Monday, November 2, 2026

Berakhirlah UASA 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Selesai dah Peperiksaan akhir tahun buat Amani dan Imani.. 

Amani mula peperiksaan seawal 5 Oktober lagi.. Sekolah suruh buat macam peperiksaan SPM sebenar.. Ada ujian lisan, kertas 1, kertas 2 dan ujian amali.. Bergantung kelas apa anak-anak ini ambil.. Jadinya kena mula awal lah dan hujung Oktober baru habis.. Setiap minggu ada ja subjek untuk peperiksaan dan petangnya pula tetap ada kelas tambahan juga.. Habis ja peperiksaan, Amani kena bawa laptop pula ke sekolah untuk siapkan kerja khusus subjek Sains Komputer.. 2 beg dia gendong ke sekolah.. Beg buku dan beg laptop..

Imani pula mula periksa pada 12 Oktober dan berakhir pada 16 Oktober.. Lepas tu pada 19 hingga 21 Oktober sekolah buat peperiksaan ulangan untuk pelajar yang tak dapat hadir masa minggu peperiksaan.. Tapi ini pun hanya untuk pelajar yang ada surat cuti sakit atau surat khas tak boleh hadir ja.. 

Sekarang ini tunggu keputusan peperiksaan ja.. huhuhu.. Harapnya yang baik-baik ja lah untuk anak-anak ini..

Jadual balik sekolah ini bermula sebaik sahaja tingkatan 4 mula menghadapi peperiksaan akhir tahun.. Aktiviti koko pun dah tak ada.. Jadinya memang balik awal lah sampai lah cuti sekolah nanti..

3 comments:

  1. Che mek pun dah habis UASA. Ammar last week. This week UPKK.

    ReplyDelete
  2. Mudah2an mereka berjaya dengan cemerlang

    ReplyDelete
  3. Anak yang Cie yang form 2 minggu ni last. Yang darjah 6 habis dah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..