Assalamualaikum..
Hye semua..
Pagi tadi Sha keluar briskwalk.. Patutnya awal lagi nak keluar tapi biasalah.. Nak meninggalkan pesanan terlebih dahulu pada anak dara berdua tu.. Tu yang lambat.. Pagi ini memang kurang bernasib baiklah Sha.. Mula tu okay ja.. Sampai dekat Pusat Islam, dah nampak kelibat anjing berkejar-kejaran.. Makany Sha pun patahlah balik ubah laluan.. Ingatkan dah tak adalah.. Eh!! Muncul pula dia saat Sha dah hampir nak sampai kuarters.. Boleh pula dia santai-santai depan tempat buang sampah.. Terpaksalah Sha telefon encik suami minta tolong.. Mujur ada lagi beliau dekat rumah..
Stress betul dengan anjing-anjing ini.. Makin bermaharaja lela pula dia dekat kawasan kuarters ini.. Semalam dalam group whatsapp pun ada staf dan pensyarah bising juga.. Ada yang bagi tahu anjing ini dah sampai dekat kawasan akademik dan ada yang tidur depan pintu masuk rumah..
Anjing-anjing ini terlepas masuk bila ada pagar yang rosak.. Aduan dah dibuat, budget tak ada katanya untuk kerja-kerja baik pulih.. Risau anak-anak duk main bawah kuarters ini.. Harapnya tak adalah kejadian yang tak diingini.. Sha nak briskwalk pun jadi seram..
Alhamdulillah.. Langit cerah, matahari pun dah mula menunjukkan cahayanya..
Langit cantik betul..
Langit dah mula menunjukkan warna birunya..
Alhamdulillah.. Terang jelas puncak gunung tu..
Lega rasanya bila tengok langit cantik pagi ini.. Rezeki hujan semalam, hilang jerebu..
Berjayalah Sha briskwalk selama 40 minit..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..