Assalamualaikum..
Hye semua..
Masih lagi dengan tema buli dan pembalasan yang ganas.. Kalau tak suka tengok drama yang ganas dan pelik-pelik, sila skip ya.. Kali ini agak kurang menarik untuk Sha sebab watak Nanno tu dibawa pelakon lain.. huhuhu.. Tu belum lagi dengan jalan cerita dia yang agak lari dan mengelirukan dari drama sebelum ini.. Walaupun Sha faham ja apa yang cuba disampaikan tapi entahlah.. Kali ini macam kurang kick.. Lepas tu watak Sky tu, diorang matikan macam tu ja dalam episod akhir.. huhuhuhu.. Hampeh betul..
E1 ∙ Sky - Episod pertama ini tentang pelajar bernama Sky yang dibuli oleh Jom.. Jom ini mangsa penderaan bapa dia jadi dia cari orang lain untuk lepaskan marah dia pula.. Sky tahu pasal Nanno jadi dia cuba menta tolong Nanno.. Nanno memang datang dan bagi pembalasan pada Jom namun pengakhiran Jom dengan Sky bukanlah seperti yang disangka Nanno..
E2 ∙ Panty - Kisah 3 orang pelajar lelaki yang mengambil gambar seluar dalam pelajar perempuan dan menjualnya.. Bila pelajar perempuan ini buat aduan dekat pengetua, diorang pula yang kena marah.. Memang gilalah.. Sudahnya Nanno datang mengenakan 3 pelajar lelaki tu.. Memang ganslah..
E3 ∙ Hater - Kali ini kisah antara pempengaruh popular dan pembenci beliau.. Siapa yang akan menang dalam perang ini..
E4 ∙ OnlyNanno - Ini pula kisah manusia yang cuba bawa pergerakan baru kononnya badan kita hak kita.. Jadi nak buat apa pun suka hatilah.. Walhal tindakan tu adalah salah..
E5 ∙ Corrupt Lies - Ini pula tentang bangunan yang ingin digunakan tapi dibina menggunakan material yang tak sepatutnya.. Perjuangan mendedahkan penyelewengan.. Mujurlah pada akhirnya, yang berjuang berjaya menyelamatkan nyawa mereka yang tak bersalah sebab tak tersalah pilih..
E6 ∙ Election - Ini pula tentang pemilihan presiden sekolah.. Nanno datang membuat kacau dengan harapan, orang yang bertanding tidak tersalah membuat pilihan.. Namun tak semua manusia akan memeluk cahaya.. Ada ja yang membiarkan diri di telan kegelapan..

TV Series: Girl from Nowhere: The Reset [2026]
Also Known As: Dek Mai the Reset, New Kid the Reset
Genre: Drama, Mystery, Thriller
Country of Origin: Thailand
Stars: Becky Armstrong, Jane Methika Jiranorraphat, Alex Alexander Buckland, Offroad Kantapon Jindataweephol, Veerinsara Tangkitsuvanich, Saharat Thiempan, Jump Pisitpon Ekpongpisit
Story Line: "If everything stayed the same, it wouldn't be called karma, right?" When the world as it is still seems to need Nanno to shake things up.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..