Assalamualaikum..
Hye semua..
Alhamdulillah.. Murah rezeki Sha hari ini.. Seawal pagi ada orang bagi 1 pek lempeng dengan kuah sambal sardin.. Lapar punya pasal, tak sempat nak ambil gambarnya, terus selamat ke perut.. Sedap betul.. Tak lama lepas tu, ada rakan sekerja mesej pula suruh ambil putu mayam.. Turunlah Sha ke pejabat beliau mengambil putu mayam, makanan kesukaan Sha ini.. Masalahnya bila dah ke pejabat beliau, bukan takat putu mayam.. Makanan lain pun Sha bawa balik juga.. kikiki..
Bukan hanya putu mayam, siap dan 2 ketul coklat juga yang diberikan..
Rakan sekerja Sha ini menjual coklat.. Sempatlah juga Sha menyoping beberapa ketul coklat dengan beliau.. kikiki..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..