Assalamualaikum..
Hye semua..
Lama tak buat entry bergambar.. Jomlah layan gambar-gambar sepanjang minggu kedua Januari 2026 ini.. Tak banyak pun gambarnya, tapi dapatlah satu entry.. kikiki..
Buku ini disumbangkan oleh bekas staf HSR.. Beliau tinggalkan di kaunter pendaftaran dan maklumkan Sha.. Bertambahlah koleksi perpustakaan HSR..
Hari Selasa, encik suami tawarkan untuk menghantar Sha ke tempat kerja tapi kena naik si putih ini.. Lama dah tak naik sebenarnya.. Sha tiba-tiba gayat.. Mujurlah pagi ini elok ja..
Hari Rabu pun encik suami merajinkan diri hantar Sha ke tempat kerja.. Ini singgah sebentar di Pekan Slim River.. Sempatlah memotret si putih ini..
Bermula hari Khamis (08.01.2026), kedai serbaneka di lobi HSR telah berwajah baru dengan penyewa yang baru.. Yeah!! Kedai serbaneka ini telah kembali menjual aiskrim.. Lepas ini bolehlah layan aiskrim kembali bila emosi kurang menarik.. kikiki.. Barulah semangat.. kikiki..


























Lama tak makan aiskrim tu ..
ReplyDeleteCie tak ajar lagi budak 2 ketul tu membalut buku. Rasa seronok balut buku teringat zaman sekolah.
ReplyDelete