Showing posts with label Google Fit. Show all posts
Showing posts with label Google Fit. Show all posts

Saturday, August 22, 2026

👣 Jejak Sihat | 20-22 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita briskwalk Sha.. Khamis berjaya briskwalk.. Jumaat tak berjaya sebab MIL masuk kecemasan.. Alhamdulillah, malamnya dibenarkan balik.. Pagi ini dapat briskwalk..

Langit hari Khamis.. Terang betul.. Bahagia mata dan jiwa Sha..

Cerahkan..

Teruja betul bila tengok langit biru macam ini..

Petang Khamis dapatlah buat 3186 langkah dengan masa 32 minit.. Meriah sepanjang jalan dengan pelajar berlari serta beriadah..

Matahari mula menunjukkan cahaya.. Tapi gunung tu berkabus tebal.. Nampak sipi-sipi ja..

Alhamdulillah.. Makin cerah..

Pagi ini jauh sikit kita briskwalk.. Nak cover semalam yang tak berjaya buat.. kikiki..

Wednesday, August 19, 2026

👣 Jejak Sihat | 19 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Petang tadi dapat briskwalk.. Memang seronoklah hari ini.. Cuaca redup ja sebab Behrang baru lepas hujan lebat.. Sha risau juga sebab nampak mendung ja macam nak hujan lagi tapi briskwalk juga.. Kalau hujan, basah.. Bolehlah mandi hujan sambil mengenang zaman kanak-kanak.. kikiki.. Sha selamat sampai rumah dalam keadaan kering.. Ramai juga pelajar yang berlari dan beriadah petang ini.. Tangan tetaplah menggenggam sebiji batu sebagai keselamatan tambahan.. kikiki

Mendung ja langit..

Puncak gunung terlindung di balik awan..

Nak ambil gambar penuh tapi tak dapatlah pula..

Alhamdulillah.. Sejuk jiwa dan raga Sha..

Selesai 30 minit briskwalk dengan 3098 langkah..

Tuesday, August 18, 2026

👣 Jejak Sihat | 17 & 18 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Isnin Sha briskwalk.. Walaupun macam risau-risau tapi tetaplah briskwalk juga sambil bawa batu sebagai langkah berjaga-jaga.. kikiki.. Pelajar tak ramai pula yang beriadah petang Isnin tu.. Mungkin sebab sebelum tu hujan kot.. 

Petang tadi Sha tak briskwalk keliling Politeknik, tapi briskwalk dekat pasar malam.. kikiki.. Jenuhlah pusing pasar malam, menunggu anak-anak pilih nak makan apa..

Langit cerah betul.. Ini baru lepas hujan..

Bekal Sha briskwalk.. kikiki..

Jadilah 30 minit dengan 3000 langkah..

Berjayalah jalan kaki 23 minit dekat pasar malam ja.. kikiki..

Sunday, August 16, 2026

👣 Jejak Sihat | 16 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha masih lagi briskwalk pagi ini.. Risau kan anjing tapi tetaplah jalan juga.. Pagi ini lambat pula cerahnya.. Oleh kerana semalam tiba-tiba anjing buat kemunculan, harapnya hari ini tak adalah.. kikiki.. Pagi ini pun jalan tenang ja.. Adalah selisih dengan 2,3 orang manusia tapi selebihnya memang kosong.. Kosong, tenang dan sejuk ja.. Anjing tak ada.. Yeah!!

Laluan setiap Sabtu dan Ahad.. Bangunan kuning tu admin dan dewan kuliah.. Ini laluan tengah..

Langit terang tapi tak cerah lagi.. Lampu jalan tu pun masih menyala..

Kabus melindungi gunung ganang namun dah mula nampak cahaya oren..

Kiri tu Pusat Islam.. Kawasan yang Sha bulatkan tu lah, ada anjing 2 ekor.. Pagi ini tak ada tu yang boleh nak ambil gambar.. kikiki..

Makin cerah dah langit waktu ini..

Kawasan pagar yang koyak tetuk dan menjafi laluan anjing keluar masuk..

Kronologi semalam.. Asalnya anjing tu dekat kawasan kereta biru tu.. Lepas tu dia berlari-lari ke kawasan yang Sha bulatkan tu.. Itu laluan masuk ke kuarters Sha.. Memang terus telefon encik suamilah untuk selamatkan Sha.. kikiki..

Bekal briskwalk pagi tadi.. kikiki..

Walaupun risau-risau, berjaya jugalah jalan 46 minit dengan 4662 langkah..

Saturday, August 15, 2026

👣 Jejak Sihat | 15 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha keluar briskwalk.. Patutnya awal lagi nak keluar tapi biasalah.. Nak meninggalkan pesanan terlebih dahulu pada anak dara berdua tu.. Tu yang lambat.. Pagi ini memang kurang bernasib baiklah Sha.. Mula tu okay ja.. Sampai dekat Pusat Islam, dah nampak kelibat anjing berkejar-kejaran.. Makany Sha pun patahlah balik ubah laluan.. Ingatkan dah tak adalah.. Eh!! Muncul pula dia saat Sha dah hampir nak sampai kuarters.. Boleh pula dia santai-santai depan tempat buang sampah.. Terpaksalah Sha telefon encik suami minta tolong.. Mujur ada lagi beliau dekat rumah.. 

Stress betul dengan anjing-anjing ini.. Makin bermaharaja lela pula dia dekat kawasan kuarters ini.. Semalam dalam group whatsapp pun ada staf dan pensyarah bising juga.. Ada yang bagi tahu anjing ini dah sampai dekat kawasan akademik dan ada yang tidur depan pintu masuk rumah.. 

