Assalamualaikum..
Hye semua..
Sambil mencari kain, Sha sempatlah bertanya anak-anak mengenai keperluan lain seperti alat tulis.. Beli atas talian ja, lebih murah.. Hari Isnin (22.12.2025) alat tulis yang Sha pesan untuk Amani dan Imani sampai.. Sha beli alat tulis ini hari Sabtu (20.12.2025) melalui Shopee.. Mudah, jimat dan berbaloi.. Semua nak kena siapkan awal-awal, supayanya bila sekolah bermula tak adalah kalut nak mencari..
Deli Delight Gel Pen Multiple Colour Pens 0.5mm Smooth Writing Bright Colours (12 Pcs/Box) - RM41.43 (untuk 4 set)
Amani dan Imani nak pen warna warni ini untuk buat nota.. Sebelum ini Sha ada belikan untuk Amani tapi saiz mata pen tu besar sangat dia kata.. Maka untuk tahun ini kita belikanlah ikut yang anak-anak nak.. Pen dengan mata saiz 0.5..
Percuma 12 batang pen 3 warna ini.. Pen ini Sha bawa ke pejabat..
Stabilo Legacy Eraser 1183/1183C (50pcs/box) Colourful - RM10.07 X 1 box
Stabilo Swans Arty Colour Pencils 48C Pensel Warna - RM33.59 X 2 box
M&G R3 / R5 Retractable Refillable Gel Pen 0.5mm - RM1.18 X 24 pcs
Dolphin 2B Pencil Triangle Ono 12pcs/box - RM3.95 X 6 box
Ini di kedai lain.. Sha belikan pensil warna khas untuk seni yang 48 batang.. Pensil 6 kotak, 3 kotak sorang dan set geometry tu untuk Imani.. Amani punya masih elok.. Pen hitam tu sekotak khas untuk Imani sebab dia nak pakai pen hitam untuk menulis.. Pen merah dan pemadam tu stok tambahan..
Percuma kalendar ini..
Sha beli juga dakwat mesin cetak ini.. Beli extra yang warna tu untuk projek Amani..
Petang Isnin (22.12.2025), Sha dan encik suami ke kedai Tune Talk di Tanjung Malim.. Asalnya nak belikan nombor untuk Imani ja.. Bila staf dekat kedai tu cakap, nombor tu boleh daftar terus atas nama anak (janji dah ada ic biru), Sha belikan sekali untuk Amani.. Mudahlah pada Sha.. Boleh diorang pakai terus, tak payah tukar-tukar dah.. Rezeki juga sebab boleh pilih nombor.. Memang encik suami pilih 4 nombor belakang tu sama dengan kami.. Harga pek ini RM5 ja, tambah dengan plan RM28 jadi semuanya RM33 X 2 set..
Sha pakai Tune Talk sebab inilah.. Tak payah nak top up kerap-kerap.. Beli terus validity ini untuk setahun.. Kalau anak-anak nak guna telefon baru Sha belikan internet.. Telefon mereka ini Sha yang pegang.. Bagi bila perlu ja..
Payung ini wajib untuk anak-anak Sha bawa sebab balik sekolah mereka kena jalan kaki ke rumah pengasuh.. Sesuai untuk melindungi diri dari panas mahupun hujan.. Payung Amani sebelum ini dah koyak, jadi kita ganti sekali.. Sha beli extra untuk Sha juga dan satu untuk kereta.. Payung ini jenis sepenuhnya auto (Buka & tutup menggunakan button) dan besar bukaannya.. Boleh selit ja dekat tepi beg sekolah.. Kalau berminat boleh klik SINI.. Kalau beli sebelum pukul 12, akan terima hari yang sama.. Sha beli payung ini pada 23.12.2025 jam 11.20 pagi dan payung sampai pada 23.12.2025 jam 8.29 malam.. Sehari ja kan..



























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..