Showing posts with label TCA ENT. Show all posts
Showing posts with label TCA ENT. Show all posts

Monday, August 17, 2026

📷 Coretan Sehari | 17 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini patutnya Imani ada TCA untuk telinga dia, susulan TCA Julai hari tu.. Oleh kerana pagi ini ada perhimpunan Kokurikulum dan Imani terlibat dengan perbarisan serta pembentangan KMR, makanya terpaksalah Sha ke klinik dan tunda tarikh temujanji Imani.. Itupun awalnya semalam bergaduh-gaduh dengan Sha nak juga ke hospital.. Sha cakap tak payah, nanti mak tukar tarikh ja.. Dianya seboklah berjanji bagai dengan gurunya.. Pening mak nengokkan perangainya.. huhuhu..

Lepas tu boleh pula pukul 2.30 petang Imani telefon bagi tahu kenderaan yang selalu dia naik tu tak ada, Imani kata dia lewat keluar dari kelas.. Sha suruh dia tunggu ja dekat sekolah.. Nanti balik sekali dengan kakak dia.. Senang.. Pandai dia duduk buat kerja sekolah dalam surau.. Balik rumah dah boleh bertenang-tenang..

Ambillah juga nombor pagi tadi sebab nak jumpa MA untuk tukar tarikh.. Alhamdulillah dapat tarikh baru dah bulan September nanti.. Lamalah sikit sebab pakar telinga ini bukan selalu ada..

Puteri Islam yang kendalikan perhimpunan Kokurikulum ini dan Amani serta Imani terlibat dengan perbarisan.. Minggu lepas memang balik lewatlah anak-anak ini disebabkan latihan perbarisan..

Hari ini ada pembentangan KMR ini juga.. Imani buat Terarium.. Amani pula buat AI & Strip komik.. Ini yang hari Sabtu duk mencari pokok kaktus merata-rata tu.. kikiki.. 

Alhamdulillah.. Kedua-dua projek Imani dan Amani terpilih mewakili kelas masing-masing.. Usaha yang membuahkan hasil..

Wednesday, July 8, 2026

Temujanji ENT Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha bawa Imani untuk temujanji ENT.. Temujanji ini setahun sekali ja.. Alhamdulillah.. Semuanya okay tapi doktor minta untuk datang balik bulan depan.. Nak tengok telinga Imani.. Kalau okay, InsyaAllah boleh discharge..

Awal kami sampai dengan harapan, awal lah selesai..

Jom beli sarapan dulu..

Wednesday, July 16, 2025

Temujanji ENT Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini bawa Imani untuk temujanju ENT pula.. Alhamdulillah, hidung Imani makin okay cuma masih perlu TCA tapi tak keraplah.. Tahun depan pula jumpa lagi.. Cuma perlu makan ubat dan spray hidung ikut keperluan sahaja tak payah pakai hari-hari dah.. 

Pesakit pertama yang jumpa doktor.. Tak sampai 10 minit pun.. Doktor periksa hidung dan telinga.. Okay semuanya..

Menanti ubat pula.. Dapat ubat makan dan ubat spray hidung..

Wednesday, July 17, 2024

TCA ENT Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini dapat berita gembira.. Lega sangat.. Lepas ini Imani akan jumpa doktor setahun sekali sahaja.. Walaupun sekejap tapi bila kena selalu jumpa doktor, emak manalah yang tak risaukan.. Bila doktor tengok hidung dia tadi, nampak bengkak dan merah tu dah berapa sangat.. Cumanya doktor memang suruh dia makan ubat atau spray ubat bila ada simptom resdung tu.. Satu lagi doktor bagu ubat untuk wapkan dekat hidung..


Menunggu dipanggil doktor..