Anjing-anjing ini terlepas masuk bila ada pagar yang rosak.. Aduan dah dibuat, budget tak ada katanya untuk kerja-kerja baik pulih.. Risau anak-anak duk main bawah kuarters ini.. Harapnya tak adalah kejadian yang tak diingini.. Sha nak briskwalk pun jadi seram..

Alhamdulillah.. Langit cerah, matahari pun dah mula menunjukkan cahayanya..

Langit cantik betul..

Langit dah mula menunjukkan warna birunya..

Alhamdulillah.. Terang jelas puncak gunung tu..

Lega rasanya bila tengok langit cantik pagi ini.. Rezeki hujan semalam, hilang jerebu.. 

Berjayalah Sha briskwalk selama 40 minit..

👣 Jejak Sihat | 13 & 14 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini cerita hari Khamis dan Jumaat.. Khamis Sha dapat briskwalk sebelah letang sebab pagi ada temujanji.. Langit dah mula cerah hari Khamis ini.. Nampak macam tak teruk sangatlah jerebunya.. Jumaat tak dapat briskwalk sebab hujan.. Alhamdulillah.. Memang seronok sangatlah hujan.. Makin kuranglah jerebu bila hujan ini.. Sejuk pun sejuk cuaca..

Langit nampak mula cerah.. Kelihatan biru dan awan bertebaran..

Sebahagian langit dah mula mendung..

Separuh cerah separuh mendung..

Berjaya jalan selama 30 minit..

Petang Jumaat tak dapat briskwalk sebab hujan.. Ini tengah hujan lagi tau.. Lama hujan ini dari jam 12.45 tengah hari sampailah ke malam..

Wednesday, August 12, 2026

👣 Jejak Sihat | 📷 Coretan Sehari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita 3 hari Sha.. Hari Isnin nak briskwalk tapi cuaca tak mengizinkan.. Guruh berdentum-dentum dan hujanlah juga walaupun tak lebat.. Jadinya kita santai-santai ja di rumah merenung dinding sambil melayan anak-anak.. 

Petang Selasa langi tak adalah cerah, jerubu kan sekarang ini.. Sha keluarlah berjalan kaki.. Buat 1 pusingan ja.. Meriahlah jalan dengan pelajar politeknik.. Ada yang baru selesai kuliah, ada yang beriadah..

Pagi tadi Sha briskwalk.. Hari ini cuti, jadinya kita luangkanlah masa briskwalk.. Petang karang tak tentu lagi dapat buat.. Lepas briskwalk, Sha keluar sarapan dengan encik suami.. Nampaklah perbezaan cuaca bila jerebu.. Langit tak secerah biasa.. Ada cahaya matahari tapi suram.. huhuhu..

Pemandangan petang selasa..

Gelap bukan sebab hujan tapi jerebu.. huhuhu..

Buat satu pusingan.. 33 minit dengan 3243 langkah..

Pagi Rabu yang mendamaikan.. Trafik meriah dengan mak ayah yang keluar menghantar anak sekolah dan ada juga yang menuju ke tempat kerja..

Masih lagi gelap.. Jerebulah kan..

Puncak gunung tu tak kelihatan diselubungi awan @ jerebu?

Berjaya buat 38 minit dengan 3802 langkah..

Sempatlah dating dengan encik suami.. kikiki.. Eloklah tu.. Buang lemak, lepas tu tambah balik lemak.. kikiki..

Sunday, August 9, 2026

👣 Jejak Sihat | 09 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha briskwalk.. Mula tu nak buat lebih dari 30 minit.. Memang dah plan dah nak buat extra pusingan tapi ramai pula pagi ini.. kikiki.. Semalam tak ada orang, pagi ini ramai pula.. Jadinya kita buat pusingan normal ja..

Berkabus gunung tu.. Nampak dah cahaya matahari tapi lambat jugalah pagi ini baru betul-betul cerah..

Masih gelap.. Walhal dah pukul 7.11 pagi waktu ini.. 

Berjaya jugalah buat 41 minit briskwalk dengan jarak 3.17km.. Langkah pula dapatlah dalam 4209..

Saturday, August 8, 2026

👣 Jejak Sihat | 06,07 & 08 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Percayalah.. Ada hari Sha rasa malas sangat nak briskwalk..Macam semalam, masuk ja rumah rasa nak melepek ja.. Tapi gagahkan juga diri untuk bersiap dan melangkah.. Bila tengok cuaca yang terang dan berangin, pelan-pelan jiwa rasa bertenang.. Makanya teruslah juga melangkah demi memastikan badan kekal fit dan sihat.. Sha selalu motivasikan diri yang Sha briskwalk ini untuk sihat.. Malas tu memang tinggilah, tambah bila penat.. Pagi ini pun kalau ikut penat, memang nak baring ja tapi bangun juga briskwalk.. Selepas briskwalk terus semangat untuk meneruskan hari yang sibuk..

Sha suka pandang langit yang membiru macam ini..

Sayup-sayup ja puncak gunung tu..

Cerah betul petang Khamis tu..

Selesai 1 pusingan, 30 minit dan 3 ribu lebih langkah..

Penyejuk jiwa dan raga.. Ini pula langit petang Jumaat.. Cerah, biru, dengan awan putih.. Memang cun lah.. Tenang betul bila pandang langit biru macam ni..

Alhamdulillah berjaya buat satu pusingan.. 36 minit dengan 3553 langkah..

Langit pagi yang baru nak cerah..

Pagi yang sunyi.. Ini laluan tengah.. Langsung tak selisih dengan orang bersenam pagi tadi..

Padang yang rumputnya baru dipotong..

Baru nak cerah dengan cahaya matahari pagi..

Gigih briskwalk pagi ini walaupun tak berapa nak rajin.. kikiki.. Berjaya jugalah buat lebih 30 minit.. 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com