Assalamualaikum..
Hye semua..
Hari ini kami keluar ride lagi.. Selepas selesai siapkan makan untuk anak-anak kat rumah, kami terus gerak ke Rumah Terbuka Aidilfitri Lemang To'ki di La'man To'ki RTP Lebu, Bentong, Pahang.. Tak adalah jauh, dua jam perjalanan dah sampai.. Lagipun lebuhraya PLUS ke DUKE tak banyak kereta.. Encik suami pun tak adalah bawa laju.. Santai-santai ja..
Gerak dari Behrang, ngam-ngam jam 8 pagi..
Berhenti sekejap minum kopi di lebuhraya DUKE..
Singgah ambil gambar di Pintu Gerbang Bentong, Pahang..
Kami sampai di Rumah Terbuka Aidilfitri Lemang To'ki di La'man To'ki RTP Lebu, Bentong, Pahang lebih kurang jam 10.15 pagi.. Alhamdulillah masa ini orang baru nak ramai.. Ini antara menu yang kami ambil untuk makan.. Sha sempat juga ambil aiskrim dan encik suami tambah ayam bakar.. Menu paling semangat Sha makan dah tentulah lemang dan rendang daging.. Dua-dua bekas tu Sha yang habiskan.. kikiki.. Encik suami ambil sepinggan lagi lemang dengan rendang ayam, Sha jamah juga sepotong..
Dari rumah terbuka kami singah mengopi di Janda Baik.. Sha suka kopi ini sebab dia pakai susu kambing.. Lepak dalam setengah jam lepas tu kami gerak ke R&R Genting Sempah sebelum naik ke Genting Highland's..
Singgah solat dekat Masjid Yayasan Muhammad Nuh, Premium Outlets (GHPO), 69000 Genting Highlands, Pahang.. Kami dekat sini lamalah juga sebab hujan pula.. Tunggu hujan reda baru kami gerak semula.. Pukul 3 baru kami gerak balik.. Itupun encik suami pusing naik atas dulu baru turun ikut Batang Kali..
Cukuplah sekali naik motor ke Genting.. Tak daya rasanya tengok encik suami duk layan corner.. Sha jadi gayat, lembik lutut, kecut perut dibuatnya.. huhuhu.. Lalu ikut Batang Kali pun encik suami layan corner.. Waktu ini dah okay sikit sebab lalu kawasan hutankan..
Kami berhenti sekejap dekat Petronas Batang Kali.. Lepas tu terus gerak ke Tanjung Malim untuk makan..
Kami sampai rumah jam 6.03 minit petang.. Memang sakanlah berjalan hari ini.. 322km tu.. Dari Behrang ke Betong lepas tu Betong - Janda Baik - Genting Highland's - Batang Kali - Tanjung Malim dan Behrang..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..