Friday, July 10, 2026

📷 Coretan Sehari | 10 Julai 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha semangat ke tempat kerja sebab ada misi yang nak dilaksanakan.. Misi menderma darah.. Selalunya sebelum derma darah, Sha akan makan jambu batu.. Semalam Sha dah mula makan jambu batu.. Beli yang dah siap potong.. Petang semalam gigihlah Sha singgah pasar malam nak cari lagi jambu.. Dapatlah 2 biji dan lepas makan malam, Sha makan lagi jambu batu tu.. Pagi tadi masa memandu ke tempat kerja pun gigihlah Sha makan jambu batu tu.. Oleh kerana Sha sampai awal ke pejabat, Sha ke kedai makan dulu untuk sarapan nasi lemak.. Sebelum derma darah, kenalah makan dulu.. Tapinya Sha tak berjaya derma darah sebab HB Sha rendah.. huhuhu.. Bacaan HB Sha 9 ja.. Tak ada rezeki Sha hari ini.. Jomlah kita cuba lagi Isnin minggu depan.. Balik kerja petang ini bolehlah cari jambu batu dengan bendi.. Jururawat tempat derma darah suruh Sha cuba makan bendi pula.. Jom kita cuba.. Semoga bacaan HB Sha akan cantik Isnin depan..

Oleh kerana tak berjaya derma darah pagi tadi, Sha terus naik ke Dewan Muallim.. Ada Perhimpunan Bulanan rupanya hari ini.. Sempatlah dengar amanat Timbalan Pengarah Perubatan dan juga PRO.. 
 
Menu sarapan Sha.. Nasi lemak lauk sambal kerang dan teh o ais.. 

Pukul 8.30 pagi baru Sha naik ke Dewan Muallim untuk Perhimpunan Bulanan Julai 2026.. 

Buah tangan dari penganjur Perhimpunan Bulanan..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..