Assalamualaikum
Hye semua..
Petang semalam Sha balik kerja tengok rumah penuh dengan serpihan kotak.. Tanyalah Amani.. Katanya ada projek sekolah dia kena buat.. Pagi sebelum Sha pergi kerja, memang dia ada minta tinggalkan telefon bimbit untuk memudahkan komunikasi dengan rakan sekelas dia.. Mereka dah pecah-pecahkan tugas.. Amani kena bina rangka bangunan bersejarah dari kotak.. 3 lagi rakan kumpulan Amani kena sediakan maklumat, buat pembentangan dan hiaskan projek tu..
Projek ini bawah 3 subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.. Kiranya mereka ini tetaplah terisi masanya walaupun buku teks sudah dipulangkan.. Hari ini Amani ke sekolah.. Imani pula bercuti..
Mujurlah ada kotak tisu yang beli dekat Shopee hari tu..
Ini rangka ja.. Belum siap sepenuhnya lagi..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..