Sunday, December 28, 2025

India | Thamma (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem kelima dari Maddock Horror Comedy Universe.. Kali ini pun ohsem.. Tambahan pula ada cameo dari filem Bhediya, Stree, Munjya, and Stree 2..

Hero dalam universe ini kan memang sengal-sengal ubi tau.. Kali ini si Alok ini.. Kurang berani dan agak blur-blur.. Kononnya nak menjelajah hutanlah, sekali nyaris tak mati di kejar beruang.. Tarika/Tadaka selamatkan Alok dan ikut Alok balik ke Delhi.. Masa ini bapa Alok memang suspek habislah dengan Tarika ini.. Pada dia, mustahil sangat perempuan cantik boleh suka kat anak dia yang tak ada apa.. Hadoilah.. Semua jadi huru hara bila Tarika hilang kawalan dan mula berlawan dengan samseng yang pukul Alok.. Lepas kejadian ini ada polis datang dan suruh Tarika balik tempat asal dia.. Alok tak sanggup dan kemalangan masa kejar Tarika.. Masa ini Tarika selamatkan Alok dengan menukar Alok menjadi Betaal.. Alok dengan cepat berjaya mengawal kuasa dia tapi musuh turun temurun Betaal muncul iaitu Bhediya.. Pada masa yang sama mereka perlu kalahkan Betaal bernama Yakshasan yang jahat dan gila.. Herokan.. Mestilah menang..

Tapi tu lah filem yang seterusnya mesti akan keluar.. Pertembungan antara Bhediya dan Betaal.. Mungkinlah..

Thamma
2025 ‧ Horror/Comedy/Thriller ‧ 2h 29m
Two star-crossed souls fight for love in a world where nature, bloodlines and destiny conspire to tear them apart.

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com