10.02pm (15.5.2012)
Tengah menonton cerita melayu kat TV9 (Dekat dihati)... Tajuknya Hilangnya Doa Seorang Ibu.... bukan nak cite pasal cite nie tapi nak cite pasal isi kandungan cite ni...
Kalau dah takdir... Kenapa kita suka menyalahkan takdir??? Sedangkan kalau kita x berusaha mengubah takdir kita macam mana perjalanan hidup kita tu nak berubah... Kenapa kita x berusaha untuk merancang?? Walaupun setiap yang berlaku itu datangnya dari Allah namun kita seharusnya mencuba... Betul x...
Kalau dah tahu nak berumah tangga, beristeri dan beranak pinak... Rancanglah perbelanjaan keluarga kita... Jangan biasakan dengan meminjam dan berhutang... Sampai bila?? Berusaha supaya kita dapat menyimpan walaupun sedikit... Sebab kita x tahu bila Ujian Allah itu akan datang menjenguk...
Ini tidak, asal perlukan duit jer, pinjam... berhutang... Asal nak pakai duit jer mulalah cari tempat untuk meminjam... Tu yg sampai berhutang dekat tempat yang x sepatutnya... Menyusahakan diri saja xpe, ini sampai menyusahkan keluarga... dihina dan di keji... sedangkan punca masalah datang dari diri sendiri... Siapa kata orang yang x belajar tinggi x boleh berjaya??? Siapa kata hanya mereka yang kuar Universiti jer boleh berjaya??? Kita adalah siapa yang kita tentukan untuk jadi...
Jangan biarkan kesusahan kita diwarisi anak cucu kita...
Berusahalah seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya.... Beribadatlah seolah-olah kita akan mati esok hari... Berusaha... Berusaha... Berusaha... kemudian barulah berdoa dan bertawakal... Setiap usaha yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan hasil andai dilaksanakan seikhlas hati, sejujur-jujurnya kerana Allah....
Namun sekiranya kita sudah berjaya dan berada di puncak janganlah kita menghina dan merendah-rendahkan orang lain... Sebab x selamanya kita diatas.....
*Peringatan kepada diri sendiri...
betol2..berpada2 lah dalam berhutang..ntok keta, rumah ok la..hehe..=)
ReplyDelete