Thursday, October 22, 2026

Malaysia | Khadam (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau ingat filem seram Melayu cuma pasal hantu muncul tiba-tiba sambil dihiasi muzik bingit, Khadam ada sesuatu yang lebih menarik untuk ditawarkan.. 👀

Bayangkan bila gangguan yang datang bukan sekadar nak menakutkan, tetapi mula mengambil tempat dalam kehidupan kita sendiri.. Seram dia bukan setakat tentang makhluk ghaib, tapi juga tentang keluarga, pengorbanan dan warisan yang kita sendiri tak pernah minta..

Sha tertarik dengan konsep saka yang dibawa dalam filem ini.. Ditambah pula dengan latar kampung pada zaman dahulu, suasana yang penuh misteri dan konflik yang semakin menekan.. Semua ini memang boleh jadi sebab untuk kita tengok filem ini sampai habis..

Kadang-kadang, benda paling menakutkan bukanlah sesuatu yang kita tak kenal, tetapi sesuatu yang kelihatan seperti diri kita sendiri.. 😶‍🌫️

Filem ini berjaya buat Sha sakit hati sangat-sangat dengan Awang.. Ish.. Geram tau tak.. 

Khadam
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 11 Jun 2026
Pelakon: Aghniny Haque, Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim, Jun Lojong, Zarra Zhaf, Karl El

Sinopsis: Melor (Aghniny Haque) terpaksa mewarisi saka keluarga selepas pemergian ibunya - entiti mistik yang menjelma sebagai versi dirinya yang lebih sempurna. Perlahan-lahan, saka itu mula mengambil alih peranannya sebagai isteri kepada Awang (Datuk Remy Ishak) dan ibu kepada anak-anaknya.

Berlatar belakangkan era 1950-an, Melor berhadapan dengan ancaman yang bukan sahaja fizikal, tetapi menghakis jiwa, apabila orang tersayang mula memilih "Melor" yang lain. Dikelilingi oleh bayangan yang semakin menguat, Melor perlu berjuang keras untuk mendapatkan semula kehidupan, keluarga, dan dirinya sendiri sebelum dia hilang sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..