Assalamualaikum..
Hye semua..
Awal-awal tu kalau tak tengok pun takpa sampai minit ke 18:41 sebab yang awal tu banyak pertunjukkan otot dan angkat berat ja.. Lepas tu baru diorang bergerak membantu petani.. Rancangan ini menarik sebab mereka diberikan makanan hasil dari kerja keras mereka.. Tapi yang paling dasyat ialah setiap orang yang gagal akan diberikan kutleri yang berat.. Makan pun nak kena bersenam.. Cam hampeh.. kikiki.. Lepas tu pantang ada peluang, mereka akn bersenam.. Letih Sha tengok..

Episod 1 diorang kena tuai kubis napa.. Bukan sikit-sikit tau.. Diorang kena berkerja di tanah yang seluas 2000 pyeong (ini adalah unit ukuran tradisional Korea yang digunakan untuk mengukur luas tanah atau lantai bangunan), berat kubis 15 tan dan semua kubis tu perlu dihantar menjelang 11 pagi.. Kalau tak tepat masa diorang akan didenda.. Masa episod 1 ini memang adalah babak kelakar macam kena marah dengan petani sebenar sebab salah potong dan lain-lain.. kikiki.. Makanan mereka yang pertama ialah bibimbap yang menggunakan sayur-sayuran disitu.. Elok pula lepas makan diorang bantai tidur atas tanah ja.. Kemudian kena sambung balik kerja.. Malamnya mereka dihidangkan menu baeksuk ayam..

Episod 2 pula mereka menuai herba deodeok.. Mereka perlu menuai herba deodeok sebanyak 80kg setiap seorang.. Meraka mulakan kerja dengan memesin pokok bahagian atas terlebih dahulu, sebab bahagian yang nak dituai berada didalam tanah iaitu akarnya.. Kudapan mereka adalah teok yang diperbuat dari daun surichwi dengan inti kacang merah dan makan tengahari mereka selepas berkerja keras ialah bibimguksu deodeok dan naengguksu..

Episod 3 mereka ada tetamu iaitu pelakon Park Hae-Jin.. Episod ini mereka kena bantu bersihkan tempat penanaman cendawan shiitake.. Mereka kena buang kayu-kayu balak lama, mencakar tanah dan membersihkan kawasan.. Kemudian mereka perlu mengangkat kayu balak baru dan menyusun supaya cendawan shiitake boleh tumbuh semula.. Mereka perlu pindahkan 1000 batang kayu balak yang mana setiap satunya seberat 50kg ke atas.. Kemudian mereka berehat untuk makan tengahari iaitu nasi bersama dengan Jigae labu dan 9 jenis hidangan sampingan termasuklah cendawan shiitake jangheung.. Sung-hoon dan Hae-jin kemudiannya pergi memetik buah che manakala yang lain menyambung kerja-kerja menyusun balak.. Selepas selesai memetik buah che, mereka kembali
membantu menyusun balak..

Episod 4 mereka bermula dengan santai dimana mereka melakukan senaman ringan dan kemudiannya bersarapan.. Selepas itu mereka kembali menyambung kerja menyusun kayu balak yang masih berbaki 300 batang.. Episod 4 ini juga mereka didatangi tetamu kedua iaitu Si-yoon.. Kerja yang akan mereka buat ialah memancing jaring pegun.. Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu menarik keluar ikan bilis Goseong, menghantar ikan bilis dan mengukus ikan bilis.. Selepas sarapan pagi, mereka keluar semula untuk memungut kekapis mapel sebanyak 1 tan pula.. Menu makan tengahari diorang lepas berkerja ialah jumeokbap yang dibuat dari ikan bilis segar dan ramyeon dengan kekapis..

Episod 5 bermula dengan tenang.. Sempatlah mereka beriadah dan berehat dengan lama.. Paginya Si-yoon masakkan sarapan untuk mereka sebelum mereka mula berkerja.. Matlamat mereka ialah tebang 1000 batang buluh.. Mereka perlu menggergaji, membuang ranting kecil dan menyusun.. Tujuan kerja mereka ini ialah meningkatkan pertumbuhan rebung.. Selepas makan tengahari, Sung-hoon dan Amotti berkerja di kebun cili manakala yang lain meneruskan kerja menebang buluh.. Sung-hoon dan Amotti perlu membersihkan kayu pancang di kebun cili seluas 25 pyeong..

Episod 6 mereka terima Park Joon-hyung sebagai tetamu dan melakukan kerja menuai jicama (sengkuang) sebanyak 4 tan.. Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan mengikut umur mereka.. Makan mereka hari tu ialah daging tartar mulhoe.. Selepas makan mereka perlu menyambung semula kerja menuai.. Malam tu lepas makan malam, Joon-hyung melarikan diri semasa mereka mandi di sauna.. Penghujung episod 6, Kim Jae-jung pula muncul..
Episod 7 bermula dengan sarapan pagi yang disediakan Jae-jung dan kemudiannya mereka menyambung kerja dalam episod 6 iaitu memetik jicama (sengkuang).. Malamnya mereka buat parti makan dengan membelanjakan duit Sung-hoon.. kikiki..


Muscle Farmers
Taglines: Farming
TV Series ‧ Reality-TV ‧ 2025–2026 ‧ 8 Episodes
Cast: Choo Sung-hoon (Sexyama), Amotti (Kim Jae-hong), Jeong Tae-se, Heo Kyung-hwan, and Baekho.
Guest: Park Hae-Jin (Ep03), Yoon Si-yoon(Ep04-05), Park Joon-hyung (Ep06), Kim Jae-jung (Ep06,07) & Lee John (Ep08)
Five 'muscle farmers' land a helping hand to rural areas that face a labor shortage crisis. Join them in Korea's first agricultural-physical project as they enter the world of farming.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..