Assalamualaikum..
Hye semua..
Pagi ini masakkan anak-anak nasi goreng sebagai bekal.. Bagi juga duit lebih dekat anak-anak sebab mereka balik lambat hari ini, ada prasukan.. Bermulalah kesibukkan melalui latihan kawad dan acara sukan lain sebelum Kejohanan Olahraga.. Sha pula pagi ini bawa buah-buahan sebagai bekal tambahan ke pejabat selain nasi goreng..
Tapi tu lah.. Walaupun bawa bekal nasi goreng, tetaplah menyinggah beli.. Encik suami hantar lagi hari ini.. Jadinya Sha ajak encik suami masuk ke Pekan Slim River.. Singgah dekat penjual yang buka bonet kereta.. Beliau jual nasi berlauk dengan harga RM3 ja sebungkus.. Sha beli nasi dengan lauk daging kunyit.. Selain daging, ada juga lauk gulai ikan, gulai ayam dan ayam goreng.. Nasi lemak pun ada tapi RM2 harganya.. Nanti bolehlah cuba yang lain pula..
Petangnya Sha tak jalan kaki sebab cuaca tak mengizinkan.. Hujan lebat.. Tapi sempatlah merayap ke Kenangan Coffee mencari kek dan kopi.. Adoilah.. Gagal menahan nafsu ini.. kikiki..
Inilah nasi daging kunyi RM3 tu.. Sambal dia pedas tapi tak keterlaluan.. Gulai dia sedap.. Daging kunyit tu pun lembut dan boleh dikunyah.. Pada Sha kuantiti yang diberikan sesuailah dengan harga RM3 tu.. Owh ya, ada hirisan timun juga 2 potong..
Tambah cawan kertas, sudu, garfu dan pengacau air untuk pengunjung Perpustakaan..
Sha beli kek kopi keju dan Mocha Chips Frappe.. Kek keju tu memang sedaplah.. Saiz dia ngam-ngam ja.. Rasa kopi dan keju tu sangat harmoni di lidah dan tekak Sha.. Mocha chips frappe tu pula agak kurang kick untik Sha.. Bolehlah untuk cuba-cuba..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..