Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam malam tiba-tiba rasa macam nak makan burger.. Geraklah ke Slim, kedai biasa kami pergi.. Eh!! Tutup pula kedainya.. Lepas tu encik suami bawa ke gerai dia biasa beli dekat dengan Zus Slim.. Bila dah dekat, terbelilah air Zus.. kikiki.. Malam, kita cari yang buah-buahan.. Karang beli kopi tak tidur pula.. Oleh kerana tak ada dalam perancangan, makanya tak adalah tumbler.. Bolehlah cuba frappe.. kikiki..
Sha beli yang kurang manis.. Ini pun pada Sha masih lagi manis.. Kiranya memang okay sangatlah bila minta kurang manis.. Rasa air dia tu memang wangi pic.. Sedap dan ada sedikit masin-masin dihujungnya.. Memang menyegarkan dan lain dari biasalah.. Lepastu ada pula boba kristal, memang syoklah.. Cantik warna air dia.. Nak sedap, memang kena kacau sebelum minum.. Baru rasa dia seimbang..
Honey Lemon Peach Frappe (less sweet ) - RM15.20


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..