Thursday, May 10, 2012

Aku Mahu… oleh Ain Maisarah

Assalamualaikum semua....

Tengah buat ape tu??? Sedang menonton Mahabbah ke?? hehehe... Sha ingin berkongsi dengan anda semua mengenai buku yang Sha baru saja habis baca...Tajuknya Aku Mahu (koleksi tiga buku terbaik siri "Aku Mahu") Karya Ain Maisarah yang sangat chomel.. terasa kembali muda... hehehe...

Macam biasalah, novel ini bukan kepunyaan Kasih tapi adik kasih yang x brape nak chomel.. hehehe.... Dia beli buku nie maser dapat Voucher RM200 tu... yellah kawan tgh praktikal nak beli buku ape kalo x novel n alat tulis... ye x... so dpaatlah kakaknye tumpang membaca...

So far novel ini mmg ringkas, padat, menari dan terbaik... Kasih suka sangat sebab dekat dengan jiwa... Gambaran pertama yang kasih boleh bagi mengenai buku ini adalah CHOMEL.. hehehe.. kenapa?? Suka hati kasih lah... boleh gitu... Jangan marah ye kengkawan... Buku ini mengingatkan kasih tentang zaman persekolahan yang dah begitu lama kasih tinggalkan... Membawa kembali memori dan detik2 manis semasa remaja...

Kepada yang ingin bersantai dan merehatkan minda novel ini sangat sesuai... Untuk remaja yang baru nak menempuh kemahuan2 seperti di novel ini sangat sesuai anda membaca novel ini...

Kat bawah nie kasih sertakan sekali sipnosis novel ini...

Published July 19th 2010 by PTS Publishing House

Aku Mahu... PopularMengisahkan dua orang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Sri Bangsar yang cemerlang dalam pelajaran tetapi tidak dikenali di sekolah itu. Bermula daripada rasa tidak puas hati dengan glamor dan populariti yang dikecapi oleh tujuh gadis lain yang menggelar diri mereka The Wannababes, Farah dan Ina bertekad merancang strategi untuk menjadi popular dan diminati. 
Pelbagai insiden berlaku dalam proses untuk meletakkan diri mereka dalam kelompok pelajar glamor. Satu daripadanya bermusuhan dengan The Wannababes.
Akhirnya, Farah dan Ina sedar yang glomar dan popular tidak bererti tanpa pencapaian akademik yang baik. Farah dan Ina kembali menumpukan perhatian kepada pelajaran dan berjaya mengecap popular apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah mereka.
Aku Mahu... Saiz S -  Mengisahkan pergaduhan yang tercetus antara pelajar yang menggelar diri mereka The Size ‘S’ dengan tiga orang pelajar gemuk dari Kelab Size XL. Edrina, Umi dan Widya adalah pelajar yang cemerlang tetapi bentuk badan yang gemuk membuatkan mereka rendah diri. Apatah lagi, mereka diejek. 
Pergaduhan ini sampai ke pengetahuan pengetua sekolah mereka lalu satu hukuman dilaksanakan. The Size ‘S’ terpaksa bertindak sebagai mentor bagi membantu Kelab Size XL menurunkan berat badan. Akhirnya, mereka berbaik dan menubuhkan The Normal Size.
Aku Mahu... Teman Tapi MesraWidya melancarkan perang dunia ketiga dengan Edrina? Semata-mata kerana Edrina menegur kemerosotan pelajaran Widya. Widya diberi kata dua. Memilih Mr.LobakLobak, si Teman Tapi Mesra atau mementingkan keputusan peperiksaan demi masa depan.
* Oh ya sebelum terlupa... novel ini sebenarnya novel remaja, namun begitu orang dewasa pun boleh je kalau nak baca coz xde pun tulis khas untuk remaja or orang dewasa tidak dibenarkan membaca novel ini... hehehe... relaks kan minda tenang kan hati.. pastu senyum sorang-sorang... hahaha...

1 comment:

  1. nak menyibuk kat cnie plak..hehe..ifa pun minat baca novel..tapi nak cita ckit..kat cnie bila musim voucher RM200 tu novel takda kat kedai buku tu..sedihnyer..:(sdgkan ngan duit tu ifa tak tau nak ambil apa..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..