bukan main masing-masing bila dapat bergambar.. hehehe

Thursday, November 21, 2019

Keputusan Ujian Pep Smear di LPPKN

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari Selasa 19.11.2019, Sha dapat panggilan dari Klinik LPPKN untuk ambil keputusan ujian Pep Smear yang Sha buat awal bulan hari itu.. Staf LPPKN bagi tahu terdapat radang dan suruh dapatkan rawatan.. Masalahnya rawatan apa, tak ada pula dimaklumkan.. Sha pun bawalah salinan keputusan itu ke Klinik Desa yang selalu Sha pergi.. Nurse tengok keputusan itu dan maklumkan Sha nanti dia tunjuk dengan doktor.. Sama ada nak kena makan antibiotik, jumpa doktor atau tak payah nanti nurse call maklumkan Sha.. Harapnya tak ada apalah.. Risau juga..


Menanti keputusan doktor.. 

Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com..

 Tarikh tutup penyertaan adalah 30 hb November 2019 sebelum jam 11:59 malam

Sha jumpa blog en Hasrul ini pada tahun 2015.. Masa tu sertai satu segmen oleh blogger Faris Fadzil.. Dari situlah terjumpa blog en Hasrul ini.. Selalu tu kalau singgah blog ini memang jadi silent readerlah.. Sesekali je baru Sha tinggalkan komen.. En. Hasrul banyak buat entry tips dan panduan yang berguna buat blogger picisan macam Sha ini.. Memang seronok baca blog beliau.. Semoga beliau terus sukses dan terus berkongsi tips berguna untuk blogger-blogger semua..

Terima Kasih MAKNA

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setiap tahun pasti Sha akan terima kad Birthday dari MAKNA.. Berbeza bentuk dan stail tapi pasti akan jadi yang pertama meraikan Birthday Sha.. Teruja setiap tahun menanti kad dari MAKNA nie.. Hehehe.. Kali ini, kad sampai pada 20.11.2019.. 7 hari awal dari tarikh kelahiran Sha.. Alhamdulillah.. Penghargaan dari sumbangan kecil Sha..

Warna Pink.. Cantik kad nya..
Sentiasa kreatif dan memikat..

Bahagian dalam.. Yang empat segi tu boleh dipotong.. Lapik cawan..

Wednesday, November 20, 2019

Novel | Tragedi Rombongan Berdarah oleh Ain Maisarah, Eima Manan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah pelajar sekolah Sri Bangsar dan Zara Damansara yang diganggu semasa ingin melakukan ekspedisi ke Terengganu.. Mesej yang menakutkan dan cubaan menculik Shasha.. Ada musuh yang bersembunyi bersama mereka didalam bas.. Musuh yang tak disangka.. Shasha hilang tiba-tiba dan mereka diculik.. Mujurlah ada Betty si wartawan sekolah yang menyelamatkan situasi..Namun berjayakah mereka melepaskan diri dari penjenayah yang berdendam dengan sekolah Sri Bangsar??

Sha baca dan selesai pada 20.11.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published April 2017 by Blink Book

Annual Gathering 2019 Puspanita PSAS

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi ada Annual Gathering untuk Puspanita PSAS.. Temanya pink/purple.. Sha pakai baju sedia ada je.. hehehe.. Malas nak gosok baju songket warna pink, pakailah blouse warna purple.. Mudah kerja.. Hehehe.. Alhamdulillah.. Kenyang makan.. Ada cabutan bertuah, penyampaian sumbangan, Best Dress dan juga makan-makan..

Starter.. Hokkaido kek yang sedap dan memikat..

Bubur kacang, Buah tembikai merah, tembikai susu dan air sirap laici..

Pulut kuning dan rendang ayam..

Nasi lemak lauk ayam goreng..