Thursday, January 18, 2024

Temujanji ENT

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha bawa Imani untuk temujanji ENT.. Alhamdulillah.. Pemeriksaan doktor menunjukkan hasil yang baik.. Doktor kurangkan dos ubat Imani berdasarkan pemeriksaan.. Kalau sebelum ini hari-hari kena pakai ubat sembur dan makan ubat.. Mulai esok dah boleh selang seli guna ubat sembur dan ubat makan tu pula makan bila perlu sahaja.. Lega rasanya.. Resdung Imani tak terlalu serius.. 6 bulan lgi kita jumpa semula doktor..

Pesakit pertama yang berjaya mendaftar..

Pulangkan buku teks Imani (darjah 4)

Friday, October 20, 2023

Temujanji Susulan ENT & Dental

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seawal jam 7.30 pagi Sha dah bawa Imani ke hospital untuk temujanji ENT dan Dental.. Mula-mula kita jumpa doktor ENT dulu.. Sha tanya jugalah pasal hidung Imani yang sentiasa berhingus selepas buang gigi extra tu.. Rupanya masa lepas pembedahan, doktor dah terangkan dekat encik suami tapi encik suami tak berapa nak tangkap.. kikiki.. Tadi doktor gelak-gelak je terangkan semula dekat Sha.. Memang berhingus tu adalah simptom biasa sebab Imani dah ada resdung.. Cuma bila hingus tu keluar sekali dengan darah, doktor tengok dengan kamera dalam hidung dia.. Bahgian yang diorang potong tu memang ada darah lagi.. Tak berapa nak kering betul, jadinya doktor sapukan ubat sekali tadi.. Selesai sesi rawatan, doktor suruh teruskan dengan ubat yang sama dan akan jumpa semula bulan 1 nanti..

Selesai dekat ENT, Sha bawa Imani ke Pediatrik Dental pula.. Okaylah, gusi dia tak ada apa.. Cuma diorang nak pantau je untuk tengok gigi taring kekal dia akan turun elok ke tak.. Temujanji seterusnya tarikh yang sama dengan ENT nanti..

Thursday, September 7, 2023

Imani ke Pakar ENT

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha bawa Imani untuk rujukan ke pakar ENT (Eye, Nose, Throat) berturut dari Temujanji Tampal Gigi Imani sebelum ini.. Kami orang pertama yang sampai.. Alhamdulillah temujanji berakhir awal.. Awal sampai, awallah balik..

Bila jumpa doktor ENT, doktor masukkan kamera kecil dekat dalam hidung untuk tengok sama ada gigi tambahan tu mengganggu pernafasan ke tak.. Gigi tambahan tu tak menganggu tapi doktor jumpa radang dalam kedua-dua hidung Imani.. Tanda-tanda awal untuk kena resdung.. Bila doktor tanya sejarah kesihatan, Sha maklumkan yang Sha dan suami tak ada asma tapi Imani pernah kena aczema.. Itu antara sebab jugala untuk masalah resdung ini.. Cumanya untuk Imani dia baru nak mula jadinya dia nak pantaulah.. Bermula hari ini Imani perlu datang untuk TCA setiap 3 bulan sekali.. Begitulah bila membesarkan anak-anak.. kikiki..

Untuk gigi tambahan Imani pula, awalnya doktor tak cadangkan untuk pembedahan sebab gigi tu tak memberi gangguan pada pernafasan Imani.. Jadinya kita tunggu keputusan masa jumpa doktor gigi pediatrik nanti.. Tapi jam 2 petang, doktor ENT telefon Sha dan maklumkan mengenai keputusan baru.. Awalnya doktor tak bagi buang sebab doktor ingatkan gigi tu gigi kekal.. Bila dah bincang dengan doktor gigi pediatrik dan dapat tahu gigi tambahan tu gigi susu, mereka nak teruskan pembedahan untuk buang.. Gigi susu kalau dibiarkan akan beri kesan jadi memang kena buang.. Dua minggu lagi jumpa doktor gigi pediatrik dan mungkin bersama doktor ENT dan doktor bius.. Apa-apa nanti Sha update sini ye..

Terima kasih sudi baca..

Kami jadi orang pertama yang jumpa doktor.. Yeah!! 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com