Saturday, July 11, 2026

Malaysia | Keramat Gunung Jerai (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

3 orang rakan naik ke Gunung Jerai untuk satu ritual salah.. Mereka berjaya namun selepas satu waktu, masalah mula muncul.. Wan hilang secara misteri dan maut akibat tuntutan perjanjian tersebut.. Anak Junaidi pun turut hilang kerana dimbil oleh Penunggu tersebut sebagai galang ganti kekayaan yang dimilikinya manakala anak Hakim mula diganggu.. Junaidi dan Hakim kembali ke Gunung Jerai kononnya ingin melakukan ritual pemulangan semula batu yang mereka ambil tapi tanpa Hakim sedar, musuh sebenar bukanlah penunggu tapi kawan baik dia sendiri..

Hakim cuba dibantu oleh Man namun Hakim terlambat sedar dan terpaksa menerima hakikat kehilangan anaknya.. Sedihlah ending dia..

Keramat Gunung Jerai
Tarikh Tayangan: 8 Julai 2026
Platform Penstriman: Tonton
Pengarah: Luqman Hafidz
Produksi: Lumatic Films
Pelakon: Niezam Zaidi, Christina Suzanne, Sara Ali, ledil Dzuhrie Alaudin, Akmal Asyraf, 
Kis Aisha

Sinopsis: Tiga sahabat karib, Hakim (Niezam Zaidi), Junaidi (Iedil Dzuhrie Alaudin) dan Wan (Akmal Asyraf), nekad mendaki Gunung Jerai untuk melakukan sebuah ritual terlarang. Mereka tertarik dengan kewujudan sebuah batu misteri yang dipercayai mampu memakbulkan apa sahaja keinginan manusia.

Sejak malam itu, kehidupan mereka berubah sepenuhnya. Kejayaan hadir tanpa diduga, seolah-olah ada kuasa ghaib yang sentiasa memenuhi setiap impian mereka. Namun, segala kemewahan dan kesenangan itu datang bersama harga yang amat mahal.

Sedikit demi sedikit, gangguan misteri mula menghantui kehidupan mereka dan keadaan menjadi semakin gelap dari hari ke hari. Dalam masa yang sama, Wan pula menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita. Bertahun-tahun kemudian, tragedi baharu pula menimpa apabila anak perempuan Hakim yang masih kecil, Laila (Kis Aisha), diserang penyakit aneh yang langsung tidak mampu dijelaskan oleh logik.

Dalam keadaan terdesak serta dihimpit rasa bersalah, Hakim mengambil keputusan untuk kembali ke Gunung Jerai bersama Junaidi dengan harapan dapat membetulkan kesilapan yang pernah mereka lakukan. Namun, semakin jauh mereka menyelami misteri tersebut, semakin banyak rahsia gelap mula terbongkar.

Pencarian mereka akhirnya membawa kepada pendedahan yang melibatkan orang-orang terdekat, termasuk Najiha (Cristina Suzanne) dan Mek La (Sara Ali). Pada masa yang sama, serpihan demi serpihan kisah silam yang selama ini terkubur mula muncul semula, membuatkan mereka sedar bahawa mereka kini sedang berdepan dengan satu kuasa mistik yang jauh lebih dahsyat daripada apa yang pernah dibayangkan.

Mampukah Hakim menyelamatkan nyawa anaknya serta merungkai sumpahan yang menghantui mereka selama ini? Atau adakah segala pilihan yang dibuat pada masa lalu sememangnya ditakdirkan tidak lagi mampu diubah?

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com