Baru-baru nie, En. Hubby dapat tempahan untuk buat kepala langsir dan betulkan langsir sedia ada.. Banyak gaklah kerja dia nak kena buat... Nasib sempat siap bahagian depan sebelum Raya Haji.. Berserilah sikit umah cousin dia tu.. Alhamdulillah pilihan kaler untuk kon tu menjadi.. Kalau beli gak warna kuning memang tenggelam.. hehehe... Di bawah nie aksi beliau ketika memasang langsir.. hehehe..
Selain buat langsir, masa cuti raya haji tu mak sedara beliau meminta untuk pasangkan pelamin.. Nak sandingkan anak yang nak dikhatankan.. So aku pun tolonglah mana yang patut.. En Hubby buat simple jer sebab bukan pelamin untuk kenduri kawin kan..
untung dpt suami mcmni kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. xde lah sebok2 nak menempah kat kedai langsir.. cuma amik masa sikitlah sebab bukan kerja hakiki kan..
ReplyDelete