Pendaftaran Darjah 1 Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Semalam petang, selesai pendaftaran darjah 1 untuk Imani.. Ada taklimat untuk ibu bapa, pembelian baju sukan dan tanda nama, pengenalan di mana kelas dan juga pemberian buku teks.. Dapatlah 12 buah buku yang agak tak menarik rupanya.. Hahaha.. Dah 3 tahun usia buku-buku teks nie.. Dapat dekat Imani memang akan lebih selamatlah rupanya.. Hahaha.. Nampak Imani seronok nak meneruskan sesi persekolahan.. Kawan baik pun dah jumpa dah..

Mujurlah Sha sampai awal.. Awallah selesai urusan pemberian borang maklumat untuk darjah 1 dengan guru bertugas.. Kelebihan bila awal dari masa yang ditetapkan.. 

Tarikh : 19.11.3019
Jam : 2.30 petang
Sha siap amik cuti hari ini untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan..

Datang berdua untuk mempercepatkan urusan.. Encik suami dengar taklimat, Sha selesaikan bayaran untuk pakaian sukan dan tanda nama.. RM82 untuk 2 pasang pakaian sukan, sehelai baju rumah sukan dan 3 tanda nama.. Buku tulis dan latihan je kena tunggu bulan December baru boleh beli sebab stok tak sampai lagi..

Imani dan Qisya.. Best friend katanya.. Dapat tempat duduk no 2 berdepan dengan meja guru.. Okaylah.. Memang suruh dia duduk depan..

Tuesday, November 19, 2019

Jamuan Akhir Pra Sekolah Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi, ibu bapa di jemput hadir ke sekolah untuk jamuan akhir tahun.. Sha tak berkesempatan nak masak.. Jadi Sha tempah je kek pandan dari rakan pejabat.. Sambil tu pesan juga kek coklat cheese leleh untuk makan sekeluarga.. Hehehe.. Alang-alang kan..

Jamuan bermula jam 10 pagi.. Memang meriahlah.. Anak-anak diberi kebenaran untuk berpakaian bebas hari ini.. Imani dari semalam dah pilih nak pakai baju apa.. Memang dia sukalah boleh bergaya.. Hehehe.. Sampai sekolah, Imani dengan kawan-kawan perempuan bersolek.. Melaram je anak-anak dara ini.. Mak bapa mula datang jam 10.30 pagi.. Sha datang dengan encik suami.. Makan-makan dan beramah mesra dengan ibu bapa lain.. Jam 10.45 pagi kami balik.. Sha bawa Imani balik sekali dan hantar ke rumah pengasuh..


Kek pandan yang ditempah dengan rakan pejabat.. RM27 sahaja..

Komik | Spender Boy: Origin - Part 2 oleh Pak Ngah Alipz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelakar komiknya.. Kisah pasal Nabil yang bisu menyelamatkan kucing bernama Lucky.. Kucing ini pula jasad je kucing.. Raven menumpang dalam badan kucing tu demi melarikan diri dari penjahat.. Dalam proses melarikan diri dari robot panda bertemu dengan Nabil yang baik.. Ini adalah sambungan dari bahagian 1.. Cerita sempoi dengan sedikit tips melukis di bahagian belakang..

Sha baca dan selesai pada 17.11.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2017 by Komrad Buku

Misi Sihat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Demi memastikan badan kekal sihat dan bertenaga, pagi Sabtu Sha sekeluarga jalan kaki satu kawasan Politeknik.. Ada juga turun naik tangga.. Dapatlah buat 36 minit waktu pagi dan 25 minit petang.. Hari Ahadnya Sha jalan sebelah pagi je.. Dapatlah 28 minit.. Harapnya berterusan lah misi ini berjalan.. Risau separuh jalan je semangat nya lesap entah kemana.. hehehe..

Hari Sabtu berjaya jalan sebanyak 5,565 langkah secara dua sesi.. Pagi sekali, petang sekali..

Hari Ahad separuh je sebab jalan waktu pagi je..

