Assalamualaikum..
Hye semua..
Pagi tadi Sha teman encik suami ke Kapar jumpa kakak dia.. Kami lalu Felda Soeharto, kereta tak banyak dan sejuk ja.. Kami ke Kapar sebab nak selesaikan urusan khairat kematian MIL bawah STR.. MIL penerima STR tapi bukan encik suami yang daftarkan tapi kakak dia.. Jadinya ke Kaparlah kita.. Ambil kakaknya dan bawa ke BSN.. Terus dapat tunai RM1000.. Kejap ja dalam 10 minit, dah selesai urusan.. Tak ramai orang kat dalam BSN.. Lepas tu staf BSN tu suruh pergi LHDN untuk kemaskini maklumat MIL.. Pergilah kami ke LHDN di Shah Alam.. Mujurlah tak lama menunggu walaupun ramai orang.. Rupanya tak payah dah ke LHDN.. Bila dah tuntut wang khairat kematian tu, sistem akan kemaskini terus status penerima.. Adoilah.. Penat ja ke sana ke mari.. Tak pelah, pengalaman kan.. Boleh juga Sha kongsi kat sini..
Memang 10 minit ja tunggu.. Pantas.. Selesai urusan di LHDN kami hantar kakak encik suami balik dan terus gerak balik..
Singgah makan tengahari dekat Sekinchan.. RM20.50 termasuk air sirap limau mangkuk.. Sambal belacan dia sedap.. Ikan pekasam dia pun sedap.. Rangup.. Ada ja lauk eksotik macam belut, rusa..
Restoran Lembah Bernam, Sekinchan
Sampai ja Behrang, bawa Kuda Merah ini mandi dulu.. Lama tak bagi mandi.. Suram dah warnanya.. Sha buat water wax sekali.. Karang boleh ambil Amani dan Imani..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..