Assalamualaikum..
Hye semua..
Ini cerita minggu lepas sebenarnya.. Bermula dari 30 Jun, staf diminta untuk mendaftar sistem kehadiran dengan menggunakan wajah di mesin baru.. Pemakaian pengesanan wajah ini bermula dengan rasminya pada 06 Julai 2026.. Ada 2 tempat mesin ini diletakkan.. Satu dia aras 3 dan 2 lagi di aras 2.. Lebih cepat dan pantas berbanding menggunakan jari.. Namun mesin ini tetap boleh mengesan jari sekiranya wajah anda tak boleh diimbas.. kikiki..
Salah satu mesin yang telah ditanggalkan pada petang semalam.. Ini letaknya di lobi utama..
Mesin baru yang lebih canggih..
Wow. Ni nak elakkan orang dari punch in bagi pihak ke hehe.
ReplyDeletewah.. seronoknya ada muka..tak boleh makeup lebih2 ni, risau tak detect pulak muka.. hahaha
ReplyDeleteKat bomba nie pun dah pakai face ID.. Tapi kadang-kadang mesin nie tak dapat detect muka kita jadi kena pakai cap jari.. Saya memang nak secure guna dua-dua method, muka dengan cap jari, buat dua ke tiga kali sebab takut tak detect dalam sistem dia.. hihihi
ReplyDeleteTempat dana pun dah mula guna punch tu guna muka ngn jari... tp muka dana awal2 boleh detect lama2 tak boleh kenal dh. Sudahnya guna jari je heheheh
ReplyDelete