Monday, November 18, 2019

Filem Korea | Antique Bakery (2008)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini tak sesuai ditonton oleh budak-budak.. Ada babak yang agak keterlaluan dan unsur gay.. Sha tonton sebab ada kek dan sedikit thriller di dalamnya..

Kisah Kim Jin Hyuk yang mengalami trauma dengan kek akibat diculik membuka kedai kek demi mencari siapakah penculiknya.. Jin Hyuk mengambil Min Sun Woo sebagai pekerja sebab Min Sun Woo pandai membuat kek.. Mereka berdua mempunyai sejarah yang agak tidak baik semasa sekolah.. Selain Sun Woo, Jin Hyuk juga dibantu oleh Yang Ki Beom dan Nam Soo Young.. Persahabatan yang terbina antara mereka di kedai kek ini sangat unik.. Dalam masa yang sama kes penculikan budak mula berlaku semula namun mangsa ditemui mati.. Pencarian Jin Hyuk membuahkan hasil, memori lama mula datang kembali.. 

Seronok tengok Sun Woo hasilkan kek yang sedap-sedap dan cantik.. Kalau drama/filem pasal kek/makanan memang best.. Cuma part adegan tak senonoh tu kita lajukan jelah ye..

Antique Bakery (2008)
Also Known As: Seoyanggoldongyanggwajajeom Aentikeu , Antique , Prince's Bakery , Seoyang Goldong Yang Gwajajeom Aentikeu
Screenwriter & Directors: Min Kyu Dong
Screenwriters: Lee Kyeong Ui
Genres: Food, Friendship, Comedy, Romance
Country: South Korea
Type: Movie
Release Date: Nov 13, 2008
Duration: 1 hr. 49 min
Sinopsis: As a heir to the family fortune, Jin Hyuk has money, the looks, the charm, everything except finding the love of his life. So he sets up a cake shop where women are sure to come. He hires Sun Woo, a talented patisserie who had a crush on Jin Hyuk back in high school. Along with an ex-boxing champion Gi Beom and a clueless bodyguard Su Young, the four unique and handsome young men stir up the quiet neighborhood at their cake shop, Antique. Although seemingly careless and happy, each of the four men have unforgettable past that they are afraid to face, but their secrets slowly begin to unravel.

Drama Korea | Love for a Thousand More (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama 10 episod dan ada disiarkan di Youtube.. Satu episod dalam 20 minit camtu.. Ada subtitle english.. Cerita pasal Mi Jo yang immortal.. Tak mati, tak tua dan sihat je.. Bertemu pula dengan Joon Woo yang hidup berseorangan dan buat muzik.. Dari saling tak suka mereka mula rapat dan berkawan.. Saling membantu dan akhirnya berputik perasaan.. Tapi seorang immortal, yang sorang lagi manusia biasa.. Berjayakah hubungan mereka?? Kenalah tengok..

Love for a Thousand More @ Thousand Years of Love @ 1,000th Year Dating| 05 December 2016| 10 episodes| Web Drama|
Sinopsis | Pyeon Mi Jo is an immortal woman who does not wish to fall in love anymore. Nearly a thousand years old, her experiences in love tells her all men are "bastards" one way or another. But what's her current job? A Love Counselor. One day, she gets a new noisy neighbour, Yoo Joon Woo, a hip-hop crew leader. (Sumber - Mydramalist)

Goodreads | Reading Challenge 2019 Completed

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Cabaran membaca di Goodreads dah selesai.. 230 buah buku dalam tempoh 10 bulan dan 17 hari.. Sukses.. Cabaran selesai pada 17.11.2019.. Sekarang nak selesaikan cabaran 1000 buah buku pula.. hehehe.. Chyook! Chyook!!

Marilah mari.. Kita membaca..

Sukses!!

Tak jauh dah.. 25 buah buku je lagi..

