Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalamkan Crazy Wednesday.. Sha asalnya nak singgah 7E beli kacang sebab tengah promosi.. Nak buat stok kat rumah dan pejabatlah.. Bila tayar bocor, terus lupa.. Petangnya baru Sha singgah sebab Imani suruh datang lambat untuk ambil dia..
Imani ini dah 3 hari ke rumah kawan dia buat kerja sekolah.. Kerja sekolah kalau berkumpulan memang kena buat sama-samalah kan.. Hari pertama ayahnya hantarkan.. Hari kedua dan ketiga dia naik dengan kereta yang selalu ambil dia balik sekolah.. Bila berbayar, tak adalah ralat sangat anak asyik tumpang.. Orang bagi perkhidmatan, kita bayar ja..
Semalam rakan sekerja dari unit pentadbiran buat sambutan hari jadi dekat Perpustakaan.. Sha dan rakan sekerja dijemput untuk sama-sama menyertai.. Kami terima sepitong kek seorang.. Kek coklatnya nampak biasa ja tapi rasa dia memang wow betul.. Macam ada ketulan biskut, kacang dan coklat dekat bahagian tengah kek.. Bila gigit tu sensasi dia meriah betul..
Hasil pembelian di 7E.. Kacang tu Sha nak letak dekat rumah buat kudapan anak-anak dan perpustakaan buat kudapan Sha serta pengunjung perpustakaan..
Sha beli paket kacang jenama Kow Kow Mixed Peanuts tu 3 pack, Kow Kow Kacang Shandong tu 3 pack, susu OatKind Coklat 3 kotak dan susu OatKind Barista Blend 3 kotak.. Kacang tu 1 pek RM3 dan susu tu 1 kotak RM2..
Oat kind tu sedap ke?
ReplyDelete