Assalamualaikum..
Hye semua..
Ini cerita baling belakang..
14 September 2026 - Sha baru nak balik kerja, encik suami telefon suruh ambil dia dan Imani dekat rumah.. Nak ke Tanjung Malim sebab bingkai cermin mata Imani patah.. 15 September 2026 Imani ada pertandingan Tower Challenge dekat Politeknik.. Memang kena ganti segeralah bingkai dia tu, kalau tak susah dia nak melihat.. Petang tu kami terus ke Kedai Cermin Mata Kwong Meng Optical & Co, di Tanjung Malim.. Kedai kesukaan kami sekeluarga.. Harga yang ditawarkan memang sesuai sangat dengan budget kami..
Oleh kerana nak tukar bingkai ja, memang tak banyaklah pilihan.. Ada 2 ja yang ngam-ngam dengan kaca mata lama Imani, dua-dua warna hitam dan plastik.. Ada satu yang cantik sikit tapi longgar dan tangkai dia besi.. Tak sesuai sangat pada Sha untuk Imani.. Jadinya Imani pilih warna hitam walaupun awalnya dia macam kurang berkenan.. Ayahnya nak belikan yang mahal, Sha tak bagi.. Pada Sha kena tunggu dia betul-betul dewasa dan boleh jaga dengan baik barulah berbaloi bayar mahal..
Patah tangkainya pada 14/09/2026..
Terus beli bingkai baru petang 14/09/2026.. Tak adalah gambar kaca matanya sebab Imani pakai..


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..