Buku Kanak-Kanak | Puteri Saadong oleh Enche Abdullah Abdul Kadir, Syahrul Faiz Zainuddin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang sangat menarik dibaca semua peringkat umur.. Mengenai Puteri Saadong yang cuba dikahwini Raja Siam.. Namun ditolak dan Puteri Saadong berkahwing dengan Raja Abdullah.. Raja Siam berasa marah dan ingin menghantar tentera untuk berperang dengan kerajaan Puteri Saadong.. Puteri Saadong tidak ingin berperang, maka dihantarnya bendahara untuk berunding.. Malangnya syarat Raja Siam tidak munasabah.. Berjayakah Puteri Saadong menyelesaikan kemelut ini?? Jemputlah baca buku yang berwarna warni ini..

Sha baca dan selesai pada 17.11.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2013 by Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad

Sunday, November 17, 2019

Novel | Arkib Angker Negara Vol. 2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Review Vol 1 boleh baca di SINI.. Ada cerita yang bersambung dari Vol 1.. Menarik dan mengejutkan.. Memang tak sangkalah kesudahannya begitu.. Ada cerita yang berdiri sendiri.. Tak baca Vol 1 pun okay je.. Sebab dalam ini mengandungi 12 himpunan cerpen seram yang ditulis pelbagai penulis..

Kisah yang pelbagai dan juga memberikan pengajaran.. Ada yang sanggup mengorbankan anak sendiri demi memenuhi ketamakkan hati.. Ada yang terpedaya dengan janji syaitan dan tanpa sedar diperdaya.. Memang menarik..

Sha baca dan selesai pada 16.11.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published April 2018 by WhiteCoat Enterprise

Drama Korea | When The Devil Calls Your Name (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama betul tak layan drama bersiri Korea ini.. hehehe.. Sha layan drama ini sebab ada Park Sung Woong yang melakonkan watak Mo Tae Kang / Ryu / "Devil" dan Jung Kyung Ho yang membawakan watak Ha Rip / Seo Dong Chun, dua gandingan yang ohsem..

Kisah manusia yang menjual jiwa kepada syaitan demi memenuhi ketamakkan manusia.. Drama 16 episod ini pada awalnya Sha ingatkan ada unsur-unsr seramlah.. Sebab perjanjian antara manusia dan syaitan kan.. Sekali bila dah tengok, ceritanya tak seram mana pun.. sesekali je devil tu tunjuk wajah sebenar.. Drama ini lebih pada kelakar, kemanusiaan dan juga ketamakkan manusia.. Menarik untuk ditonton cuma konsep tu tak terpakai untuk kita yang beragama Islam.. Sekadar hiburan sahaja.. Macam-macam sebab yang digunakan manusia untuk membuat perjanjian dengan syaitan.. Syaitan pula sentiasa berusaha memperdayakan manusia melalui ketamakkan manusia.. Harapan, kesedaran dan semangat manusia itu sendiri mampu membantu manusia untuk terus bangkit dan meneruskan kehidupan..

When The Devil Calls Your Name.
Also Known As: Akmaga Neoui Ireumeul Bureul Ttae; Faust; The Devil's Call.
KDrama | Music, Comedy, Drama, Fantasy, Melodrama, Supernatural | 16 Episodes | 31 Jul 2019 - 19 Sep 2019 |
Sinopsis | To become one of the entertainment industry’s most sought after songwriters, you have to have talent, inspiration, and passion. But to reach the level of popularity obtained by Ha Rip, you also have to be willing to make certain sacrifices.
Ten years ago, as a struggling artist, Ha Rip found himself wondering if he would ever make his mark on the world. On the verge of giving up, he found himself face to face with the Devil himself, who offered to give Ha Rip everything his heart desired, for a price. Desperate, Ha Rip agreed to sell his soul to the Devil and so began a decade of unprecedented success.
But when those ten years are almost up and the Devil has come to collect his due, he learns that his success and fame is the result of taking Lee Kyung’s talent and life. Learning that every deal you make with the Devil comes with a hefty price, Ha Rip tries to barter with his life but will that be enough to satisfy the debt he still owes?
(Source: Viki and Asianwiki)
~~ Inspired by Johann Wolfgang von Goethe’s “Faust”.

