Friday, May 29, 2026

Coretan 29 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coretan random ya.. Hari ini pergi kerja encik suami hantar.. Kemudian encik suami ambil untuk balik tengah hari sebab rehat yang panjang.. Masuk kerja petang, Sha bawa kereta sendiri sebab encik suami nak bawa MIL jumpa doktor.. Lagipun Sha nak ke Behrang 2020 ambil kek keju kesukaan kami.. 

Hari Jumaat terakhir untuk bulan Mei 2026.. Tinggal seminggu ja lagi cuti sekolah.. 

Ulang tahun yang ke 17 kami.. Sekejap ja masa berlalu.. 17 tahun dah.. Ini kali terakhir Sha dapat beli kek keju ini.. Pembuat kek ini akan berpindah ke kampung.. Maka berakhirlah sudah jual beli antara kami.. Lepas ini kenalah cari penjual lain pula..

Petang tadi sempatlah jalan 2.61km untuk melepaskan stress dan juga mengejar 100000km.. 

Semalam gagahkan juga diri briskwalk bersama Amani demi sasaran 100000km yang tonggal lagi berapa hari ja nak tamat..

Encik suami bubuh beg di bahagian belakang.. Tempat yang sepatutnya ada box.. Encik suami kata nampak lebih smart bila bubuh beg berbanding bubuh box.. Ini beliau tengah cari beg yang saiz besar sikit.. Sha layan ja..

2 comments:

  1. Kat tempat Cie ni lama dah takde penjual kek keju camni. Dulu viral kek ni.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap betul kek keju tu... Happy anniversary Sha & husband. Till jannah hendaknya aamin 🤲🏻

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..