Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha layan cerita ini sebab kisah mistik.. Pelakon dia okaylah.. Lepas itu episod dia pendek ja.. Kisah Sapora yang berdendam. endam yang disimpan terlalu lama kerana hatinya hancur.. Iqbal ini pula artis yang baru nak naik, tapi tak pernah berpeluang.. Sampailah Iqbal berjumpa dengan Sapora dan kehidupannya mula berubah.. Malangnya Iqbal tak sedar yang dirinya terperangkap dalam satu perjanjian yang tak dijangka.. Pada masa yang sama seorang lelaki misteri sentiasa cuba menghalang Sapora dari mengganggu Iqbal..
Semua yang cuba memberikan masalah pada Iqbal pasti akan menemui kemalangan yang tak dijangka.. Siapa sebenarnya Sapora dan apa kaitan sebenarnya natara Sapora dan Iqbal.. Berjayakah Iqbal kembali ke jalan yang benar atau Iqbal akan terus hanyut..

Santau Perempuan Terlarang
Episod: 10
Tarikh Tayangan: 18 Disember 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis
Platform Penstriman: Tonton
Cerita Asal: Hj Zeel
Penulis Skrip: Lee Chonz
Pengarah: Faizal Nadxaman
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon: Emma Maembong, Nabil Aqil, Fadlan Hazim, Farid Kamil, Hanna Aqeela, Azri Iskandar, Marc Sadique, Amin Iman
Sinopsis: Diinspirasikan dari sebuah kisah benar. Kisah seorang perempuan yang mengabdikan diri kepada iblis dan seorang artis yang hauskan populariti.
Iqbal (Nabil Aqil), seorang pelakon yang sudah lama bertarung nasib dalam industri seni namun terus dipinggirkan. Walaupun menghadiri uji bakat tanpa henti, namanya sering tenggelam apabila watak utama yang diimpikan berulang kali menjadi milik Ako Danial (Fadlan Hazim), pelakon sensasi yang sentiasa menjadi rebutan penerbit.
Tekanan demi tekanan akhirnya memberi kesan kepada kehidupan peribadi Iqbal apabila hubungan dengan tunangnya, Maria (Hanna Aqeela), mula retak akibat masa depan yang kabur dan kerjaya yang tidak menentu.
Ketika hidupnya berada di titik terendah, Iqbal diperkenalkan oleh rakannya, Maman (Amin Iman), kepada seorang wanita misteri bernama Sapora (Emma Maembong), yang dikatakan mampu membantu melalui rawatan tradisional bagi ‘membersihkan aura’ dan membuka jalan rezeki.
Pertemuan dengan Sapora menjadi titik perubahan besar apabila kehidupan Iqbal berubah secara drastik dan impian yang selama ini sukar digapai seolah-olah terbentang di hadapan mata. Namun, kejayaan itu hadir bersama persoalan yang menghantui apakah sebenarnya harga yang perlu dibayar dan adakah Iqbal sedar dirinya sedang terperangkap dalam satu perjanjian yang tidak disedarinya?


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..