Novel | Ustaz, I Hate You oleh Que Lyana Shuhaimi

Assalamualaikum..
hye semua..

Buku ini Sha baca sebab tajuk dia.. Tak tengok pun sinopsis belakang atau review dekat Goodreads.. Terus je baca, memang baca sebab tajuk dia je..

Rupanya buku ini pasal budak sekolah.. Tingkatan 4 pula tu.. hahaha.. Konflik pelajar sekolah yang jadi mangsa penceraian dan diserahkan kepada atuk dan neneknya untuk tinggal di kampung.. Jauh dari mak dan ayah yang memang sudah terpisah.. Bila duduk di kampung, Aisya bersikap kasar dan lantang sehingga mengundang pergaduhan.. Konflik di fitnah dan juga konflik perasaan.. Novel yang nice dan menarik untuk dibaca..

Sha baca dan selesai pada 15.11.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published August 1st 2015 by Blue-T

Saturday, November 16, 2019

Filem Indonesia | Valentine: The Dark Avenger (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tonton secara tak sengaja di website DramaNice.. Sepatutnya filem ini bahasa Indonesia tapi dekat website ini bahasa Inggeris dan ada subtitle bahasa Inggeris..

Ceritanya pasal seorang perempuan ini yang ada ilmu silat, anak orang kaya tapi minat nak jadi pelakon.. Disebabkan ayahnya meninggal, beliau jadi memberontak.. Kebetulan pula ada seorang lelaki ini nak menerbitkan filem superhero tapi tak ada budget dan terjumpa perempuan ini.. Maka disuruhnya perempuan ini menjadi hero jalanan dan rakaman itu dimuat naik ke internet.. Dalam masa yang sama bandar itu diganggu oleh penjahat bernama Shadow.. Penjahat ini membuat huru hara dan sangat membenci pasukan polis.. Bila si hero yang diwujudkan bertemu dengan si penjahat kejam.. Siapa agaknya yang menang??

The beautiful city of Batavia has been infested with robbery and violence. When Srimaya, a café waitress meets a film director and his friend, they take her on a dangerous adventure full of thrilling action as a local vigilante, transforming her from an ordinary girl into a Batavia City heroine of hope!

Novel | Sayang Papa Saya Tak? oleh Hanni Ramsul

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cabaran bacaan Sha semakin sampai ke penghujungnya.. Berbahagialah hati andai cabaran dapat diselesaikan.. Hehehe..

Novel ini mengisahkan tentang Raisya yang muda dan berhati mulia.. Cita-citanya mudah, mencari sebanyak-banyaknya duit.. Sehinggakan bila ditawarkan wang sebanyak RM100,000 untuk mengahwini duda anak 1, laju je Raisya terima.. semuanya bersebab ada sebab yang sangat menarik kenapa Raisya menjadi mata duitan.. Namun begitu Raisya seikhlas hati menerima Qalish dan juga Farish dalam hidupnya.. sepenuh kasih sayang ditumpahkan kepada anak yang kehilangan ibu itu.. Farish yang mulanya tidak menyukai perangai mata duitan Raisya mula jatuh cinta kepada Raisya setelah mengetahui kenapa Raisya sangat menggemari duit.. Cerita sempoi namun penuh nasihat dan juga sentuhan.. Penulis berjaya menggarap cerita yang menarik dengan konflik yang tidak keterlaluan..

