Saturday, March 21, 2026

Raya! Tapi..

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini sekali lagi Raya kami bertukar tragedi.. Tahun lepas terlepas peluang Solat Sunat Aidilfitri.. Tahun ini disebabkan kelam kabut dan terkejar-kejar, eksiden dekat stesen minyak.. Encik suami terlupa nak tukar gear reverse kepada neutral.. Habis terkepak pintu.. Mujurlah tak melibatkan kereta lain atau keadaan yang lebih teruk.. Setakat kereta kami ja yang rosak.. 

Bila tanggungjawab sebagai seorang anak dan suami terletak di bahu beliau.. Menemani mak itu tanggungjawab, namun isteri dan anak-anak juga tanggungjawab.. Terkejar-kejar menyeimbangkan keduanya memang tak mudah namun nak buat macam mana.. Tanggungjawab kan.. Pengajaran dan kenangan.. Hadap ja lah.. 

Patah.. Simpan sini sebagai kenangan.. 

Setiap kali buka pintu ini, berbunyi..

3 comments:

  1. Tragedi di aidilfitri
    Mujur tak serius

    ReplyDelete
  2. Alamak. Semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..semoga tak ada yang cedera..moga Allah mudahkan urusan ya

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..