Sha baca pada 14.11.2019 dan selesai pada 15.11.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Politeknik..
Published March 2016 by Kaki Novel

Hadiah 2K19 August GA! by Mek Zumbie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hadiah dari Blogger Mek Zumbie dah selamat Sha terima pada hari Rabu.. Alhamdulillah, meriah sungguh hadiahnya.. Ada mask, lotion, scalp treatmen dan spring water.. Memang bahagialah.. Terima kasih pada mek zumbie untuk semua hadiah yang ohsem ini.. Sha sangat hargainya..



Friday, November 15, 2019

Novel | Duda Pujaan Dara oleh Hanny Esandra

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu ini semangat membaca berkobar-kobar sungguh.. Ini buku ke 15 Sha baca.. Novel ini adalah sumbangan Nad untuk Perpustakaan tempat kerja Sha.. Sebelum dikatalog, kita baca dulu.. hehehe..

Kisah yang sangat menarik.. Bagaiman Ainee mengejar cita-citanya ingin mengahwini seorang duda yang kematian isteri.. Kelakar dan menggeletek hati.. Kisahnya ringan dan santai sahaja.. Tak terlalu berat dengan konflik.. Konflik kecil dari orang ketiga.. Usaha Ainee dalam memenangi hati si duda tu yang menjadi pokok cerita.. Bukan mudah seorang lelaki yang begitu menyayangi isterinya ingin menerima perempuan lain dalam hidup.. Tapi usaha yang Ainee lakukan pun bukan calang-calang.. Memenangi hati anak si duda tak sesusah memenangi hati si duda..

Sha baca dan selesai pada 13.11.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Politeknik..
Published 2016 by Fajar Pakeer

Bengkel Keibubapaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha ke pra sekolah Imani sebab ada "Bengkel Keibubapaan" - Aktiviti Literasi Awal untuk Kanak-kanak bersama dengan mahasiswa/i dari UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris).. Seronok lah juga belajar mengenal buku yang sesuai untuk usia seawal kelahiran sehingga usia 5 tahun.. Selain itu ibu bapa juga diterangkan bagaimana cara yang betul bila bercerita dengan kanak-kanak menggunakan buku cerita.. Ibu bapa juga digalakkan meluangkan masa bersama anak-anak dan bercerita selama 10 minit.. Bengkel ini memang menarik dan sangat bagus untuk ibu bapa yang ada anak-anak kecil.. Bengkel berakhir pada jam 12 tengahari..

Menang cabutan bertuah.. Dapat minyak dan tepung gandum.. hehehe..

Ini pula goodies bag untuk peserta iaitu ibu bapa..
Dapat beg, botol air, pen warna warni dan set alat tulis..

Shopee | Sale 11.11

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang selalu pilih dan letak barang yang nak dibeli dalam shopping cart.. Kalau ada sale dan ada duit terus buat pembayaran.. Macam dua item dibawah.. Memang dah duduk lama dalam shopping cart shopee, sekali pagi 11.11 ada diskaun extra.. Memang Sha terus bayarlah.. Duit cuku-cukup je dalam akaun bank tu.. Sebelum habis dekat Karangkraf, baiklah top up perkakas sekolah anak.. Hehehe..

Harga asal RM3.90, lepas diskaun jadi RM3.23 sekotak..
6 kotak = RM19.38 sahaja..

Gam ini pula 3 untuk RM2.36

Sha bayar semua sekali campur postage RM21.74 sahaja.. Pesan pada 11.11.19, barang sampai pada 12.11.2019.. 

Thursday, November 14, 2019

Novel | Arkib Angker Negara : Vol. 1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini mengumpulkan seramai 14 orang penulis dengan 14 buah cerpen seram yang pelbagai tema.. Memang mengujakan dan laju je pembacaan Sha.. Tak sampai 2 jam dah selesai.. Semua cerita ada keistimewaan yang tersendiri.. Ada kisah lelaki yang terperangkap dan melalui aksi bunuh diri berulang kali.. Mak yang dha meninggal menelefon dan balik semula ke rumah.. Sesat di tempat yang tak terduga.. Kemunculan perigi semasa petir berdentum.. Banyak lagilah.. semuanya menarik dan mendebarkan..

Sha baca dan selesai pada 13.11.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published April 2018 by WhiteCoat Enterprise

Hari Anugerah Kecemerlangan 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Nur Imani akan bergraduasi dari Pra Sekolah.. Sungguh teruja beliau.. Dipakaikan jubah dan topi konvo berwarna ungu.. Dilipstick kan oleh teacher nya.. Comel melangkah menerima sijil.. Tahun depan melangkah ke darjah 1 pula.. Lepas majlis adik, menunggu kakak pula menerima anugerah pelajaran dan sijil Penolong ketua kelas.. Lama betul.. Habis terima sijil, cikgu benarkan balik.. Alhamdulillah.. Selesai untuk sekolah pagi.. Kita tunggu majlis sekolah agama pula..

Selesai majlis anak-anak pagi tadi..

Alhamdulillah.. Dah tamat Pra sekolah.. Tahun depan Imani dah darjah 1.. Amani masih mengekalkan momentum subjek terbaik walaupun tak banyak tapi ada.. Yang penting faham apa yang dipelajari dan seronok ke sekolah..

Filem Melayu | Pulang (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berjaya juga akhirnya menghabiskan tontonan filem ini.. Dua hari tengok baru selesai.. Memang bermain dengan emosi je dua hari ini.. Sambil layan filem Pulang ini, Sha layan juga novel Bisik Pada Langit oleh Siti Khadijah.. Memang puas nangislah..

Cerita cinta yang setia.. Namun hanya kerana salah faham dan tak berterus terang, masa terbuang begitu sahaja.. Othman yang mengejar kerja di lautan meninggalkan Cik Tom bersama Omar.. Pergi tanpa mengirimkan berita memang meresahkan insan yang menunggu.. Bila pulang, yang di depan mata bukan seperti yang diharapkan maka merajuk membawa diri tanpa mencari kepastian yang sebenar.. Pencarian cucu akhirnya menemukan kisah sebenar..

Cerita yang meruntun hati dengan sinematografi yang sangat cantik.. Rugi pula tak menonton di pawagam..


Wednesday, November 13, 2019

Blogger | Pertemuan Pertama Kami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya kami bertemu mata.. Cuba teka siapakah itu?? Hehehe.. Nad.. Pemilik blog Anak Denesor yang comel..

Semuanya bermula dari dm Nad di IG Sha.. Nad offer buku untuk Sha ambil.. Nad kata buku tu tak sesuai untuk perpustakaan beliau, maka ditawarkan kepada Sha.. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, dengan sukacitanya Sha terima.. Terus jumpa bos dan minta kebenaran.. Bos suruh buat surat semua.. Selesai buat surat dan tempah kenderaan, terus maklumkan Nad.. Hari ini gerak awal dari Behrang.. Nad pun terkejut tengok kami sampai awal.. Sha pun tak sangka awal.. Pemandu aka encik suami kata dalam 2 jam lebih macam tu.. Alhamdulillah urusan perjalanan lancar.. Sampai, bertentang mata, ambil gambar, berbual mesra dan mengucapkan terima kasih.. Hehehe.. Ringkas je pertemuannya sebab tengah waktu berkerja kan.. Kalau waktu senggang memang tak habis lagi boraknya..

Buku yang menjadi penghubung pertemuan sweet kami.. hehehe.. Nad adalah blogger kedua yang Sha berjaya jumpa dan bertentang mata.. Orangnya comel dan sangat sweet..

Bergambar dulu..

Inilah buku-buku yang disumbangkan Nad pada Sha.. Terima kasih Nad..

Kalau ada rakan-rakan yang ingin menyumbang buku, bolehlah maklumkan Sha.. Memang Sha alu-alukan.. :)

Komik | Kompilasi Komik Ana Muslim: Special Ramadan! oleh Panel Penulis Ana Muslim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini mengumpulkan cerita dan komik mengenai Puasa.. Selain komik dan cerpen, ada juga kuiz dan info mengenai puasa.. Jadinya memang satu bahan bacaan yang bagus buat seisi keluarga.. sleain berhibur ada manfaat diselitkan.. Memang tak rugi dibaca..

Sha baca dan selesai pada 12.11.2019..

Info mengenai kurma..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published January 1st 2013 by Ana Muslim Sdn Bhd

Novel | Bisik Pada Langit oleh Siti Khadijah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah menonton filemnya, Sha berjaya baca bukunya.. Impak dari buku ini lebih memberikan kesan pada Sha.. Buku yang sarat dengan perasaan sayang seorang anak, ayah dan juga sahabat.. Bagaimana Hajar yang ditatang bagai minyak yang penuh, kembali ke pangkuan keluarga dengan jasad tanpa nyawa.. Saat sang ayah membantu anaknya melafazkan syahadah dan meredakan pemergiannya.. Saat seorang adik mula menerima bahawa kakak yang di dengki sebenarnya sangat sayangkan dirinya.. Seorang sahabat yang setia menemani demi cintanya.. Semuanya mampu membuatkan Sha menangis tersedu-sedu.. Penulis sangat pandai memainkan emosi pembaca dengan ayat.. Pengajaran dari tindakan ayah yang terlalu berbeza layanannya pada anak dan perasaan seorang anak yang merasa tersisih.. Tak mudah melahirkan, menjaga dan membesarkan seorang anak.. Buku ini berjaya memaparkan sisi seorang ayah yang jarang cuba diselami.. Keegoan seorang ayah yang sukar ditepis.. 

Turut diselitkan mengenai keindahan dan hukum-hukum Islam.. Kasih sayang sebuah keluarga..

Sha baca dan selesai pada 12.11.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2016 by Penulisan2u

Cabaran Buku Tebal oleh @bookendsmy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan lepas Sha sertai Cabaran Baca Buku Tebal oleh @bookendsmy di Instagram.. Berjayalah baca 5 buah buku dan juga menghabiskan bacaan buku The One (The Unsung Hero #2) oleh Melur Jelita yang tertangguh dari bulan Julai.. Hehehe.. Dapatlah sijil digital yang ohsem kerana berjaya menyudahkan bacaan.. Pertama kali sebenarnya sertai cabaran di Instagram ini.. 

Hello, everyone! It’s been awhile since we had our last Cabaran Buku Tebal (2017). So for our next Cabaran Buku Tebal, we are glad to announce that it’s going to be held in October! Just like the last time, a digital certificate will be provided for you!

How to participate and get the certificate:
1. Read a book(s) with 500+ pages
2. Activity period: 1st - 31st October 2019
3. Proof that you’ve finished reading the book (review on Twitter/Instagram/Goodreads/Facebook is encouraged)
4. Please DM us your *NAME, BOOK TITLE & SCREENSHOT OF YOUR BOOK REVIEW* at the end of the month to claim your digital certificate.
5. Put hashtag #BOOKENDSCBT2019

We will also be having a *GIVEAWAY* during this activity. When you participate in this challenge, you will automatically stand a chance to win a book from us.
We really hope you booknerds will take some time to participate in this activity so that we can have fun sharing reviews and ehem, lets be honest, slashing those intimidating books! Thank you for participating, loves!

Sijil Digital yang Sha dapat untuk buku-buku yang Sha baca..

Untuk buku No. 23 oleh Packy Sidique

Buku ...dan Dafodil Pun Berbunga Lagi oleh Diya Nordin

Buku Naqiah Khalida oleh Diya Nordin

Buku Rahsia Agenda Alam Hitam: Kelahiran Mufrad oleh Zehann Ur Rakhie

Buku Mr. Hot Guy oleh Danisyarahmat

Buku The Silent Killer oleh NurIzzahHani

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »